Selasa, 27 Disember 2016

6 Bahan Kimia Berbahaya Untuk Ibu Mengandung Yang Ada Dalam Rumah Kita

Assalamualaikum wbt.

Bila dah ada anak ni, kesihatan dan keselamatan anak dah jadi nombor 1. Betul tak? Kita concern sangat mengenai apa dia makan, apa perkembangan dia bulan ke bulan, bila dia pandai merangkak, bila dia pandai 'mengutip', bila dia pandai berjalan, bercakap dan sebagainya.

Tapi sebenarnya, keselamatan dan kesihatan anak bermula sejak dari dia dalam kandungan lagi.

Apa yang ibu makan, pakai, guna seharian akan beri efek kepada bayi dalam kandungan kita tu.

Ciksu tak nak cakap bab makanan tu, sebab semua pun dah arif apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan masa mengandung kan.

Percaya tak ramai yang kurang menyedari, tak mengendahkan dan tak ambil berat langsung mengenai produk kosmetik dan penjagaan diri yang ibu pakai sebenarnya turut beri kesan kepada bayi.


Ya! Bahan kimia berbahaya yang ada dalam kebanyakan produk dirumah kita.

Bahan-bahan ni boleh berkumpul dalam badan untuk satu tempoh yang lama hingga menjadi toksin yang akhirnya bukan saja boleh sebabkan penyakit malah juga kanser!

So hari ni Ciksu nak kongsikan dengan ibu semua 6 bahan kimia berbahaya yang terdapat dirumah kita, di mana ia biasa wujud dan apa bahayanya kepada ibu dan bayi.

Tak percaya, cuba cek ingredients ni, ada tak dirumah. Komfem ada punyalah!

1. Paraben

Kita jumpa dalam: produk penjagaan diri seperti losyen, krim, syampu, perapi, gel mandian dan gel pencukur, deodorant, ubat gigi.

Paraben digunakan untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu produk dengan memperlahankan pertumbuhan kulat pada semua produk tu tadi.

Kenapa ia bahaya: paraben boleh diserap melalui kulit, kulit kepala, darah dan berkumpul pada tisu lemak serta susu ibu. Paraben ada kaitan dengan kejadian kanser payudara kerana ia boleh mengganggu sistem endokrin.

Paraben boleh menyebabkan seseorang wanita akil baligh terlalu awal (risiko kanser payudara), serta menurunkan level hormon testosteron lelaki.

2. Phtalates

Kita jumpa dalam: sabun mandi, pengilat kuku, lipstik, penyembur minyak wangi, deodorant, gel rambut, losyen badan, sabun liquid, syampu, serta mainan kanak-kanak.

Kenapa ia bahaya: phtalates bertindak melekatkan molekul contohnya gel rambut yang melekit, tak bagi maskara jatuh, tak bagi pengilat kuku jadi comot,  dan pewangi tahan lama baunya.

Phtalates boleh mengancam sistem reproduktif manusia, sama seperti paraben.

3. Pewangi sintetik

Kita jumpa dalam: syampu, losyen badan, mandian, buih mandian, semburan badan, produk penjagaan bayi seperti baby wipes dan diapers.

Basically, kalau jumpa produk tu tulis perkataan 'scented' maknanya ia memang mengandungi pewangi sintetik.

Kenapa ia bahaya: kebanyakan pewangi sintetik ni mengandungi phtalates dan bahan kimia toksik yang boleh berkumpul dalam tisu lemak, susu ibu , serta ada kaitan dengan penyakit seperti reaksi alergi, asthma, migrain,  masalah pernafasan, dan sinus.

Pewangi sintetik ni selalunya adalah bahan rahsia yang banyak disembunyikan padal label produk. Dia cuma tulis 'fragrance' je. So berhati-hatilah.

4. Formaldehyde

Kita jumpa dalam: syampu, deodorant, mandian, pengilat kuku, lisptik, pewarna rambut, dan perawatan meluruskan rambut. Formaldehyde juga wujud pada perabot, karpet, kertas dinding, dan bahan binaan yang diperbuat daripada kayu pressed woods (particle board, chip board etc).

Kenapa ia bahaya: apabila kita menghidu, menarik nafas, bahan ini turut disedut sekali. Ia bahan bertoksik yang boleh menyebabkan loya, pening kepala, muntah, lesu, jangkitan telinga, mata pedih, sakit kepala, sakit sendi, sukar tidur nyenyak, serta boleh jadi faktor pencetus asthma. Dan kanser.

5. Hydroquinone

Kita jumpa dalam: produk pencerah kulit, produk anti-penuaan, pewarna rambut.

Kenapa ia bahaya: hidrokuinon meningkatkan sensitiviti kulit dengan menghalang penghasilan pigmen melanin pada kulit, dengan itu meningkatkan pendedahan kulit kepada sinar UV.

Hidrokuinon juga ada kesan karsinogen (penyebab kanser) yang boleh merendahkan sistem imun serta kesuburan. Ia juga boleh membantutkan perkembangan anak-anak.

Berhati-hatilah dengan produk yang menjanjikan kesan pencerah kepada wajah anda.

6. Petrokimia

Kita jumpa dalam: losyen, foundation, lipstick, lip balm serta produk yang ada senarai paraffin dan mineral oil sebagai bahannya.

Kenapa ia bahaya: bahan ini ialah produk sampingan petroleum. Walaupun dikategorikan selamat oleh USFDA, ia cenderung mengganggu mekanisme melembap semulajadi kulit kita.

Ia boleh menyumbat liang pori, buat kulit jadi radang, menggalakkan pertumbuhan jerawat, dan buat kulit kering dan pecah-pecah.

Terfikir tak kenapa kita pakai lip balm (atau lipstik, atau lip gloss atau apa-apa pelembap bibir) kulit bibir jadi makin kering dan pecah, bukannya lembap?


Ni baru sikit. Ikutkan ada banyakkkkk lagi bahan berbahaya yang patut kita jauhkan mulai sekarang.

Bila cek-cek, tengok macam semua je ada benda bahaya ni, perlu buang semua ke?

Terpulanglah masing-masing. Lagi baik kita kurangkan dan elakkan terus. Sekarang kan ramai sangat anak-anak ada penyakit. Macam-macam penyakit dari yang baru lahir sampai yang besar-besar.

Persekitaran kita dah tercemar, kuman banyak, kita pulak pergi tambah dengan pakai benda-benda tak ketahuan ni. Nak nampak cantik? Untuk siapa?

Apa guna cantik kalau kesihatan dan keselamatan anak jadi taruhan. Setuju? (Anda sebenarnya ada pilihan yang lebih selamat)

Mencegah sentiasa lebih baik baik daripada merawat. Jom sediakan benteng pertahanan kukuh untuk anak-anak kita.

Sharing is caring!

Mama Su
012-9645614




Tiada ulasan:

Catat Ulasan