Ahad, 14 Februari 2016

Cara Merawat Luka Di Kaki Akibat Kencing Manis

Assalamualaikum wbt.

Menjadi pesakit kencing manis, kemungkinan besar akan terpaksa berhadapan dengan beberapa risiko kesihatan yang lain, antaranya luka pada bahagian kaki yang lambat sembuh dan merebak menjadi busuk dan bernanah.

Keadaan ini sudah tentulah amat berbahaya kerana jangkitan kuman boleh berlaku dan merebak ke dalam sistem peredaran darah malah boleh merosakkan organ dalam pesakit kencing manis.

Kita barangkali sudah kerap mendengar ada ahli keluarga atau kenalan yang terpaksa di potong kakinya akibat komplikasi teruk dan kaki langsung tidak dapat diselamatkan lagi. Doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki, bukan suka-suka. Ini sudah tentu untuk menyelamatkan nyawa kerana keadaan kaki yang sudah terlalu teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi walaupun diberi antibiotik.


Bagaimana luka boleh berlaku?

Pesakit kencing manis biasanya mempunyai masalah saraf yang tidak lagi sensitif, dengan itu sebarang kesakitan tidak begitu terasa. Contohnya jika terpijak paku, atau terkena serpihan kaca. Jika tidak di rawat dari awal, keadaan boleh jadi lebih buruk dan luka semakin membesar.

Kenapa luka lambat sembuh?

Apabila berlaku kerosakan urat saraf terutama pada bahagian yang luka, darah tidak dapat sampai ke kawasan tersebut. Darah bukan saja membawa oksigen malah nutrien yang sangat diperlukan oleh sel untuk ia memperbaiki dirinya sendiri. Darah juga sangat diperlukan kerana ia membawa antibodi yang dapat melindungi dan melawan jangkitan.

Kekurangan bekalan darah ke kawasan luka menyebabkan luka bukan saja lambat sembuh, malah hilang keupayaan untuk melawan jangkitan kuman. Lama-lama sel dan tisu akan mati lalu menyebabkan gangrene.

Kencing manis boleh melemahkan sistem imun dan ia tidak dapat melawan kuman di kawasan luka. Aras glukosa darah yang tinggi pula menyebabkan bakteria dan mikroorganisma lebih suka tinggal di kawasan itu.


Bagaimana mencegah dan merawat luka?

1. Jaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan kaki. Pakai kasut yang sesuai semasa berjalan.

2. Tidak biarkan kaki terlalu basah atau terlalu kering. Kaki yang basah terutama di celah jari boleh menyebabkan jangkitan kulat manakala kaki yang terlalu kering boleh merekah dan luka.

3. Sentiasa memeriksa kaki sendiri jika terdapat sebarang luka atau perubahan.

4. Sentiasa memantau aras gula dalam darah.

5. Amalkan makanan berkhasiat.

6. Ambil suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi dalam makanan seharian.

Apabila terdapat luka pada kaki, terus dapatkan rawatan doktor dan pastikan luka tidak merebak.

Suplemen Shaklee membantu merawat luka akibat kencing manis

Kita tahu, kekurangan nutrisi, kekurangan antibodi, kekurangan darah beroksigen di samping aras gula yang tinggi bukan saja melambatkan penyembuhan luka, malah menyebabkan jangkitan semakin membesar.

Suplemen semulajadi Shaklee amat membantu mencukupkan bekalan nutrisi yang penting untuk menyembuhkan luka, melawan kuman dan bakteria, mencegah jangkitan dan mengelakkan luka semakin besar, membusuk, bernanah lalu terpaksa dipotong. Ingat, rawatan awal boleh menyelamatkan keadaan.



Vivix:

Minuman botani kaya polifenol yang membantu mengawal aras glukosa dalam darah, memulihkan sel rosak dari peringkat DNA, mencegah jangkitan kuman daripada merebak, mengaktifkan tenaga kepada sel dan tisu dan memanjangkan tempoh hayat sel, menguatkan sistem imun serta membantu pertumbuhan semula sel dan tisu yang baru dan sihat.

Vitalea:

Multivitamin lengkap yang membekalkan semua nutrien dan zat yang diperlukan oleh sel tubuh, menggalakkan pengaliran darah beroksigen yang lancar, membantu mengawal aras gula dalam darah, membantu pertumbuhan sel dan tisu baru.

Zink:

Mengaktifkan semula enzim dalam badan, membantu pemulihan luka supaya cepat kering, membantu mengawal aras gula dalam darah, mencegah jangkitan kuman.

Di samping mendapat dan meneruskan rawatan doktor, bolehlah mengamalkan Set Rawatan Luka Kencing Manis ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu memulihkan luka, mengembalikan kesihatan dan kekuatan tubuh seterusnya mengelakkan daripada ia di potong.




Untuk mendapatkan Set Rawatan Luka Kencing Manis ini berserta konsultasi percuma, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

Atau boleh buat belian sendiri secara online. Klik:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan