Jumaat, 18 Januari 2013

KETAHUI SIMPTOM DAN GEJALA MENOPAUSE

Menopos adalah keadaan di mana seorang wanita berkemungkinan mengalami ketidakhadiran haid, tidak boleh mendapat zuriat dan kemungkinan haidnya berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap.

Menopos biasanya berlaku pada usia antara 45-55 tahun dan kebiasaannya pada usia 50 tahun.

Menopos juga boleh berlaku sebelum wanita itu berusia 40 tahun lagi. Ia dipanggil sebagai pra menopos atau menopos awal di mana ovarinya tidak lagi berfungsi.

Apakah tanda-tanda menopos?
Tanda-tanda menopos terbahagi kepada:

1. Gejala vasomotor

  • panas dan kemerahan dimuka
  • berpeluh
  • denyutan jantung yang laju
  • gugup / serangan panik
  • susah tidur
2. Gejala mental:
  • emosi berubah-ubah
  • suasana perasaan yang berubah-ubah
  • keletihan
  • kurang daya ingatan
  • mudah tersinggung
  • kurang daya seks
3. Gejala saluran kencing /urogenital
  • faraj kekeringan
  • kerap kencing
  • kencing tidak terkawal
4. Penyakit tulang
  • tulang menipis (osteoporosis)
  • ketinggian badan mengurang / bongkok
  • tulang mudah patah
5. Gejala lain
  • kulit menipis (atrophy)
  • kulit hilang keanjalan
  • kulit kering
  • rambut semakin gugur
  • mudah mendapat ruam
Apa itu keadaan panas dan kemerahan dan di muka?
85% wanita menopos mengalami keadaan ini.
  • biasanya, kepanasan mula dirasai di bahagian kepala dan muka, kemudian menular ke leher dan lain-lain bahagian badan
  • berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • berserta dengan kelajuan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • boleh berlaku sekali dalam seminggu, sekali dalam sebulan atau beberapa kali dalam setiap jam
Komplikasi menopos
  1. Sakit jantung
  2. Jisim tulang menurun atau osteoporosis
  3. Angin ahmar (stroke)
Bagaimana menghadapi gejala menopos?
Dengan meningkatkan gaya hidup sihat, gejala-gejala menopos yang tidak disenangi dapat dikurangkan.
  • makan makanan berkhasiat
  • elakkan merokok
  • selalu bersenam
  • berfikir secara positif
  • melakukan pemeriksaan pap smear
  • melakukan pemeriksaan payudara


4 ulasan: