Enter Keyword

Cara Dan Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Kanser

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ini saya dah tulis artikel tentang makanan yang perlu dijauhi atau dihadkan pengambilannya oleh pesakit kanser.

Apabila semua perlu di jauhi, ada pula yang risau, "habis nak makan apa?". Jangan bimbang, masih banyak lagi makanan berkhasiat sedap-sedap yang boleh kita makan setiap hari malah membantu kita jadi lebih sihat, bertenaga, juga dapat membantu dalam pencegahan / pemulihan penyakit kanser.


Ambil pen dan kertas, salin!

1. Ayam yang sudah dibuang kulitnya.

2. Makan banyak sayuran cruciferous seperti brokoli, bunga kobis, bok choy, lobak turnip, kubis (yang tidak disembur racun kimia). Makan mentah atau kukus sekejap untuk mengekalkan nutrien.

3. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan lautan sejuk seperti salmon, tuna, mackerel, halibut, dan cod kerana ia mengandungi Omega -3, iaitu agen melawan kanser.

4. Makan banyak serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan, kacang dan gandum penuh

5. Makan secara kerap produk berasaskan soya seperti tofu, miso, tempe

6. Beli dan makan makanan organik kerana ia bebas racun kimia

7.  Masukkan dalam menu anda pelbagai jenis cendawan Jepun seperti maitake dan shiitake

8. Makan dalam kuantiti yang banyak sayur dan buahan segar, gandum, bijian, kekacang, legum. Elakkan mengambil karbohidrat terproses. Makan makanan yang lebih hampir sifatnya kepada 'semulajadi' kerana ia mengandungi phytochemical yang bertindak sebagai antioksida contohnya seperti carotenoids, flavonoid yang melawan kerosakan sel dan merencat pertumbuhan kanser.

9. Ambil banyak sayuran dalam family allium seperti bawang putih, bawang merah, bawang perai (leek).

10.  Minum banyak air kosong (8 gelas) yang bersih. Seeloknya air yang telah di tapis atau di suling seperti air minuman osmosis berbalik (reverse osmosis).

11. Makan sedikit tetapi kerap; hanya untuk membantu menstabilkan aras gula darah dan meminimakan pengeluaran insulin secara tergesa2.

12. Kurangkan minuman manis terutama di gerai atau kedai kerana ia biasanya mengandungi amaun gula berlebihan.

13. Makan snek dalam keadaan sederhana.

14. Jika makan di luar, pilih makanan yang dimasak secara kukus, sup, atau tumis-reneh (braised).


Gaya Hidup Dan Kanser

Kanser bukan semata-mata berkenaan makanan sahaja. Cara hidup kita sebenarnya sangat memainkan peranan dalam membantu tubuh kita melawan kanser.

Di bawah ini adalah panduan gaya hidup yang MESTI kita ubah dan amalkan untuk mengurangkan atau mencegah risiko kanser.

1. Jadi orang yang 'happy go lucky'! Hapuskan tekanan, depresi, rasa cemas, down, give up, rasa gagal, kecewa dan sebagainya kerana ia sangat melemahkan sistem imun!

Belajarlah untuk rileks dan bertenang dan belajar teknik pengurusan stress seperti meditasi dan pernafasan yang betul. Prof. Muhaya selalu pesan, orang tenang selalu menang.

2. Kurangkan pendedahan terhadap karsinogen (agen penyebab kanser) contohnya seperti asap kilang, asap kenderaan, cecair pencuci, kosmetik yang melimpah dengan bahan kimia, fluorida dalam air paip dan ubat gigi, arang (cold tar), plastik yang mengandungi vinyl klorida, polisterin, pestisid dan macam-macam lagi.

3. Jangan panaskan makanan di dalam plastik dan minimakan pendedahan makanan berair kepada plastik

4. Minimakan pendedahan terhadap sinar X kerana radiasi menyebabkan kanser

5. Berhenti minum alkohol. Alkohol ada kaitan dengan kanser dibahagian kerongkong, mulut, larynx, pharynx, esofagus, pundi kencing, payudara dan hati

6. Berhenti merokok kerana rokok mengandungi lebih daripada 40 bahan karsinogen

7. Untuk kekalkan berat badan, aktif secara fizikal. Tetapkan 30 minit sehari untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal. Senaman berterusan dapat :

  • merendahkan aras estrogen dalam wanita kerana kadar estrogen yang tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara
  • memberi oksigen kepada tisu kerana sel kanser tidak boleh bertahan dalam persekitaran yang beroksigen
  • menstabilkan aras gula darah dengan itu mengurangkan bekalan 'fuel' kepada sel kanser
  • mempercepatkan pembuangan toksin/ sisa dengan itu menurunkan risiko mendapat kanser kolon dan kanser rektum
  • memperbaiki tekanan
  • membuang produk sampingan yang berbahaya seperti estrogen dan asid urik.
  • membakar tisu lemak
8. Lepaskan segala emosi negatif yang mencengkam. Belajar untuk memaafkan dan melupakan

9. Menyusukan bayi. Kajian menunjukkan penyusuan dapat menurunkan risiko kanser payudara, dan kanser ovari pada wanita pra-menopaus.

10. Kurangkan pendedahan kepada matahari kerana ia boleh menyebabkan risiko kanser kulit

11. Gunakan peralatan memasak yang stainless steel

12. Elakkan bahan kimia penyembur rambut, alat pembersih/pencuci, lilin, cat dan pestisid

13. Elakkan mengambil ubat-ubatan kecuali setelah dipreskripsi oleh doktor

Penyakit kanser boleh dicegah dan boleh dirawat. Beratus-ratus kajian yang sahih di serata dunia membuktikan kuasa mengubah cara pemakanan dan mengambil makanan yang sesuai dapat mencegah dan memulihkan kanser.

Kekal positif, jangan putus asa, terus berikhtiar dengan cara yang betul dan terbukti berkesan serta selamat. Mudah-mudahan, dengan ikhtiar kita yang tak putus-putus itu, akhirnya Allah memberi kesembuhan kepada kita. InsyaAllah..


Untuk mendapatkan suplemen yang sesuai ,dan  mengetahui kelebihannya, hubungi saya dengan khidmat nasihat percuma:

Suhaila Budin
012-9645614
ID Shaklee: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan