Enter Keyword

Bila Merotan Anak Jadi Jenayah

Riuh rendah media sosial apabila keluar isu merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah. Yang Ustaz, dengan pandangan ustaznya, yang kaunselor dengan pandangan kaunselornya, yang rakyat marhaen pulak mula keluar #throwback kisah kena rotan masa kecil dulu.

Yang pasti tiada sorang pun bersetuju dengan cadangan tak masuk akal ni! (tak tahulah kalau MS terlepas pandang)

Setiap orang pasti ada nostalgia dengan rotan. MS dulu walaupun kurang nakal, pernah je kena rotan. Bukan dengan mak dan ayah, tapi dengan cikgu disiplin. Mungkin banyak kali kena, tapi yang paling melekat kuat kes yang satu ni. Sampai sekarang MS tak puas hati kena rotan dengan cikgu disiplin tu. haha. Sebab MS tak buat apa pun! duduk diam pun kena rotan. grrrr..

Kisahnya gini, masa tu semua cikgu ada mesyuarat kot. Apa lagi merdeka la sekalian alam kan. Kelas MS memang bising, campur dengan kelas sebelah kiri kanan memang havoc giler. Tapi oleh sebab MS ni budak yang berdisiplin, MS cuma duduk diam dan tengok ajelah perangai rakan-rakan sekelas.

Tetibe suasana sunyi sepi. Rupa-rupanya cikgu disiplin masuk sambil pegang rotan. Dia arahkan semua sekali berdiri atas kerusi dan tanpa usul periksa semua kena rotan dekat tangan. Sungguh tak adil kan? haha.. MS menyumpah dalam hati je la masa tu. Hmm..

Berbalik pada isu merotan tadi ni, MS secara jujurnya memang amat tak setuju sekali dengan cadangan mengarut seperti ini. Apa motifnya menganggap merotan itu satu kesalahan jenayah? Atau ada agenda tersembunyi untuk menidakkan hukum sebat dalam hudud secara perlahan dan terancang? Ok, ini teori konspirasi. (Dah macam sharifah sofia pulak aku ni)

Adakah motif utamanya untuk mengelakkan penderaan? Banyak sangat ke kes penderaan dalam Malaysia ni? Dan...banyak sangat ke kes penderaan melibatkan rotan? Kot nak dera, tak payah ada rotan. Boleh guna puntung rokok, seterika, tali pinggang, ikat, atau penderaan psikologi , tak bagi makan, kurung, rogol, membuli, mengejek, menghina, merendah-rendah pun termasuk dalam kategori 'mendera'.

Tak tahu kenapa, rasanya bukan MS je, tapi hampir semua ibu bapa emosional sikit dalam isu ini. Kita rotan tanda sayang. Kita pegang rotan cuma untuk menggertak sedikit anak kita terutama yang jenis payah dengar kata. Panggil 3 kali tak menyahut, angkat rotan baru kecut. Macam kata Saiful Nang belum ada lagi anak yang mati sebab kena bantai dengan mak ayah. Sebagai ibu bapa, kita pun tahu had kita, kan.

Peribahasa tok nenek kita, sayang anak tangan-tangankan. Biar anak menangis waktu kecil, jangan kita menangis bila anak dewasa.

Sudah pasti, didikan merotan atau sebarang bentuk kekerasan terhadap anak mestilah selepas atau seiring dengan kaedah mendidik yang lemah lembut kita gunakan. Pendidikan terbaik adalah melalui tarbiah yang jelas dan istiqomah. Hukuman merotan juga perlu ilmu. Beritahu juga sebab dan akibat kesalahan mereka dan kenapa kita merotan anak kita. Didikan mesti berterusan serta lebihkan kasih sayang. Jika tidak, merotan pun tiada guna, dan kesan rotan pun tidak menyakitkan lagi.

Bila merotan anak jadi satu jenayah, jangan pelik kalau nanti banyak jenayah. Jangan pelik kalau anak tu mencuri merompak sebab kita tak rotan tangan dia masa kecil dulu. Cukup-cukuplah gejala sosial, anak derhaka, anak buang ibu bapa, anak buang anak dan banyak lagi yang MS nak muntah menyebutnya.

Dalam mendidik, bukan saja kaedah lembut, kaedah kekerasan dan ketegasan pun amat perlu. Allah nak didik hambanya pun Dia datangkan ujian yang buat kita sakit, sedih, kecewa....semua didikan Allah ni bertujuan untuk kita kembali kepada-Nya, selepas terlalu lama didikan 'lembut' tak berkesan dalam diri kita. Nauzubillahi min zalik.

Wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan