PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA!

Hahaha out of topic sat.

Walaupun MS tengok tak tengok je game Pahang vs Kelantan semalam, sebab duk berebut remote ngan anak-anak, MS tetap bersemangat!

Sebenarnya dulu-dulu memang minat bola.. tapi semenjak dah masuk usia matang ni, cam malas nak layan bola sangat. Tapi disebabkan aura Pahang vs Kelantan tu kuat sangat, terjebak juga lah MS.. Terima kasih pada teman2 FB yang selalu update pasal bolo yang menyebabkan MS terjebak sama.hehe.

21 tahun ye tak pegang piala... isk isk.. Alhamdulillah.. akhirnya Piala Malaysia jadi milik Pahang juga.

Teringat masa tahun 1992, masa Pahang menang piala, MS baru darjah 4. Kebetulan MS baru pindah dari Temerloh ke Jerantut. Bila kata team Pahang nak turun Jerantut, kami semua pakat hadir ke Padang dekat Masjid Sultan Ahmad Shah (eh ke Masjid Sultan Abu Bakar) masjid lama yang kaler biru tu.

Masa tu memang semangat kebolaan sungguh! Ye la, dalam rumah ada 3 orang lelaki yang tengok bola, pahtu kawan2 abang pun selalu lepak kat rumah tengok bola (rumah kami kat kawasan kedai), jadinya memang merioh la.. kira zaman tu tv rumah kami ala-ala big screen.

Masa game bola atau game badminton  zaman-zaman2 Rashid Sidek dulu rumah kami memang happening..Ohh semua itu tinggal kenangan...sob sob.

Cerita di padang tadi..haaa masa tu memang excited la dapat tengok player Pahang. Masa tu geng2 Zainal Abidin Hassan, Dollah Saleh..MS mmg kenal la, nak2 Zainal Abidin tu kan..hiii.. Paling best masa Piala tu bergerak masing2 pakat nak pegang..huhu. kami tengok dari jauh je sebab ramai sangat manusia.

Cerita malam tadi, disebabkan husband MS kerja, tu yang MS tak berapa dapat tengok. Kalo tak harus juga. MS malas nak berebut ngan bebudak ni.

Si teruna Ammar tak bagi mama tengok bola. Katanya orang perempuan tak boleh tengok bola. hahahaha.. Punya kedekut remote.

Masa jiran2 menjerit GOL!! MS pun berlari-lari ke TV tukar channel. ALHAMDULILLAH....Lepastu MS pergi sapu2 sampah, kemas tempat tido budak2 ni..pastu buka FB.. dah minit ke '93++ baru MS tengok TV semula.. Masa ni memang terkinja-kinja nak menang la..haha padahal ketaq jugak kot2 terbolos sebijik. Dalam hati berdoa cepatlah referee tiup wisel.

Preett pretttt preeeeetttttt!!!! Akhirnya.........

Yeah.. tak sabar nak tengok Piala Malaysia berarak keliling negeri..kali ni insyaAllah tak lepaskan peluang lagi.

Ni gambar-gambar kemenangan..yang MS cilok daripada FB..hahaha.. muka sape la yang bertuah duduk dalam Blog Mama Su ni yer... cekitout!

Kredit pic: Encik Faizal Telaney



Datuk Siti dan suami penyokong setia Pahang..macam kitorang. hehek.


Piala Malaysia milik Pahang... tahniah!!

Tak lupa juga pasukan Kelantan yang bermain dengan sangat 'gomo'nya.. tahniah dapat jadi Naib Juara. Kita masih dibawah awan Pantai Timur Yang sama.. :))

Semoga pasukan Pahang, Kelantan, Terengganu terus menyinar pada musim depan..;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan