Jumaat, 18 Disember 2015

5 Cara Atasi Masalah Tiada Susu Badan Lepas Bersalin

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua ibu sentiasa sihat di samping keluarga dan anak-anak tersayang. Ada ibu yang dah nak bersalin tak lama lagi tapi risau ketiadaan susu pada hari-hari pertama selepas kelahiran?

Mungkin ibu ada pengalaman lalu yang agak tak menyeronokkan. Atau mungkin ini kali pertama ibu akan melahirkan cahaya mata dan berazam nak susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya? Alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan.

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang agak stress dan sukar. Semua ibu macam ni. Jadi, adalah normal jika ibu berperasaan risau dan sedikit beremosi. Saya dulu pun sama, sangat kekok semasa melahirkan anak pertama. Tapi dengan bantuan jururawat di hospital, sedikit sebanyak membantu juga.


Lebih-lebih lagi bab menyusukan bayi dengan susu ibu. Saya tak pandai nak pegang, dan baby pun tak pandai nak melekap dengan betul. Sakit badan, rasa nak pitam, tertekan dan macam-macam lagi timbul. Bayi kerap juga menangis, bila dah susukan dia macam tak puas. Bila letak dia menangis lagi. Saya tahu masa ni susu saya tak keluar sangat. Tapi saya tetap susukan juga.

Bagi ibu-ibu yang nak bersalin tak lama lagi, jom ikuti beberapa tips panduan bagaimana nak atasi masalah ketiadaan susu lepas bersalin. InsyaAllah, bila kita ada sedikit ilmu berkaitan penyusuan lepas bersalin ini, semuanya akan jadi lebih mudah.

1. Skin to skin

Sebaik saja lepas bersalin, biasanya jururawat akan letak bayi atas dada untuk beberapa ketika. Seeloknya, lepas bayi dibersihkan dan diserahkan kepada ibu, teknik ini perlu diteruskan. Pegang bayi rapat dengan dada atau perut (tanpa lapik pakaian). Ini dapat menghantar 'isyarat' kepada bayi supaya menyusu lebih kerap.

Apabila bayi kerap disusukan (walau pada awal tekniknya salah), lama kelamaan bayi akan belajar cara menghisap dengan betul. Cara ini juga dapat memberi ketenangan kepada bayi dan penyusuan lebih mudah jika ibu dan bayi dalam keadaan tenang.

2. Susukan bayi dengan kerap

Boleh juga di katakan 'sepanjang masa'. Bayi yang kerap menyusu (lebih 8 kali dalam masa 24 jam) akan meransang pengeluaran susu ibu. Walaupun ibu rasa 'tiada susu' yang keluar ketika ini, just do it.

Bayi baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak, hanya cukup untuk saiz perutnya yang sebesar buah ceri sahaja. Jadi, apabila melihat tanda-tanda bayi ingin susu seperti menghisap jari, menghisap kain, merengek, walaupun dia baru saja lepas menyusu, susukan dia.

3. Lekapan (latching) yang baik


Bayi baru lahir tidak pandai menyusu dengan betul, dengan itu ia mesti belajar. Lekapan yang salah bukan saja menyebabkan susu tidak dikeluarkan, malah puting ibu turut berasa sakit.

Cara yang betul ialah keseluruhan puting dan aerola (kawasan hitam) masuk ke dalam mulut bayi. Jika bayi menghisap puting sahaja, memang sakit dan boleh menyebabkan luka.

Apabila bayi menghisap dengan betul, dia mampu mengeluarkan kolostrum dengan baik daripada payudara. Jika terasa sakit semasa menyusukan bayi, betulkan semula cara lekapan mulut bayi.

4. Biar bayi berjaga semasa menyusu

Bayi memang suka tidur di awal-awal kelahirannya lebih-lebih lagi apabila dipeluk ibu. Jika bayi tertidur semasa menyusu sedangkan baru beberapa hisapan, bayi tidak akan dapat mengeluarkan kolostrum, dan penghasilan susu tidak diransang dengan sebaiknya.

Bayi yang tidak menyusu dengan baik juga akan hilang berat badan, jadi cerewet dan asyik mengantuk. Sangat penting untuk bayi terus berjaga dan menyusu. Ibu boleh urut kakinya, bermain-main dengan pipinya, usap rambutnya, gosok belakang atau apa saja asalkan bayi terus bergerak dan tidak tidur.

5. Ibu makan makanan berkhasiat 

Walaupun ibu lepas bersalin, tidak bermakna boleh mengabaikan pemakanan berkhasiat. Makanan berkhasiat sangat penting untuk bagi ibu tenaga, mengawal tekanan dan emosi dengan itu dapat membantu badan menghasilkan susu dengan lancar.

Makan nasi untuk dapat karbohidrat, minum susu untuk dapatkan sumber protein dan kalsium, makan buah dan sayur-sayuran untuk dapat sumber vitamin dan mineral.

Percayalah, makanan yang baik dan betul memang dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.

Jika ibu masih ada masalah seperti berat bayi turun banyak, bayi selalu cerewet dan banyak tidur, puting sakit, segeralah dapatkan nasihat dan bantuan dari mereka yang pakar dalam penyusuan.

Apa yang penting ialah ibu kekal positif dan terus berjuang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Jika ada kemahuan, insyaAllah dipermudahkan.

**********
Jika ibu ingin mendapatkan Set Berpantang yang selamat, boleh di ambil sebaik saja lepas bersalin, dan dalam masa sama dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu, bolehlah hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

atau ibu boleh dapatkan set tersebut dengan membuat belian secara online dengan klik;


Tiada ulasan:

Catat Ulasan