Bahaya Pitam Dan Pening Semasa Mengandung Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt.

Berasa pitam dan pening semasa mengandung bukanlah masalah luar biasa, bahkan kemungkinan ramai ibu mengandung pernah mengalaminya.

Perubahan hormon, fisiologi, tindakbalas biokimia dan metabolisme tubuh pun turut berubah. Begitu juga dengan sistem kardiovaskular iaitu jantung. Jadi, tak mustahil masalah ini boleh berlaku.

Apabila mengandung, denyutan jantung kita meningkat dan jantung akan mengepam darah dengan lebih banyak dalam seminit. Amaun darah dalam badan juga meningkat 30-50 peratus. Salur darah juga mengembang dengan itu tekanannya akan meningkat secara berkala. Sistem saraf dan kardiovaskular kita juga agak lambat untuk 'adjust' kepada persekitaran, maka aliran darah ke otak menjadi perlahan dan kita mula rasa macam nak pitam dan pening.


Penyebab pitam dan pening semasa mengandung

Ada banyak sebab yang boleh menjadikan seorang ibu mengandung mengalami masalah pitam, pening dan boleh pengsan.

1. Bangun terlalu cepat

Apabila kita dalam keadaan duduk, darah akan berkumpul pada bahagian kaki. Apabila kita bangun dengan cepat, darah tidak cukup sampai ke jantung daripada kaki. Oleh itu tekanan darah kita turun dengan cepat dan kita rasa nak jatuh.

Untuk mengelakkan masalah ini, bangunlah daripada duduk dengan perlahan-lahan. Jika ibu sedang baring, ambil masa beberapa minit untuk duduk terlebih dahulu, kemudian baru bangun perlahan-lahan.

2. Baring menelentang

Apabila memasuki trimester kedua dan ketiga, uterus kita akan semakin mengembang, dengan itu peredaran darah di bahagian kaki akan tertekan. Jika kita kerap baring secara menelentang, ini akan memburukkan keadaan. Jantung akan mengepam darah dengan perlahan, tekanan darah menurun, ibu akan merasa cemas, nak pitam dan rasa loya.

Elakkan masalah ini dengan baring secara mengiring.

3. Vasovagal syncope

Iaitu keadaan dimana ibu menjadi pitam dan pening akibat pergerakan usus yang terganggu, batuk dan kencing.

Ibu mengandung akan kerap mengalami vasovagal syncope ini dan mereka akan mengalami simptom seperti rasa panas, pucatm berpeluh, loya, mengantuk dan hiperventilasi.

Jika ini berlaku, cepat-cepat duduk atau baring untuk melegakan keadaan.

4. Tidak cukup makan dan minum

Apabila ibu tidak cukup makan, darah kita akan mengalami kekurangan glukosa (hipoglisemia), oleh itu kita akan rasa pening dan nak pengsan.

Ibu mengandung mesti kekalkan glukosa yang seimbang dengan makan secara kerap.

Kekurangan bendalir juga akan buat sakit kepala dan rasa nak pitam. Jadi minumlah air yang cukup sepanjang hari.

5. Anemia

Anemia boleh diketahui melalui bacaan hemoglobin (Hb) yang rendah iaitu 10 ke bawah. Seseorang yang mengidap anemia mempunyai sel darah merah yang kurang. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke bahagian otak dan organ yang lain termasuk kepada bayi.

Kekurangan darah merah akan menyebabkan ibu mengalami pening kepala dan nak pengsan.

Ambil pil vitamin yang penting seperti zat besi, B kompleks serta vitamin C untuk menggalakkan pembinaan sel darah merah yang baik.

6. Kepanasan

Berada dalam bilik yang panas akan menyebabkan salur darah mengembang dengan itu jantung mengepam darah lebih perlahan.

Elakkan berada di tempat panas, sempit, terlalu ramai orang.

7. Hiperventilasi

Bersenam amat bagus tetapi jangan berlebihan. Ia akan menyebabkan jantung mengepam terlalu laju, lalu mengalami hiperventilasi dan pengsan.

Jika ibu mengalami masalah pitam dan pening secara berterusan, disertai simptom yang lebih teruk seperti kabur pandangan, sakit kepala, sakit dada, hilang kawalan, sesak nafas dan pendarahan vagina, jangan teragak-agak untuk beritahu doktor dan dapatkan rawatan segera.

Sedikit kesilapan atau kelewatan akan memberi kesan kepada kandungan ibu.

Bagi ibu yang ingin mencuba Set Vitamin Mengandung Semulajadi Shaklee, boleh dapatkannya melalui saya dengan menghubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau order terus secara online dengan klik:


Saya doakan ibu-ibu sentiasa sihat sepanjang mengandung dan melahirkan nanti. Amiinn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan