Enter Keyword

Makanan Yang Perlu Di Kurangkan / Elakkan Oleh Pesakit Kanser

Assalamualaikum w.b.t

Petang semalam saja, dua berita pasal kanser dari orang yang berlainan saya dengar. Kedua-duanya mengidap Hodgkin Lymphoma iaitu sejenis kanser yang berlaku disebabkan sel dalam sistem limfatik tumbuh secara tidak normal. Kanser jenis ini ada kaitan dengan keupayaan tubuh menghalang jangkitan penyakit.

Sebenarnya, penyakit seperti kanser bukanlah lagi penyakit asing di Malaysia. Ia bukan penyakit orang kaya, bahkan mampu menyerang sesiapa jua.

Kanser tak mengenal mangsa

Penyakit kanser sukar untuk dirawat, namun tidak mustahil boleh sembuh bahkan ramai yang telah bebas daripada kanser dengan menjalani rawatan yang sesuai, menjaga pemakanan, dan mengubah cara hidup 100%. Institut Kanser Nasional menganggarkan sekurang-kurangnya 80% daripada kes kanser ada kena mengena dengan cara hidup kita setiap hari.

Ramai pakar percaya bahawa 50% atau lebih kes kanser di Amerika sebenarnya disumbangkan oleh apa yang BOLEH dan TIDAK BOLEH di makan!

Percayalah, apa yang kita minum, apa yang kita sedut, apa yang kita makan, apa yang kita gunakan setiap hari mempunyai impak yang sangat besar sama ada kita bakal atau tidak terkena kanser.

Oleh kerana sukarnya merawat kanser, ramai pakar percaya bahawa adalah lebih mudah dengan mencegah atau mengelakkannya daripada terjadi. Pengambilan nutrisi mencukupi dan betul contohnya vitamin C, E, A dan beta karotena, mineral seperti kalsium, zink dan selenium didapati memberi kesan terhadap 'peluang' kita mendapat kanser.

Sesetengah makanan mempunyai kaitan dengan penyebab terjadinya kanser. Ia tidak menyebabkan kanser secara 'direct', tetapi apabila beberapa jenis kanser dikesan, makanan-makanan dibawah sering menjadi menu santapan mangsa kanser.

Di sini beberapa item yang perlu di elakkan atau di hadkan pengambilannya:

1. Elakkan atau hadkan pengambilan daging merah secara maksimum kepada 80gram sehari.

2. Buang kulit ayam. Jika mampu makan ayam yang tidak diberi suntikan antibiotik atau hormon pertumbuhan.

3. Elakkan atau kurangkan makan organ dalaman seperti hati, peparu, otak dan sebagainya.

4. Produk tenusu yang tinggi lemak

5. Makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu daripada unsur haiwan berkaitan dengan kanser payudara dan kanser ovari

6. Kaedah memasak seperti memanggang, goreng, barbeque, dan menyalai daging atau ikan perlu di kurangkan

7. Jangan makan makanan yang diminyakkan. Bakar atau panggang menggunakan oven lebih selamat.

8. Makanan yang mengandungi perasa, pewarna, pengawet seperti ikan masin, cencaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan yang telah diawet, makanan terproses dan makanan dalam tin.


9. Kurangkan pengambilan garam, kicap dan MSG. Hati-hati dengan 'hidden salt' dalam makanan. Sebaiknya gunakan rempah atau herba sebagai perasa makanan.

10. Pemanis tiruan seperti saccharin dan cyclamates

11. Makanan yang tercemar dengan fungus/kulat perlu di buang

12. Berhenti makan GULA! Gula ialah 'fuel' kepada kanser. Kanser ialah pemakan gula (sugar feeder). Mengurangkan pengambilan gula boleh memperlahankan pertumbuhan sel kanser.



13. Minyak masak, marjerin, dan komersial produk yang berminyak yang mana mengandungi asid lemak trans perlulah di kurangkan.

Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawat. Pun begitu setiap usaha kita untuk sembuh daripada penyakit kanser perlulah juga diutamakan. Penyakit kanser memang boleh sembuh.

Jangan sedih dan putus asa. Teruskan hidup dengan berfikiran positif, makan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi, sentiasa senyum, dapatkan kawan-kawan yang positif, ubah cara hidup, makan suplemen semulajadi yang membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dan sentiasa berdoa supaya diberi kesembuhan oleh Allah.

Ingat, Allah turunkan penyakit berserta penawarnya sekali.

Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen semulajadi:

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
ID Shaklee: 868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan