Enter Keyword

NUTRIFERON BUAT SAYA TAK JADI SELESEMA

Assalamualaikum..

Nak tahu tak, MS ni dah lama sangat tak selsema. Sampai dah tak ingat bila kali terakhir MS selsema. Ini semua gara-gara makan Shaklee.

Ini kisah dulu-dulu....Pada Zaman Dahulu....(pandang ke atas)

Saya ni memang sensitif dengan habuk. Resdung pun kuat. Setiap kali kena trigger dengan habuk ke, petai ke, sejuk ke, kipas ke memang tak sah kalau tak selsema.

Paling tak tahan bila hidung mula berair sebelum dia nak jadi hingus tu. Tunduk je meleleh. Rukuk meleleh. Kena kipas meleleh-leleh. Sampai gatal-gatal bijik mata. Jenuh menonyoh dengan sapu tangan.

Tidur malam mesti sediakan sapu tangan basah. Nak hembus hingus.

Hari ke-2 selsema lagi teruk, sakit kepala, kepala rasa berat. Kalau dekat sekolah jalan tengah panas mata mesti nak pejam. Tak tahan betul. Perut pulak sampai kembung sebab soh seh soh seh sedut hingus. huuu.

MS rela diserang demam berbanding selsema. Kalau demam ni, kita makan ubat pastu kelubung. Dah kebah. (tapi sekarang pun dah lama tak demam. demam terakhir tu pun sebab kena cikenpox)

Mama, saya nak Nutriferon!! 


Pada Zaman Sekarang (pandang bawah balik)

Beberapa hari yang lepas, kami banyak duduk dlam kereta, kena aircond. Dekat rumah pulak malam-malam kena kipas yg kuat. Kalau tak kipas panas pulak. Hidung pun mula berair. MS dan anak2 memang sensitif dengan sejuk dalam jangka masa lama. Cepat je selsema.

Jadinya satu hari tu memang dah rasa nak selsema da. MS risau lah..kalau selsema harus terbantut semua keje-keje. Haha sebab fikir nak tidur jer. ;P

Malam tu MS telan 1 sachet Nutriferon + sebijik vitamin C sebelum tidur dengan harapan esoknya MS tak kena selesema.

Bangun keesokannya.....nak tahu apa jadi?? TIADA selesema!!! Alhamdulillah....macam tak percaya!
Selalu baca cerita orang je, tapi bila sendiri cuba memang betul-betul puas hati!

Syukur Alhamdulillah.. Itu antara banyak lagi fungsi Nutriferon.

Untuk pengetahuan korang, Nutriferon ni adalah satu formula EKSKLUSIF Shaklee, produk berpaten dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Jadi kalau korang cari kat Guardian ke Watson ke ataupun kedai2 farmasi biasa memang tak jumpa (melainkan tokey kedai tu distributor Shaklee).

Nutriferon ni dalam bentuk serbuk. Rasa dia macam manis-manis herba, ada rasa kuaci, ada rasa teh. Sebab dalam tu ada campuran biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga saffflower.

Kalau nak tahu, Nutriferon Shaklee ni adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia!! fenat2 tau Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo buat kajian dengan lebih 200 herba selama bertahun-tahun, akhirnya beliau jumpa 4 herba yang terbaik yang mampu meningkatkan sistem imun kita dalam masa 3 hari!!


Baca la lebih lanjut tentang Nutriferon ni yer..

Inilah rupa si Nutriferon yang comelsss!! Kalau nak pergi travel memana, atau pergi haji, boleh bawak ni ganti ubat seperti panadol atau ubat batuk/ selesema.

Nutiferon ganti ubat sintetik
Tahu tak, anak saya Aqil yang umur 2 tahun 2 bulan tu suka makan Nutriferon..masa dia kena gatal-gatal hari tu MS bagi dia jilat Nutriferon dia rasa sedap, dia mintak lagi! Eh mana boleh..Aqil sayang boleh makan sikiiittt jerrr... haaa dah kalo bebudak pun suka, orang tua camane pulak??

MS suka nak bagitau, jadikanlah Nutriferon sebagai first aid kit kita kat rumah.. tak rugi langsung!! Buangkan semua panadol, sirap ubat batuk, sirap selesema tu..bertukarlah kepada bahan semulajadi.

(Tak tahu kenapa bila tulis entry ni sangat terasa kebesaran Allah. Allah jadikan sesuatu itu bukan sia-sia, even makhluk sekecil herba pun ada manfaatnya kepada manusia. Allahuakbar!! Sebab tu dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menyuruh kita mengkaji, belajar, kenapa Allah ciptakan tumbuhan yang berbagai rupa ini.. Subhanallah..Maha Suci Allah)

Nak Nutriferon boleh hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan