Enter Keyword

Suplemen Untuk Penyakit Vertigo

"Ayang tolong yang, abang nak jatuh!"
Saya yang baru selesai solat Subuh masa tu terkejut.
Suami saya macam terhuyung hayang berpegang pada dinding. Lepas tu cepat-cepat dia duduk. Lama lepas tu, baru dia OK. 
Pagi tu juga saya suruh dia ke klinik swasta untuk cek kalau-kalau ada darah tinggi ke. Masa tu memang ada tinggi sikit. Doktor suruh datang semula keesokannya, tapi dia tak pergi pun sebab kerja.

Lusa tu baru ke klinik kerajaan dan buat pemeriksaan darah semua. Alhamdulillah semua ok. Doktor cuma bagi ubat buang angin.

Tapi masa tu saya dah syak yang dia mengalami vertigo (macam doktor pula kau).

kredit foto: www.epainassist.com

Kenapa saya rasa suami saya mengalami vertigo? Ini sebab-sebabnya.

1. Dia selalu mengadu pening kepala. Memang sangat kerap. Tengah drive pun pening.
2. Dia selalu loya dan muntah-muntah. Mengalahkan morning sickness orang mengandung pulaknya.
3. Dia selalu tak dengar bila kita cakap. hahaha. Maksudnya pendengaran dia ada masalah. Dia sendiri mengaku, telinga dia tak dengar.

Jadinya, paling teruk, pagi itulah yang dia rasa nak tumbang tu. 

Vertigo boleh berlaku disebabkan beberapa keadaan, tetapi yang paling kerap menyerang ialah jenis benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).

Vertigo berlaku apabila kita menggerakkan kepala kekiri, kekanan, mendongak atau memandang ke bawah, atau juga semasa kita nak bangun dari duduk atau baring. Ia selalu berpunca dari masalah saraf dan struktur mekanisme keseimbangan di dalam telinga yang menangkap pergerakan dan perubahan dalam kedudukan kepala.

Simptom vertigo seperti yang saya bagitahu tadi tu.

Di bawah ini pula pengalaman salah seorang rakan saya yang mengalami vertigo. Ini status facebook beliau.

Apa sebenarnya yang saya alami yang dikatakan Vertigo baru-baru ini ialah:
1. Di dalam kepala saya berlaku pusingan 360 drhjh.
2. Perut saya rasa memual yang teramat sangat sehingga saya muntah.
3. Telinga kiri saya terasa seperti penuh atau padat.
4. Saya tidak boleh berdiri kerana rasa melayang ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.
5. Badan terasa seperti digoyang dan digoncang-goncang.
6. Apabila mengiring, peralihan dari kanan ke kiri menjadi bengang dan visual mata seolah melantun-lantun.
7. Ketika pejam mata, otak terasa seperti bergerak dengan sendiri.
8. Apabila saya cuba berjalan, pergerakan saya bergerak selari ke kanan dan ke kanan lagi dan saya terpaksa merangkak.
9. Ketika menoleh, dan ingin berbalik pandang ke hadapan visual mata saya menjadi bergegar dan ambil beberapa saat untuk focus tepat.
Tindakan saya setelah merasai sedemikian:
1. Saya merangkak ambil wudhu dan solat terlebih dahulu.(sebab berlaku waktu bangun subuh)
2. Baring dan pejam mata sambil layan rasa pusing tu dan tunggu anak-anak siap berpakaian.
3. Minum air masak.
4. Baring semula sambil pejam mata dan tinggikan aras kaki dengan alas sofa.
5. Pejam mata.
6. Naik kereta ke hospital.(suami pandu)
7. Muntah di hospital dan warded sementara.
8. Makan ubat dan rehat dan rehat dan rehat dan rehat.
Apa yang berlaku kini?:
1. Saya semakin pulih.
2. Saya makan je ubat tu.(bila perlu)
3. Saya bertindak secara tidak mendadak atau tergesa-gesa. Risau goyang kepala.
4. Alhamdulillah semakin positif.
5. Saya berdoa dan berharap tidak berlaku serangan veritgo lagi.
6. Mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang. (walaupun saya bantai pizza 6potong semalam)
Jadi, kepada sahabat yang mungkin pernah mengalami simptom berikut dan tidak pasti apa sebenarnya, jangan malu dan segan bertemu atau merujuk kepada yang berkenaan. InsyaaAllah ini lah skrip saya jika saya perlu berdepan dengan pakar suatu hari nanti. (harapnya tidak berulang lagi ke atas diri saya).

Post ini bukan untuk meraih rasa simpati sahabat semua. Ini sekadar perkongsian yang mungkin boleh membantu sebagai persediaan. Bagi sesetengah pihak, mungkin menganggap ini tidak serius, namun kerja tetap tergendala jika berlaku serangan ini. Memandu tak boleh, nak makan jadi muntah, dan focus tidak jelas. Apa-apa pun, sayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Vertigo ni keadaan yang serius juga taw. Bayangkan kita bukan berada dirumah, tiba-tiba kita rasa nak rebah. Tak ke panik orang sekeliling, dengan kita-kita sekali panik. 

Dalam kes suami saya tu tadi, selain ubat angin yang doktor bagi tu, suami saya makan suplemen Omega Guard dan Vivix Shaklee (di samping suplemen lain yang memang dimakan hari-hari).

Syukur juga, sejak kejadian pertama tu, dah takde lagi episod pening-pening nak tumbang. Harapnya tidak akan berlaku lagilah. 

Mungkin ada yang bertanya, apa kaitannya makan Omega dan Vivix tu untuk vertigo?

Omega Guard adalah minyak ikan  Omega-3 paling tulen yang ada di pasaran. Fungsinya sebagai anti-inflamasi, melancarkan peredaran darah, mengurangkan pening dan pusing, meningkatkan paras serotonin (hormon gembira), membantu penglihatan yang baik, meningkatkan sensitiviti dan fungsi otak, memperbaiki fungsi kognitif. 

Sementara Vivix pula ialah minuman antioksidan yang berkuasa juga bertindak sebagai anti-inflamasi, melancarkan peredaran darah, memperbaiki kerosakan sel dan sistem badan, menguatkan sistem imun, serta memperbaiki saraf. 

Tapi perlu diingat, suplemen tak sama fungsinya dengan ubat. Anda perlu berjumpa dengan doktor dahulu untuk dapatkan rawatan yang betul.

Suplemen membantu sel badan kita untuk memulihkan dirinya sendiri melalui nutrisi yang baik. 

Omega Guard berharga RM136 sebotol (90 biji), dan Vivix berharga RM475 sebotol.

Penyakit vertigo yang tidak di rawat boleh mendatangkan bahaya dan mengganggu kerja-kerja seharian serta turut menyebabkan punca terjadinya penyakit lain yang lebih berbahaya.

Jika terlalu kerap sangat mengalami masalah pening-pening kepala, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Jangan bertangguh lagi.

Jika nak ikhtiar dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya. 



ID: 868994

*Produk ini tidak bertujuan merawat atau mencegah penyakit. Ia adalah suplemen yang memperbaiki tahap kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan