Enter Keyword

CoQ-Trol Plus Shaklee - Suplemen Coenzyme Q10 Penjana Tenaga Sel

Malam Sabtu yang lalu, saya berkesempatan mengikut kelas Health & Wellness Talk oleh pakar nutrisi Shaklee.

Kami belajar mengenai produk baru Shaklee iaitu namanya CoQ-Trol.

Kalau nak tahu, dulu Shaklee ada produk nama CoQ-Health. Lepas tu lamaaaaaa produk tu menghilangkan diri di pasaran.

Rupanya dia nak mai dengan wajah baru tapi lagi power berganda-ganda!


Manfaat Coenzyme Q10 (atau ringkasnya CoQ10)

Maybe ramai yang pernah dengar atau baca mengenai CoQ 10 ni kan? Dalam badan kita memang CoQ10 ni wujud secara semulajadi.

Tapi bila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan ancaman toksin yang masuk ke dalam badan kita setiap hari, penghasilannya pun merosot. Umur 20-an pun badan kita dah susah nak hasilkan CoQ10 sendiri.

Nak pula orang yang kolesterol tinggi, kemudian dia makan ubat nama statin. Ubat ni mengurangkan penghasilan CoQ10 sehingga 40%!

CoQ10 ni ibarat spark plug dalam badan kita. Tugasnya adalah untuk hasilkan tenaga kepada sel.

Jom tengok, apa fungsi CoQ10 ni dalam badan kita.

1. Meningkatkan kekuatan otot. Jadi kita akan rasa lebih kuat dan cergas setiap hari.

Sebenarnya saya baru je telan sebiji CoQ-Trol yang saya dapat percuma malam tu sebab tadi rasa mengantuk. Serius, rasa macam kena caj ni.


2. Mempercepatkan pemulihan luka sebab kita dah bagi tenaga untuk sel tu me-repair dan tumbuh dengan cepat.

3. Menguatkan otot jantung, menyokong jantung yang sihat.

Jantung adalah organ dalam badan yang paling banyak perlukan tenaga sebab dia nak mengepam setiap saat. Jika tak cukup Coq10 ni, macam mana dia nak mengepam darah. Oleh itu, badan kita akan rasa cepat penat.

4. Meningkatkan semula tenaga bagi mereka yang ada mengambil ubat statin ni tadi.

5. Sangat bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita. CoQ10 akan bantu lawan tindakbalas oksidatif serta meningkatkan tenaga pada sperma dan ovum.

Jadi, mereka yang makan CoQ10 akan mempunyai:

  • jumlah sperma sihat yang bertambah
  • pergerakan sperma lebih lancar dan laju
  • kualiti ovum juga meningkat
Jika anda ingin cahaya mata, cuba ambil suplemen CoQ10 ni.

6. Bagus untuk kecantikan kulit sebab CoQ10 juga berada di permukaan luar kulit. CoQ10 akan melindungi kulit kita dari sinar UV berbahaya.

Selain itu, ia juga membekal tenaga untuk sel-sel kulit rosak memperbaiki diri mereka sendiri, menjadikan kulit lebih berseri dan lebih muda.

Kulit pun akan lebih anjal, kurang berkedut, tekstur kulit juga meningkat.

7. Melindungi saraf dan bagus untuk otak.

Ia bertindak sebagai antioksida, mengurangkan pembentukan plak amiloid (punca penyakit Alzheimer) dalam otak kita. 

CoQ10 bagus untuk fungsi otak yang sihat, menguatkan memori, kita lebih fokus.

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati (yang mana banyak pakai tenaga tu). Ia menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari. 

Berapa banyak CoQ10 yang kita perlukan setiap hari?

Kajian menunjukkan, kita perlu sehingga 100mg CoQ10 setiap hari untuk fungsi optimum. 

Untuk dapat 100mg Coenzyme Q10 tu kita perlu makan:


Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ10 saja tak cukup? Kenapa perlu tambah trol tu? 

Ya, Shaklee menambah bahan yang sangat power juga untuk penghasilan tenaga iaitu resveratrol dan tocopherol.

Jangan takut dengan bunyinya yang pelik begitu kerana ia semestinya 100% berasaskan semulajadi. 

Resveratrol adalah sejenis polifenol, manakala polifenol bersifat antioksidan yang membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria (tapak jana tenaga dalam sel); manakala CoQ10 pula diperlukan sebagai pengecaj, memperbaharui tenaga supaya badan lebih aktif dan efektif.


CoQ Trol Plus adalah gabungan Coenzyme Q10, resveratrol dan tocopherol!

Keistimewaan Shaklee:

1. CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.

2. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. 


Amacam? Best kan?

Hilang mengantuk saya lepas telan sebiji CoQ Trol ni tadi.

Sebotol Coq-Trol ini berharga RM157.68 (30 biji, sebulan penggunaan).

Sangat disyorkan untuk sesiapa yang sering penat, atlet, nak tingkatkan stamina dan tenaga, ahli sukan, dan mereka yang ingin mengekalkan kesihatan organ dan keseluruhan badan.

Hubungi saya untuk dapatkan CoQ-Trol anda!


012-9645614

ID:868994


2 ulasan: