Enter Keyword

BOIKOT SEMUSIM

BOIKOT OH BOIKOT!

Tajuk dalam salah satu slot di Assalamualaikum TV Al-Hijrah pagi tadi, tetamu dia Dato' Nadzim Johan cerita tentang boikot.. terpaku saya di hadapan tv mendengar celoteh beliau yang sangat menusuk ke otak itu.

Sebut tentang boikot, ramai yang terbayang McD, Coca cola, HP, Nokia, Intel dan berbagai lagi syarikat dan jenama Israel. Sejauh mana kita berusaha memboikot produk-produk tersebut dan selama mana?

Menurut Dato' Nadzim boikot perlu dilakukan berterusan, bukan semusim semusim terutama bila ada perang baru nak boikot, sekali suruh boikot baru nak boikot. Menurut beliau lagi, bukanlah semua produk kita perlu boikot. Beliau mengesyorkan selektif boikot iaitu memilih mana-mana produk untuk diboikot dan boikot lah selama-lamanya.


Keluarga kami memang dah lebih setahun tak ke McD, dah 5 tahun tak ke Pizza Hut, tak pernah menggunakan langsung beberapa produk tetapi masih menggunakan MILO, kadang-kadang membeli Maggie, laptop HP, perisian Intel, dan sekali sekala ada membeli Pepsi.

Memang amat mustahil untuk memboikot semuanya, kerana kebanyakannya adalah barang keperluan di kebanyakan rumah. Jika semua rakyat Malaysia yg 27 juta ini memboikot salah satu produk InsyaAllah akan memberi kesan kepada keuntungan mereka dan ini mungkin boleh memberi signal kepada mereka yang kita sebagai pengguna mampu melumpuhkan ekonomi mereka.

Dato' Nadzim juga menceritakan tentang kesan ke atas pelaburan Belanda satu ketika dahulu apabila rakyat Malaysia memboikot produk buatan Belanda yang mengeluarkan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Memang mereka terkesan dengan boikot kita itu.

Seringkali apabila sebut tentang boikot, akan ada soalan "macam mana dengan pekerja-pekerja McD tu? macam mana mereka nak cari rezeki halal?''.

Menurut Dato' Nadzim, janganlah disempitkan pemikiran kita. Bumi Allah ini sangat luas, jika kita ikhlas memboikot InsyaAllah rezeki Allah itu ada di mana-mana untuk kita. Banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat. Sebenarnya mentaliti orang kita ni yang takut tak bertempat. Tunjukkanlah usaha kita memboikot produk Israel dengan ikhlas dan rela hati.

Banyak lagi perkongsian beliau tadi, tapi biasalah memori tak sampai 2 gig memang macam nilah, saya kongsi yang penting2 jer..

Tetapkanlah pendirian kita, BOIKOT lah mana-mana produk yang kita mampu. Dan boikotlah selama-lamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan