Enter Keyword

Bahaya Darah Beku Lepas Bersalin

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni kerap pula kita dengar ibu lepas bersalin meninggal dunia akibat darah beku.

Ramai tertanya-tanya, baru sekarang ke ada penyakit macam ni? Zaman dulu takde pun.

Mungkin ada, tapi kita yang tak tahu dan tak pernah dengar. Lagipun dulu mana ada facebook.

Untung kita sekarang lebih mudah akses kepada ilmu pengetahuan terutama bakal-bakal ibu.

Punca darah beku lepas bersalin

Masa kita mengandung, darah kita lebih pekat daripada biasa akibat perubahan hormon yang  meransang badan kita menghasilkan lebih protein dalam darah. Ini pun untuk mengelakkan berlaku tumpah darah semasa bersalin.

Di tambah pula dengan pembesaran bayi dalam kandungan, salur darah kita akan jadi semakin sempit menyebabkan darah tidak lancar.

Itu yang masa mengandung kita akan rasa banyak simptom seperti selalu kebas atau kejang, pening kepala, hemoglobin (Hb) rendah, rasa nak pitam, sukar bernafas, cepat penat dan sebagainya.

Satu keadaan yang ketara ialah apabila kaki makin membengkak dan rasa susah nak berjalan. Ini berlaku sebab darah beku berkumpul pada kaki. Jika tak dirawat, salur darah ini boleh pecah pada bila-bila masa.

Selain itu, darah beku ini boleh bergerak mengikut aliran darah, lalu menyumbat peparu dan jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian. Inilah yang dikenali sebagai embolisme peparu.



Tip elakkan darah beku lepas bersalin

1. Banyakkan bergerak atau menggerakkan kaki

Selepas saya bersalin pada bulan April tahun lepas, doktor selalu pesan, banyak gerakkan kaki walaupun masa kita tengah baring. Goyang-goyangkan kaki supaya darah sentiasa bergerak dan tidak berkumpul di kaki.

Misi pun akan 'paksa' kita bangun pergi tandas untuk kencing berak kan. Ini pun tujuannya supaya darah sentiasa bergerak.

2. Minum air dengan banyak

Ramai ibu lepas bersalin takut benor nak minum air banyak. Bahaya sangat kalau kurang air ni taw. Jangan percaya bidaah faraj longgarlah, leceklah dan sebagainya sebab takde kena mengena pun.

Minum air untuk lancarkan peredaran darah serta lancarkan pengeluaran susu ibu juga.

3. Tidak berpantang keterlaluan

Lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan. Bila terlalu berpantang, makan ikan kering dengan lada hitam je, luka lambat sembuh, badan kurang nutrisi untuk baik pulih.

Dah tiga minggu pun masih lesu dan pucat lesi lagi.

4. Suntikan heparin

Suntikan cair darah akan diberi oleh doktor kepada mereka-mereka yang memerlukan. Rujuk doktor atau nurse untuk tahu lebih lanjut mengenai suntikan ini.

5. Stokin khas

Ibu boleh mendapatkan stokin penghalang tromboembolik (TED) yang berfungsi mencegah darah beku pada kaki.

6. Makan makanan berkhasiat semasa berpantang

Adalah sangat penting wanita mengamalkan pemakanan sihat sepanjang berpantang. Untuk yang bersalin secara pembedahan, dinasihatkan mengambil makanan yang kaya protein dan vitamin termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum banyak air bagi menggantikan cecair tubuh yang hilang melalui peluh dan penyusuan.- Dr. Habibah Abdul Ghani, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi

Sedih dan tragis apabila ibu lepas bersalin meninggal dunia akibat masalah yang boleh dielak dan dicegah (kematian itu sudah ajal, tapi sebelum ajal kenalah usaha).

Kepada semua bakal ibu, saya doakan semoga sentiasa dipermudahkan urusan sehingga berpantang dan selamat semuanya insyaAllah.

Jika berminat nak dapatkan set berpantang Shaklee, boleh hubungi saya. 😁


012-9645614

ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan