Enter Keyword

Suplemen Untuk Awet Muda Dan Anti-penuaan

Assalamualaikum wbt.

Semua orang takut tua. Betul tak? Kalau ada orang tegur, wajah kita nampak lebih berusia berbanding umur sebenar kita, rasa macam, 'oh my! kenapa nampak tua ni?'. Dan kita pun terus tak senang duduk dan rasa nak telan bertong-tong kolagen.

Penuaan adalah proses semulajadi yang semua orang akan lalui. Cuma yang membezakan antara setiap individu ialah berapa cepat atau lambatnya proses itu berlaku.


Cepat atau lambat proses penuaan berlaku, bergantung kepada banyak faktor, antaranya:
  • tekanan atau stress
  • terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama
  • merokok
  • berat badan berlebihan
  • kurang atau terlebih bersenam
  • pemakanan tidak sihat
  • gaya hidup tidak sihat
  • minum alkohol
  • masalah tidur
  • pencemaran
  • sakit
  • pengambilan ubat-ubatan sintetik 
Namun, punca kepada semua faktor diatas selain pertambahan usia ialah, pengumpulan banyak radikal bebas dan toksin dalam tubuh yang menyebabkan bukan sahaja sel rosak, malah turut menyebabkan kerosakan DNA.

Dari mana datangnya radikal bebas itu? Ia terhasil akibat daripada tindak balas biokimia yang berlaku dalam badan kita setiap hari.

Kita memang tidak dapat menolaknya. Namun, radikal bebas boleh di neutralkan dengan pengambilan antioksidan.

Bagaimana Melambatkan Penuaan?

Ada banyak cara melambatkan penuaan tanpa menggunakan sebarang jarum suntikan.

1. Ubah gaya hidup

Berhenti merokok, jadi aktif, kurangkan cara hidup sedentari (banyak duduk), berhenti minum alkohol, berfikiran positif dan bergaul dengan rakan yang positif.

2. Bersenam

Bersenam meransang pengeluaran hormon serotonin yang dapat menurunkan stress dan mencegah banyak penyakit yang berpunca daripada stress.

3. Tidur yang cukup dan waktu tidur yang betul

Jumlah waktu tidur berbeza antara individu. Ada orang yang boleh tidur cuma 4 jam sehari dan kekal cergas tanpa mengantuk sepanjang siang, manakala ada orang yang perlu cukup 6-7jam waktu tidur untuk dia kekal aktif.

Waktu tidur yang baik pula ialah tidur awal (lebih kurang jam 9 malam). Ini kerana pada waktu ini tubuh kita sedang menjalankan proses detoksifikasi terutama organ hati. Tidur lewat menyebabkan proses ini terganggu, toksin tidak dapat dikeluarkan.

4. Makan secara sihat

Mulalah strict dan disiplin dengan makanan yang kita makan. Kurangkan lemak tepu, lemak trans, garam dan gula berlebihan. Makan banyak buah dan sayur yang kaya vitamin serta serat.

5. Ambil antioksidan

Antioksidan ialah bahan yang menghalang proses oksidasi berlaku, serta bertindak meneutralkan radikal bebas dalam badan. Antioksidan yang wajib di amalkan ialah vitamin C, vitamin E, beta karotena, B kompleks juga resveratrol.

6. Turunkan berat badan

Kekalkan berat badan ideal, keep fit.

7. Mulakan suplemen

Pengambilan suplemen bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Hidup dalam dunia yang penuh pencemaran, makanan yang bukan lagi 100% semulajadi dan organik, penggunaan bahan kimia dan racun dalam hampir semua produk yang kita makan dan pakai setiap hari bukan saja menggalakkan penuaan tetapi juga boleh menyebabkan penyakit seperti kanser.

Suplemen bukan saja berfungsi mencukupkan keperluan nutrisi, bahkan amat perlu untuk mencegah dan menentang penyakit, termasuk penuaan. (Ya! penuaan terlalu awal sebenarnya adalah penyakit)

Resveratrol Dan Anti-penuaan

Resveratrol ialah ahli dalam kumpulan polifenol tumbuhan yang banyak di dapati dalam tumbuhan jenis anggur, beri, dan kekacang. Resveratrol memiliki sifat antioksidan yang tinggi yang dapat mencegah dan memelihara kerosakan sel akibat serangan radikal bebas.

Penyelidikan mengenai resveratrol meletus apabila saintis menemui banyak khasiat dan manfaatnya termasuk melambatkan penuaan.

Vivix Dan Kesan Anti-penuaan

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang di bangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sellular.

Vivix memberi efek awet muda dan melambatkan penuaan dengan cara:

1. Melindungi dan memperbaiki kerosakan sel pada tahap DNA.

2. Mengaktifkan semula sel

3. Memberi tenaga kepada sel

4. Melambatkan pembentukan protein AGE iaitu sejenis bahan perosak sel yang mengganggu keutuhan dan hayat sel.

5. Mengembalikan semula keserian wajah

6. Melancarkan perjalanan darah

7. Mengimbangi hormon

8. Melicin dan menganjalkan kulit wajah

9. Mengurangkan kedutan

10. Mengurangkan kesan-kesan penuaan seperti jeragat dan kulit kusam

11. Memelihara kesihatan keseluruhan tubuh badan seperti jantung, otak, imun, sendi, urat saraf, dan sebagainya.

Untuk lebih jelas bagaimana efek Vivix, tonton video ini.



Menjadi muda semula, bukan lagi mustahil. Malah beribu-ribu yang telah merasai kesan muda yang di bawa oleh Vivix.

Ini antara wajah awet muda yang saya kagum.


Daripada sembab, nampak tua dan sakit, berubah menjadi sihat, muda dan lebih hensem. Inilah kesan apabila sel telah 'di cuci' daripada toksin dan radikal bebas yang tidak diingini.

Pertanyaan lanjut, atau ingin membuat pembelian, boleh hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

Atau boleh juga buat belian sendiri secara online. Klik:


P/S: Pembelian 2 botol Vivix melayakkan anda untuk menikmati keahlian percuma, diskaun 5%, penghantaran percuma dan rebat RM38! Hubungi 012-9645614 hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan