Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Sugar Control Set. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sugar Control Set. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Menjadi pesakit kencing manis, kemungkinan besar akan terpaksa berhadapan dengan beberapa risiko kesihatan yang lain, antaranya luka pada bahagian kaki yang lambat sembuh dan merebak menjadi busuk dan bernanah.

Keadaan ini sudah tentulah amat berbahaya kerana jangkitan kuman boleh berlaku dan merebak ke dalam sistem peredaran darah malah boleh merosakkan organ dalam pesakit kencing manis.

Kita barangkali sudah kerap mendengar ada ahli keluarga atau kenalan yang terpaksa di potong kakinya akibat komplikasi teruk dan kaki langsung tidak dapat diselamatkan lagi. Doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki, bukan suka-suka. Ini sudah tentu untuk menyelamatkan nyawa kerana keadaan kaki yang sudah terlalu teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi walaupun diberi antibiotik.


Bagaimana luka boleh berlaku?

Pesakit kencing manis biasanya mempunyai masalah saraf yang tidak lagi sensitif, dengan itu sebarang kesakitan tidak begitu terasa. Contohnya jika terpijak paku, atau terkena serpihan kaca. Jika tidak di rawat dari awal, keadaan boleh jadi lebih buruk dan luka semakin membesar.

Kenapa luka lambat sembuh?

Apabila berlaku kerosakan urat saraf terutama pada bahagian yang luka, darah tidak dapat sampai ke kawasan tersebut. Darah bukan saja membawa oksigen malah nutrien yang sangat diperlukan oleh sel untuk ia memperbaiki dirinya sendiri. Darah juga sangat diperlukan kerana ia membawa antibodi yang dapat melindungi dan melawan jangkitan.

Kekurangan bekalan darah ke kawasan luka menyebabkan luka bukan saja lambat sembuh, malah hilang keupayaan untuk melawan jangkitan kuman. Lama-lama sel dan tisu akan mati lalu menyebabkan gangrene.

Kencing manis boleh melemahkan sistem imun dan ia tidak dapat melawan kuman di kawasan luka. Aras glukosa darah yang tinggi pula menyebabkan bakteria dan mikroorganisma lebih suka tinggal di kawasan itu.


Bagaimana mencegah dan merawat luka?

1. Jaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan kaki. Pakai kasut yang sesuai semasa berjalan.

2. Tidak biarkan kaki terlalu basah atau terlalu kering. Kaki yang basah terutama di celah jari boleh menyebabkan jangkitan kulat manakala kaki yang terlalu kering boleh merekah dan luka.

3. Sentiasa memeriksa kaki sendiri jika terdapat sebarang luka atau perubahan.

4. Sentiasa memantau aras gula dalam darah.

5. Amalkan makanan berkhasiat.

6. Ambil suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi dalam makanan seharian.

Apabila terdapat luka pada kaki, terus dapatkan rawatan doktor dan pastikan luka tidak merebak.

Suplemen Shaklee membantu merawat luka akibat kencing manis

Kita tahu, kekurangan nutrisi, kekurangan antibodi, kekurangan darah beroksigen di samping aras gula yang tinggi bukan saja melambatkan penyembuhan luka, malah menyebabkan jangkitan semakin membesar.

Suplemen semulajadi Shaklee amat membantu mencukupkan bekalan nutrisi yang penting untuk menyembuhkan luka, melawan kuman dan bakteria, mencegah jangkitan dan mengelakkan luka semakin besar, membusuk, bernanah lalu terpaksa dipotong. Ingat, rawatan awal boleh menyelamatkan keadaan.



Vivix:

Minuman botani kaya polifenol yang membantu mengawal aras glukosa dalam darah, memulihkan sel rosak dari peringkat DNA, mencegah jangkitan kuman daripada merebak, mengaktifkan tenaga kepada sel dan tisu dan memanjangkan tempoh hayat sel, menguatkan sistem imun serta membantu pertumbuhan semula sel dan tisu yang baru dan sihat.

Vitalea:

Multivitamin lengkap yang membekalkan semua nutrien dan zat yang diperlukan oleh sel tubuh, menggalakkan pengaliran darah beroksigen yang lancar, membantu mengawal aras gula dalam darah, membantu pertumbuhan sel dan tisu baru.

Zink:

Mengaktifkan semula enzim dalam badan, membantu pemulihan luka supaya cepat kering, membantu mengawal aras gula dalam darah, mencegah jangkitan kuman.

Di samping mendapat dan meneruskan rawatan doktor, bolehlah mengamalkan Set Rawatan Luka Kencing Manis ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu memulihkan luka, mengembalikan kesihatan dan kekuatan tubuh seterusnya mengelakkan daripada ia di potong.




Untuk mendapatkan Set Rawatan Luka Kencing Manis ini berserta konsultasi percuma, hubungi:

Puan Suhaila


ID:868994



Hai..Assalamualaikum...

Ramai ibu hamil mengalami kenaikan aras gula dalam darah semasa mengandung. Hasil 'interview' MS dengan beberapa orang, biasanya kencing manis semasa hamil berlaku apabila seorang wanita memasuki usia 30an dan ke atas. Maknanya, bukan orang muda-muda ni tak akan kena, tapi jika usia kita memasuki 30 an ni kebarangkalian mengalami diabetes gestasi semakin meningkat.

MS pernah tulis info berkaitan bahaya kencing manis semasa mengandung ni. Maklumlah bila diri sendiri yang kena, tak senang duduk jugak la kan. Lagipun MS melalui beberapa prosedur yang WAJIB diikuti.

Ujian BSP

Darah pada jari akan di ambil (4 kali sehari, sehari dalam seminggu atau 2 minggu).


Macam dalam gambar ni. Jika keempat-empat sesi tu normal (bacaan kurang daripada 6), maka gula dalam darah kita normal. Doktor akan suruh kita jalani ujian yg sama setiap 2 minggu. Manakala jika tak normal pada mana2 sesi, kita kena jalani ujian ni setiap minggu. Haa memang fedap dan letih. Mana tak 4 kali pergi klinik. Jam 8, 12, 5 dan 9 malam.

Pernah MS punya bacaan merah (tak normal) pada 1 sesi selama 2 minggu. Doktor rujuk MS ke dietician. Mujur saja kat klinik tu ada dietician. Macam kat Penang dulu MS kena pergi Hospital. Apa yang dietician tu bagitau ni lah yang MS nak kongsi dengan korang semua.

Makanan yang boleh di makan BANYAK:

1. Air kosong - sebab dia 0 gula, dan 0 kalori.

2. Sayur-sayuran - sebab dia 0 gula.

3. Rempah ratus.

Jadi, pepandailah masukkan sayuran separuh pinggan dalam hidangan masing-masing ye. Air kosong seelok-eloknya segelas setiap jam. Air kosong mampu 'mencair'kan gula dalam darah.

Makan sedikit:

Awas dengan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula tinggi seperti berikut

1. Nasi
2. Buah - buahan
3. Mi, kue teow, makanan berasaskan tepung
4. Roti
5. Gula tersembunyi seperti dalam kicap, sos
6. Minuman dan makanan manis

Makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan kandungan gula naik tinggi, kemudian jatuh mendadak. Jadi, gula dalam darah kita tidak stabil.

Dietician juga menggalakkan kita menetapkan waktu makan yang sama setiap hari supaya kadar gula dalam darah stabil.

Apakah risiko jika gula tidak di kawal sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan?

Doktor ada bagitahu MS, gula tinggi dalam darah bukan saja boleh sebabkan bayi besar, tapi juga masalah berikut:

1. Kecacatan pada otak
2. Keguguran
3. Masalah peparu
4. Bayi sukar bernafas
5. Bayi maut dalam kandungan
6. Hipoglisemia
7. Jaundice
8. Air ketuban berlebihan
9. Kemungkinan bayi mengidap kencing manis semasa dewasa
10. Komplikasi semasa bersalin

Masalah di atas boleh berlaku dalam mana-mana trimester sepanjang kehamilan. Haa takut tak?? So memang ibu2 kena kawal pemakanan semasa hamil ni. Jangan main belasah je macam masa kita muda-muda dulu tau.

Lagi teruk, jika kadar gula kekal tinggi, itu bermakna insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi untuk menukarkan gula/karbohidrat menjadi tenaga. Maka, terpaksa pulak kene cucuk insulin sendiri.. Minta dijauhkanlah...


Kakak ipar MS yang jururawat bagitahu, kalau kena cucuk insulin, sama ada kat peha atau kat perut. Tapi biasanya dekat perut sebab kat situ banyak lemak. Huuu ngeri kan.

Oklah ibu-ibu, selamat menjaga pemakanan sepanjang kehamilan ini. Nak set mengandung atau set mengawal gula boleh hubungi MS ye ;)

iR Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat
Assalamualaikum, tak tahu macam mana nak mula ni.

Dua minggu yang lalu, MS 'terpaksa' melalui ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Ala yang minum air gula tu. Misi kata kalau mak atau ayah ada kencing manis, kita wajib ambil ujian ni tiga kali sepanjang mengandung ni. MS telan air liur je dengar..dah tau pun sebab mengandung yang dulu-dulu pun sama la kekdahnya.

Lepastu, nak dijadikan cerita, minggu lepas, misi KKIA pun call MS. Dia kata result MGTT Mama Su tinggi!! MS speechless! Dia kata bacaan gula 9.1. MasyaAllah..tinggi tu! MS macam tak percaya, mulalah rasa ada kesilapan dimana-mana. Mengandung sebelum2 ni tak pernah pun macam tu. Yang MS tau, MS ni memang gula rendah, kalau lambat makan menggigil.

Lepas dapat tau tu, MS jadi tak senang duduk pula. Nak-nak lepas ber'discussion' dengan geng Shaklee yang sekehamilan ni. Diorang kata, kalau kencing manis, kemungkinan nanti bayi akan lahir besar. Adoii..memang kecut perut dibuatnya. Lagi leceh kalau Doktor refer ke pakar-pakar diet la, diabetes la, gynea la.. Dulu masa Hb low pun kena jumpa dietician. Malasnyeee!!

Oleh sebab perasaan nak tau tu kuat, MS pun google la berkenaan kencing manis semasa mengandung ni..

Inilah yang MS nak share dengan korang, mana tau ada masalah sama kan. hukhuk.. :(

1. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi, yang pertama kali dihidapi semasa kehamilan. Sebanyak 2%-14% ibu hamil mengalami penyakit ini semasa hamil.

2. Diabetes berlaku apabila tidak boleh menghasilkan hormon insulin yang secukupnya. Insulin berfungsi mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk menghasilkan tenaga, juga berfungsi menyimpan gula yang tidak digunakan.

3. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih insulin untuk penuhi keperluan bayi. Jika badan kita tak boleh nak hasilkan insulin tambahan ini, maka gula akan berlebihan di dalam darah dan ini yang dinamakan diabetes gestasi.

4. Diabetes gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tapi kita mungkin akan mengalami perkara berikut:

  • keletihan
  • dahaga terlampau
  • banyak buang air kecil
  • penglihatan kabur
5. Kesan kencing manis pada kehamilan?

Masalah utama terjadi apabila terlalu banyak gula dalam darah merentasi placenta ke bayi, bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang terlalu besar boleh menyukarkan proses kelahiran malah boleh menyebabkan pembedahan caesarean dilakukan.


Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan, akan mempunyai banyak masalah kesihatan selepas dilahirkan contohnya hipoglisemia dan jaundis. Bayi yang dilahirkan juga cenderung mendapat obesiti dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.


Haa inilah sebenarnya risiko kalau ibu mengandung ada kencing manis..takut tak?? Nanti MS citer lebih lanjut tentang diabetes gestasi. Tunggu MS pergi check-up dulu esok dan buat ujian BSP (entah ye ke tidak namanya) untuk tahu sama ada memang MS ni ada kencing manis ke tak.. Harapnya kesilapan teknikal sajelah. Amiinn..

Masa mengandung ni lah selera mencanak-canak kan. Kang kalo dah kena pantang telan air liur je la..huhu..
Terpaksa kawal diet pulak.

Hmm bagi ibu-ibu yang memang disahkan ada diabetes gestasi ni, boleh dapatkan set ibu mengandung Shaklee. Nanti MS ajarkan cara pengambilannya ye ;)

Hubungi:

iR Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Assalamualaikum, salam bahagia..

Sebut tentang diabetes, teringat saya akan arwah ayah, yg juga pengidap diabetes. Arwah ayah juga meninggal akibat diabetes dan komplikasi organ termasuk jantung dan buah pinggang. Kakak ipar saya yg seorang nurse kata itu adalah penyakit 3 serangkai. Tak lama lepas pemergian arwah ayah, bapa penyanyi tersohor Siti Nurhaliza turut mengalami nasib sama apabila dijemput Ilahi dengan penyakit yg sama di hospital yg sama. Innalillah.. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali..

Saya bawakan kepada anda statistik menakutkan ini, dan nilailah dimana tahap kesihatan kita.


Jumlah pesakit dibetes di Malaysia telah meningkat hingga 80% dalam masa 10 tahun (1996-2006) kepada 1.4 juta orang! Manakala diseluruh dunia pula angka pengidap diabetes mencecah 350 juta orang pada 2011. (sumber Utusan Malaysia)

Nyatalah disini bahawa penyakit diabetes bukan sahaja penyakit kronik di Malaysia tetapi satu ancaman peringkat global. Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh 3 juta orang di seluruh dunia setiap tahun.

Diabetes adalah penyakit metabolik yang menyebabkan peningkatan daras gula dalam darah, sama ada disebabkan oleh penghasilan insulin yang kurang (diabetes Type 1), atau juga disebabkan sel tubuh tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap insulin (diabetes Type 2). Insulin adalah hormon yang diperlukan untuk penyerapan glukosa ke dalam sel untuk membekalkan tenaga.

Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat, kopi, mee yg apabila di ambil akan menyebabkan gula dalam darah meningkat secara ekstrim. Diet yang tidak di kawal terhadap makanan2 ini, lama kelamaan akan menyebabkan diabetes. Tambahan lagi, dengan cara hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang senaman, tidak cukup rehat, merokok meningkat risiko terkena diabetes.

Diabetes adalah satu situasi yg kronik dan perlu kerap di pantau secara teliti. Tanpa pengurusan yg baik, ia boleh membawa kepada komplikasi lain seperti penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, penyakit berkaitan mata, ulcer, dan amputasi.

Pesakit diabetes juga boleh menjalani hidup sihat, cergas dan bertenaga dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai.

Shaklee membawakan kepada anda  Vivix dan Sugar Control Set untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang sihat!




Vivix
- gabungan unik Polyganum Cuspidatum, Muscadine grape, European elderberry dan Purple Carrot yang kaya dengan reveratrol.

-Resveratrol adalah polifenol tumbuhan yang dipercayai sangat tinggi dengan antioksidan. Kajian menunjukkan resveratrol membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetic.









Sugar Control Set

ESP Soy Protein Isolate Powder
- mengandungi protein tumbuhan berkualiti tinggi, dan mempunyai indeks glisemik rendah yang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.

-Isoflavones dalam protein membantu mengurangkan  risiko diabetes. GI rendah, tidak mengandungi kanji.

-Ia membantu mengawal aras gula darah dalam diabetic.










Alfalfa Complex
- signature formula Dr. Shaklee yang kaya nutrisi, tinggi mineral yang mana akan membantu menstabilkan aras gula darah.











GLA Complex
-Kaya dengan gamma linolenic acid yg mana akan membantu untuk dalam banyak proses dalam tubuh.

-asid lemak perlu yang mempunyai kesan anti-inflammatory. Ia membantu mengurangkan simptom sakit2 saraf dalam pengidap diabetic neuropathy










Vita-lea Iron Formula
-Formula istimewa yang membekalkan 28 vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan mineral termasuk chromium.

-multivitamin yang sangat diperlukan oleh pengidap diabetes supaya kekal sihat dan bertenaga.

-kromium membantu mengekalkan aras gula darah



Sustained Release Vita-C Plus
-Produk yang menawarkan vitamin C asli menggunakan proprietary, segalanya semulajadi dengan cara melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan ke dalam sistem tubuh.

- berfungsi sebagai antioksidan dan menguatkan sistem imun.





Zinc Complex
-diformulasikan dengan zink glukonat berbioavailabiti tinggi yang melibatkan banyak aktiviti biokimia dalam tubuh.

-berfungsi untuk menyembuhkan luka, terutama kepada pengidap diabetic dengan masalah ulcer atau amputasi






Jika anda BUKAN pengidap diabetes, jangan terlalu senang hati, bila2 masa penyakit senyap seperti ini akan menyerang kita jika kita tidak mengamalkan cara hidup sihat, makan berpada-pada, bersenam selalu. Cegah sebelum terkena.

Jika anda MEMANG pengidap diabetes, atau mana2 ahli keluarga anda pengidap diabetes, menjadi sihat semula bukan mustahil. Teruskan cara hidup sihat, kawal pemakanan terutama makanan berglukosa tinggi dan berkanji, amalkan suplemen yang sesuai InsyaAllah anda akan hidup sihat tanpa ubat malah tanpa diabetes!!

Maklumat lanjut/ pertanyaan/ tempahan/ konsultasi:
Suhaila 013-2369434
Azman 019-2083656
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Su AnNajah