Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Antioksidan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antioksidan. Papar semua catatan
Dulu kemain femes glutathione ni. Sikit-sikit gluta. Nak cantik je gluta. Korang tahu ke apa sebenarnya glutathione ni??

Tak tahu meh sini MS nak cerita sikit.

Info ni MS ambil daripada Majalah iSihat edisi September 2013. Haa lama dah ni.. Baru sekarang teringin nak tulis.

Mengikut Dr. Irene Lee (Prof. Madya dan Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UCSI KL),

"Pengguna sepatutnya mengetahui apa sebenarnya glutathione. Jangan sesekali mengambil sesuatu produk tanpa mengetahui kesan sampingan yang mungkin dihadapi. Glutathione bukan satu bahan terlarang dalam produk kecantikan. Glutathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh organ hati dan ia juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging."

Fungsi glutathione dalam badan antaranya pembinaan dan pembaikan tisu, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan, dan sistem imun.

Glutathione biasa di ambil secara oral untuk memperbaiki masalah:

  • katarak dan glaukoma
  • mencegah penuaan
  • ketagihan alkohol
  • asma
  • kanser
  • sakit jantung
  • hepatitis
  • hilang ingatan
  • Alzheimer
  • osteoarthtritis
  • Parkinson
Ramai wanita menggunakan glutathione untuk meringankan nada kulit kerana gluta mempunyai sifat-sifat sebagai bahan antioksidan yang membantu dalam pertumbuhan semula sel dan menghalang radikal bebas.

Kesan sampingan gluta: kejang perut, loya dan muntah

*Untuk kesan pencerahan, seseorang memerlukan dos yang tinggi untuk proses pencerahan itu.

Mengikut kajian, gluta merupakan bahan antioksida yang mencegah penuaan. Apabila kulit wajah sentiasa terdedah dengan radikal bebas, bahan gluta ini akan menyejukkan radikal bebas tersebut dan mengitar semula bahan antioksidan yang lain.

*******************************************************

Cara terbaik mengambil glutathione:

1. Ambil makanan yang kaya sulfur seperti bawang putih, bawang dan sayuran cruciferous (brokoli, kale, kubis, kubis bunga, sengkuang, dll)

2. Cuba protein whey (protein susu lembu)

3. Bersukan-mampu meningkatkan tahap gluta

4. Mengambil  asid folik, vitamin B6 dan B 12- membantu tubuh menghasilkan gluta

5. Selenium -bahan penting yang membantu kitar semula badan untuk hasilkan lebih banyak glutathione.

6. Antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E - dua vitamin ini bekerja bersama-sama untuk kitar semula glutathione.


Kesimpulannya, untuk proses sintesis glutathione semulajadi dalam badan dapat dihasilkan secara sempurna, amalkan pemakanan seimbang, amalkan gaya hidup sihat dan mencukupkan keperluan vitamin penting dan asas seperti di atas!

Shaklee ada nutrisi untuk kitar semula glutathione tersebut!

Maklumat lanjut, konsultasi, panduan pemakanan, hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

Apa itu Glutathione?

by on Mei 27, 2014
Dulu kemain femes glutathione ni. Sikit-sikit gluta. Nak cantik je gluta. Korang tahu ke apa sebenarnya glutathione ni?? Tak tahu meh sini...
Oleh kerana rokok telah di fatwakan haram  oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, maka ramailah kaki perokok ingin berhenti merokok.

Selain haram, rokok adalah punca banyak masalah kesihatan. Merokok umpama membunuh diri dengan cara yang paling 'halal' dan 'tak bersalah'. Ye la.. kalau pegi terjun bangunan nampak sangat takde imannya. Mati slow-slow dengan merokok sape nak kisah. Ye tak??

Dah la hidup asyik kena kutuk aje. Selfish la, bunuh orang sekeliling la, penyebab isteri sukar hamil la, pencemar alam sekitar la, penyebab orang sekeliling mati cepat la, memenuhkan hospital dengan sakit dia tu, bau mulut yang busuk dan sebagainya.. Kesian..kesian..kesian.



Tapi kan, saya tabik la perokok ni. Walaupun orang kata rokok tu haram, orang marah-marah tapi dorang selamba je kan. Memang hati kental lah perokok ni. Hati kental ke hati dah mati wallahua'lam la kan. Tapi ada kemungkinan juga hati dorang ni dah mati. Sebab:

1. Roh dipenuhi dengan benda-benda haram

2. Organ hati memang dah tak berfungsi nak menapis segala dadah yang masuk bertahun-tahun tu. So secara tak langsung kemungkinan perasaan dorang pun dah mati.

Bagi perokok yang dah insaf, nak kembali ke pangkal jalan, ini ada beberapa petua saya nak bagi yang kalau korang istiqomah memang boleh berhenti merokok dalam masa sangat singkat.

1. Jangan beli rokok

Kalau pergi kedai nak beli rokok, buat-buat la terbeli gula-gula mentos. Pastu dah sampai rumah buat-buat la cakap "alamak..nak beli rokok tadi, lupa pulak. Esok jelah"

Dan hari esok pun ulangi teknik yang sama. Dan esoknya, dan esoknya lagi. Sampai korang fedap nak pergi kedai.

2. Sibukkan diri dengan perkara lain

Contohnya jika terasa nak merokok, cepat-cepat bangun, pergi dapur, buka peti ais, ambil air kosong atau apa-apa makanan. Makanlah lambat-lambat dan jangan fikir pasal rokok langsung!

3. Berzikir

Merokok dah la haram, tak mendatangkan hasil. Daripada terkumat-kamit hisap rokok, baik terkumat kamit zikir. Yang paling simple Istighfar. Tiap kali keinginan merokok datang, cepat-cepat Istighfar. Buat 100 kali. Sebut 'Astaghfirullahaladzim..allazi lailaha illa huawwal hayyul qayyum waatuubu ilaih'. Buat berlagu-lagu sikit macam dalam Astro Oasis tu.

Istighfar ni kita memohon keampunan Allah. Syaitan duk hasut-hasut kita "merokoklah..merokoklah". So kita istighfar supaya tak terikut2 dengan hasutan syaitan tu. Syaitan tu memangla..dia suka sangat kita ni jadi geng dia masuk neraka.

4. Kuatkan hati dan semangat

You can do it! Eceh.. Sebenarnya mindset je. Betul tak? Kalau kita fikir 'aku boleh hidup sihat bebas rokok' maka boleh la. Kalau asyik fikir 'ishh tak boleh la takde rokok' maka tak boleh la.

Yang ni kena banyak tonton rancangan Reset Minda Prof. Muhaya tu.

5. Solat dan doa

Selalulah pergi masjid untuk solat jemaah. Lepas tu lengah-lengahkan waktu balik. Kat masjid takde orang merokok kan? Lepas solat tu doa la sungguh-sungguh supaya Allah kuatkan hati kita untuk berhenti merokok.

6. Fikirkan kesannya pada anak cucu cicit dan zuriat keturunan kita

Bahan kimia dan dadah yang masuk dalam badan, akan jadi sebahagian daripada sel kita. Benda-benda tu pun bercampur dalam darah. Bayangkan bila kita ada anak, kita mewariskan gen 'haram' kepada zuriat keturunan kita. No wonder sekarang banyak masalah sosial, zina, rogol etc kan? Terfikir tak puncanya dari bahan haram yang kita bagi pada isteri dan anak-anak kita? Nauzubillahi min zalik.

Kita kerja dah elok dah, halal semua tapi sebab rokok nak sekotak itu berjaya merosakkan seluruh keturunan kita. Serius saya pulak yang ngeri. Kalau sayangkan keturunan, pleaseeee berhenti merokok.

Tahu tak sejarah asal rokok ni?


Orang kita ni main belasah je kan.. ikuuuttt je semua benda yang datang dari luar. Orang tu puja roh kau! Jin kan suka asap. Asap kan makanan jin. Kalau korang rajin study, baca buku, kemungkinan lagi banyak lagi fakta tentang rokok yang korang akan jumpa.


Ini petikan dari buku. Wallahu a'lam.

7. Makan Vivix Shaklee

Dah raaaammmaiiii sangat yang 'terpaksa' berhenti merokok lepas makan Vivix ni. Sebenarnya tujuan asal dorang makan Vivix bukan sebab nak berhenti merokok. Tapi nak turunkan kencing manis, nak tenaga, nak kawal darah tinggi, nak sihatkan jantung, nak awet muda. Alih-alih bila dah minum Vivix tu rokok rasa pahit. Memang tak boleh masuk mulut dah.



Kiranya kalau korang ambil Vivix ni, memang korang akan berhenti merokok dengan pantas! Daripada bakar duit beli rokok, baik beli Vivix. Banyak manfaat boleh korang dapat.

Kenapa Orang Merokok? (Baca: ketagih merokok)

Sebab seseorang itu merokok terpulang pada individu. Tetapi, apabila seseorang itu mula merokok, dia mula menjadi ketagih. Apabila dah ketagih, ia jadi satu tabiat dan kemestian yang tak boleh ditinggalkan! Ini kerana tembakau yang ada dalam rokok mengandungi dadah yang powerful iaitu nikotin.

Apa itu Nikotin?

Rokok memang direka cipta supaya pengamalnya dapat merasai kesan nikotin. Nikotin cuma mengambil masa 10 saat untuk sampai ke otak selepas disedut. Nikotin menyebabkan ketagihan sama seperti dadah jenis heroin dan kokain.

Nikotin adalah dadah peransang yang mampu meningkatkan kadar denyutan jantung, memberi kesan kepada otak dan sebahagian tubuh. Perokok jadi 'high' kerana nikotin mencetuskan pembebasan dopamine dalam otak- chemical yang buat seseorang rasa 'syok' macam di syurga. Sebab tu juga, seorang perokok selalu bagi jawapan ''aku merokok sebab nak hilangkan stress''.

Simptom ketagihan pada rokok (dinamakan withdrawal symptoms):
  • rasa lapar
  • cepat marah /panas baran (irritability)
  • cemas (anxiety)
  • hilang tumpuan dan fokus
  • tidak cukup rehat dan tidur terganggu
Menarik tentang rokok!

Telah separuh yang maut akibat penyakit berkaitan rokok! Satu pencapaian yang hebat bagi pengeluar rokok! Maka, untuk mencapai target yang lebih tinggi, rokok tidak putus dihasilkan dan dijual. Pengeluar ada target nak gantikan mereka yang maut tadi dengan perokok baru. Jika korang seorang perokok, tahniah! korang adalah pengganti yang mereka cari-cari.

Pengeluar rokok memang sasarkan perokok dari kalangan pelajar dan orang muda. Sebab itu rokok direka cantik, menarik, glamer dan fashionable. Maklumlah orang-orang muda kan suka bergaya dan 'image conscious'

Sekarang,di UK (dan hampir kebanyakan negara) telah mengharamkan pengiklanan rokok. So pengeluar akan reka taktik baru pula supaya rokok terus diminati. 

Bagaimana Vivix Boleh Berhentikan Ketagihan Merokok?

Dengan impak 4 mekanisme, Vivix membantu mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular (DNA)

1. Vivix membantu mengurangkan kesan ketagihan kepada nikotin

Mereka akan rasa malas nak merokok ataupun ada yang berhenti serta-merta.

2. Kandungan antioksidan yang sangat tinggi

Merokok menyebabkan pembebasan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. Antioksidan membantu melawan radikal bebas tersebut

3. Vivix membantu membaik pulih sel dan organ yang rosak akibat timbunan bahan kimia dan toksin berbahaya daripada rokok

4. Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria yang menjana tenaga tahap sel.

Sel-sel perokok yang mati dan lemah kembali di aktifkan

5. Vivix dengan ramuan berkuasa, 10kali lebih kuat dari resveratrol akan melambat penbentukan protein AGE. (penimbunan protein AGE merosakkan keutuhan sel, memendekkan jangka hayat sel dan mempercepatkan penuaan.)

Itu baru lima, hakikatnya kena rasa dan cuba sendiri dulu..kemudian alamilah perbezaan pada tahap kesihatan masing-masing.

Lelaki dalam video ni, yang mula merokok daripada umur 14 tahun. Dia mencuba pelbagai cara untuk berhenti dan akhirnya apa dia buat sampai terberhenti merokok?




Kalau korang sayangkan diri sendiri, sayangkan isteri, anak, keluarga SERIUSlah untuk berhenti merokok!!



Dapatkan  Vivix berserta panduan dan cara makan Vivix eksklusif dengan saya:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS/WhatsApp: 012-9645614




Assalamualaikum, salam sihat semua..

Entry ini adalah sambungan dari post yang sebelum ni. SILA KLIK SINI UNTUK BACA.

Kita dah tahu apa itu radikal bebas, kita tahu apa bahayanya jika ia berlebihan dan tidak dineutralkan oleh tubuh, dan kita juga dah tahu bahawa antioksidan adalah bahan terbaik yang bertindak melawan radikal bebas dalam tubuh kita..

Sekarang, kita belajar pula tentang antioksidan. Jom baca...

gambar encik google ni agak blur..

Antioksidan adalah senjata yang paling ampuh untuk melawan atau melambatkan kerosakan akibat radikal bebas. Ada dua jenis antioksidan iaitu:

1. Antioksidan internal- dihasilkan dari dalam tubuh kita sendiri
Juga disebut sebagai 'antioksidan primer'. Secara semulajadi, tubuh mampu membina antioksidan sendiri tetapi kemampuan ini pun ada batasnya. Seiring pertambahan usia, kemampuan tubuh menghasilkan antioksidan semakin berkurang. Ini juga disebut sebagai 'oksidatif stress' dimana jumlah radikal bebas melebihi kapasiti kemampuan meneutralkan antioksidan. Antioksida primer ialah:

  • Super Oksidase Dismutase (SOD)
  • Glutathione peroksidase (GPx)
  • Katalase (Cat)
2. Antioksidan external- tidak dihasilkan oleh tubuh
Antioksidan ini berasal daripada makanan seperti Vitamin A, beta karotena, Vitamin C, Vitamin E, Selenium, flavonoid dan lain-lain. Ia juga disebut sebagai 'antioksidan sekunder'.

Manfaat Antioksidan
  • Tubuh kita terdiri dari triliunan sel. Disetiap sel terjadi reaksi metabolisme yang sangat kompleks. Diantara reaksi metabolisme tersebut melibatkan oksigen, seperti yang kita ketahui oksigen adalah unsur yang sangat reaktif. Keterlibatan oksigen dalam reaksi metabolisme di dalam sel dapat menghasilkan apa yang disebut sebagai “reaktif spesies oksigen” seperti H2O2, radikal bebas hydroksil (·OH), dan anion superoksida ( O2-).
  • Molekul-molekul ini memang diperlukan tubuh misalnya untuk menjalankan sistem metabolisme dan memberi signal pada sistem saraf akan tetapi apabila jumlahnya berlebihan seperti pengaruh gaya hidup (merokok, stress, konsumsi ubat, polusi lingkungan, pengaruh zat kimia tertentu pada tubuh, radiasi, dll) maka dapat merosak sel dengan cara memulai reaksi berantai lipid, mengoksidasi DNA dan protein. Oksidasi DNA berakibat adanya mutasi dan timbulnya kanser sedangkan oksidasi protein mengakibatkan non-aktifnya enzim yang dapat menghambat proses metabolisme. Disinilah pentingnya kita mengambil antioksidan.
Jenis Antioksidan
  • jenis larut air, Vitamin C dan jenis larut lemak seperti Vitamin E.
  • jenis enzim seperti SOD, GPx dan Cat
  • jenis polifenol dan flavonoid seperti flavonols, flavones, catechin, flavanons, antosianidin dan isoflavonoids. Sumber polifenol seperti teh, kopi, buah-buahan, minyak zaitun, cinnamon dan sebagainya.
  • Resveratrol pada buah anggur
  • Epigalokatekingalat-contoh polifenol pada teh hijau, teh hitam dan sebagainya.
Makanan yang mengandungi antioksidan
1. Betakarotina. Dapat ditemukan di banyak makanan berwarna oren, seperti ubi merah, wortel, labu, aprikot, mangga dan sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.
2. Lutein. Berlimpah ruah di sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi.
3. Lycopene. Adalah antioksidan manjur yang dapat ditemukan pada tomat, semangka, jambu biji, pepaya, aprikot dan jeruk.
4. Selenium. Merupakan zat besi yang dibutuhkan untuk meningkatkan fungsi salah satu sistem enzim antioksidan tubuh. Beras dan gandum adalah sumber utama selenium.
5. Vitamin A. Banyak dikandung oleh hati, ubi, wortel, susu, kuning telur dan keju mozarella.
6. Vitamin C. Banyak pada buah dan sayuran seperti delima, kiwi, strawberry, parika hijau, kol, bayam, brokoli dan kangkung.
7. Vitamin E. Terdapat pada almond, beberapa jenis minyak seperti minyak wheatgerm, minyak safflower, minyak jagung dan minyak kedelai, serta mangga, kacang dan brokoli.
8. Flavonoid: teh hijau
Kesimpulannya, pengambilan antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana di samping dapat memicu penghasilan enzim yang bekerja dalam metabolisme tubuh, ia juga dapat mencegah dan menghalang daripada terjadinya kanser, penyakit jantung, penyakit akibat kerosakan DNA malah penyakit paling sering mengganggu kita iaitu penuaan pramasa!!
Amalkan antioksidan semulajadi dari Shaklee!!
Vivix- mengandungi resveratrol iaitu antioksidan kuat berfungsi melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, mengawal tekanan darah, meningkatkan tenaga dan prestasi, menurunkan berat badan dsb.
Vitamin E dengan ekstrak biji anggur- juga kaya dengan antioksidan, resveratrol , lengkap dengan selenium untuk membantu penyerapan vitamin E, anti penuaan, memperbaiki luka, mencerahkan wajah, memperkuat sendi, memperbaiki penglihatan dan sebagainya.
Vitamin C dengan bioflavonoid-  penting untuk kulit, membina kolagen, meningkatkan keimunan terhadap penyakit, memelihara keutuhan sel seperti mata, gusi, gigi, tulang, otot, pembuluh darah, meningkatkan penyerapan zat besi dsb.
Carotomax- Ia lebih selamat daripada vitamin A, mengandungi varieti karotena, dan fitokimia yang sangat penting untuk mata yang sihat, kulit dan membran mukosa. ia juga berfungsi untuk melawan kanser dan oksidasi akibat radikal bebas.

Nutriferon- Interferon pertama di dunia yang berfungsi mengukuhkan sistem imun, melawan kanser, tumor, virus influenza, melambatkan penuaan, mempertingkatkan PMS dan menopos.
Adalah sangat penting untuk memulakan pengambilan antioksidan bermula hari ini dan membantu mengukuhkan sistem imun supaya dapat melawan penyakit berbahaya.

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang sebut antioksidan, radikal bebas, tp kita agak kurang pasti apakah bendenya iteww betul tak? Walaupun ada belajar dolu2, tp saya sendiri pun dah hilang ingatan tentang dua benda yang sangat penting ini..

Kalau nak diikutkan, topik ini sangatlah panjang untuk dibicarakan..nanti jemu pulak nak membacanya, jadi saya share info yang penting2 saja di sini.. kalau nak baca lanjut, sila ke web Akhiajun's sebab artikel ini pun saya ambil dari sana...Jom baca dan tambah ilmu ;)
punca radikal bebas antaranya pencemaran, bahan kimia, merokok dan asap rokok, dan sebagainya.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan terlalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.

Bagaimana ia dihasilkan?
1. melalui metabolisme tubuh itu sendiri
2. melalui persekitaran contohnya merokok, sinar uv, bahan kimia dalam makanan dan bahan pencemar yang lain.

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas sangat kronik dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menampakkan kesan yang nyata. Contohnya ialah kanser dan penyakit jantung.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan keadaan ini tetapi apabila jumlahnya terlalu berlebihan, kemampuan tubuh untuk meneutralkannya semula akan berkurang. Ditambah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat, tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dengan efisien.

Fakta yang seterusnya ni lagi mengerikan!!
Radikal bebas yang mengambil elektron dari tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan.

Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka terjadilah kanser dan penyakit genetik yang semakin banyak dan bermacam-macam nama.

Tubuh manusia sebenarnya dapat meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan semulajadi tetapi jumlahnya sering saja tidak mencukupi; dan juga zat pemicu yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup di ambil oleh kita.

Contohnya, Glutathione adalah antioksidan dalam tubuh kita yang sangat kuat TETAPI ia memerlukan bantuan vitamin C sebanyak 1000mg untuk tubuh menghasilkan glutathione ini.

Apakah yang terjadi sekiranya radikal bebas sangat berlebihan?
1.Radikal bebas dalam lipid akan terurai menjadi bahan-bahan seperti malondialdehid(ini adalah indikator bahawa dalam tubuh kita ada radikal bebas). Akibat kerosakkan bahagian pembuluh darah, ia menyebabkan endapan zat-zat termasuk kolestrol hingga boleh menyebabkan arterosklerosis.

2. Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan perubahan cecair membrane sel sehingga pengangkut antara membrane dan mekanisme sel terganggu.

3. Ia juga boleh melumpuhkan sistem enzim hingga seluruh rangkaian proses metabolisme terganggu.

4. Radikal bebas juga menyebabkan kerosakan protein

5. Radikal bebas mampu menyebabkan mutasi spesifik pada DNA yang menyebabkan kanser.

6. Radikal bebas akan merosakkan lipid hingga menyebabkan penyakit jantung koronari.

7. Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit autoimun. Pada keadaan normal, antibodi terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. Autoimun berlaku apabila antibodi tidak dapat mengenal antigen lalu menyerang sel tubuh sendiri.


~bersambung~

APA ITU RADIKAL BEBAS?

by on Disember 18, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia semua.. Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang se...