APA ITU RADIKAL BEBAS?

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang sebut antioksidan, radikal bebas, tp kita agak kurang pasti apakah bendenya iteww betul tak? Walaupun ada belajar dolu2, tp saya sendiri pun dah hilang ingatan tentang dua benda yang sangat penting ini..

Kalau nak diikutkan, topik ini sangatlah panjang untuk dibicarakan..nanti jemu pulak nak membacanya, jadi saya share info yang penting2 saja di sini.. kalau nak baca lanjut, sila ke web Akhiajun's sebab artikel ini pun saya ambil dari sana...Jom baca dan tambah ilmu ;)
punca radikal bebas antaranya pencemaran, bahan kimia, merokok dan asap rokok, dan sebagainya.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan terlalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.

Bagaimana ia dihasilkan?
1. melalui metabolisme tubuh itu sendiri
2. melalui persekitaran contohnya merokok, sinar uv, bahan kimia dalam makanan dan bahan pencemar yang lain.

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas sangat kronik dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menampakkan kesan yang nyata. Contohnya ialah kanser dan penyakit jantung.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan keadaan ini tetapi apabila jumlahnya terlalu berlebihan, kemampuan tubuh untuk meneutralkannya semula akan berkurang. Ditambah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat, tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dengan efisien.

Fakta yang seterusnya ni lagi mengerikan!!
Radikal bebas yang mengambil elektron dari tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan.

Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka terjadilah kanser dan penyakit genetik yang semakin banyak dan bermacam-macam nama.

Tubuh manusia sebenarnya dapat meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan semulajadi tetapi jumlahnya sering saja tidak mencukupi; dan juga zat pemicu yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup di ambil oleh kita.

Contohnya, Glutathione adalah antioksidan dalam tubuh kita yang sangat kuat TETAPI ia memerlukan bantuan vitamin C sebanyak 1000mg untuk tubuh menghasilkan glutathione ini.

Apakah yang terjadi sekiranya radikal bebas sangat berlebihan?
1.Radikal bebas dalam lipid akan terurai menjadi bahan-bahan seperti malondialdehid(ini adalah indikator bahawa dalam tubuh kita ada radikal bebas). Akibat kerosakkan bahagian pembuluh darah, ia menyebabkan endapan zat-zat termasuk kolestrol hingga boleh menyebabkan arterosklerosis.

2. Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan perubahan cecair membrane sel sehingga pengangkut antara membrane dan mekanisme sel terganggu.

3. Ia juga boleh melumpuhkan sistem enzim hingga seluruh rangkaian proses metabolisme terganggu.

4. Radikal bebas juga menyebabkan kerosakan protein

5. Radikal bebas mampu menyebabkan mutasi spesifik pada DNA yang menyebabkan kanser.

6. Radikal bebas akan merosakkan lipid hingga menyebabkan penyakit jantung koronari.

7. Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit autoimun. Pada keadaan normal, antibodi terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. Autoimun berlaku apabila antibodi tidak dapat mengenal antigen lalu menyerang sel tubuh sendiri.


~bersambung~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan