Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Keahlian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keahlian. Papar semua catatan

Siapa yang suka di paksa-paksa? Kan? Takde orang yang suka di paksa-paksa.

Sebab tu saya amat 'menyampah' buat bisnes Shaklee.

Sebab tu sejak saya daftar jadi ahli pada 2012 sampai sekarang pun saya masih lagi jual Shaklee. Lama siut!

Tapi memang saya 'fed-up' bila kena paksa-paksa!

Sebagai ahli Shaklee yang dah lama, saya nak dedahkan aktiviti yang menggunakan 'paksaan' dalam bisnes ni!

1. Saya TERPAKSA jumpa ramai orang yang tak dikenali. Yang peliknya saya tak cari diorang, diorang yang cari saya.

2. Saya TERPAKSA belajar tentang penyakit, nutrisi, suplemen, belajar marketing, belajar blog, belajar consult orang, belajar bagaimana nak handle emosi diri sendiri dan orang lain.

3. Saya TERPAKSA pergi kedai buku tiap-tiap bulan, habis duit sebab beli buku, sebab terpaksa baca buku!

4. Saya TERPAKSA jadi sosial di laman sosial iaitu satu benda yang saya sangat malu nak buat.

5. Saya TERPAKSA tambah kawan dan berkawan dengan entah siapa-siapa. Peliknya sekarang hari-hari saya berkomunikasi dengan mereka dengan begitu erat sekali. Sangat menjengkelkan!

6. Saya TERPAKSA berzikir, beristighfar, berselawat, mengaji, ber Al-Ma'thurat, berDhuha malah ber-Tahajud dimana saya tak pernah buat dan terfikir nak buat pun!

7. Saya TERPAKSA jadi manusia yang ada impian, bermatlamat, ada perancangan hidup, dan di paksa untuk terus berusaha mencapainya.

8. Saya TERPAKSA jadi orang yang penuh semangat, tak putus asa, berfikiran positif dan terpaksa fokus dalam hidup. Sesungguhnya ini bukan saya!

Di harap dengan pendedahan berani ini, anda yang tak suka dipaksa tak perlu jadi ahli Shaklee lagi.

Nak tahu pendedahan berani yang lain, hubungi saya;

SUHAILA (868994)
SMS/Call: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Facebook: Su AnNajah

Assalamualaikum, semua pembaca blog Mama Su yang budiman.

MS pasti, korang yang datang blog ni pernah menggunakan produk Shaklee kan? Ataupun sedara-mara atau kawan-kawan korang? Ataupun adik-beradik korang?? Tak jugak? Errr memang korang berniat nak jadi ahli setelah melihat iklan tak henti-henti 24 di Facebook?? Sampai korang tertanya-tanya,

''Eh, apa semua orang jual Shaklee ni? best sangat ke?''

Memang, semakin hari semakin ramai yang berminat nak jadi ahli Shaklee. Alhamdulillah.. Sama ada orang tu jadi ahli untuk nak dapat harga ahli, dan makan sendiri atau memang betul-betul nak buat bisnes dengan Shaklee lepas tengok kawan-kawan update dapat bonus setiap tengah bulan!

Memang ramai pelanggan setia MS jadi ahli lepas berpuas hati dengan produk yang mereka makan. Memang terasa perbezaannya. MS nak katakan memang rugilah kalau peminat produk Shaklee, tapi masih membeli dengan harga runcit! Tapi itu pilihan masing-masing kan? Terpulanglah..

Apa faedah jadi ahli Shaklee?

1. Dapat jimat duit 25%-30% jika membeli produk Shaklee menggunakan ID sendiri pada harga ahli

Sekarang Shaklee dah kuatkuasakan penyelarasan harga, dimana semua pengedar Shaklee WAJIB menjual menggunakan harga runcit. Tetapi, bila korang dah jadi ahli, dah sah-sah korang beli dengan harga ahli, kan? Dah tak risau nak kena keluar duit banyak.

2. Bonus dikreditkan ke dalam akaun anda pada setiap tengah bulan

Sape tak syok, beli barang tapi dapat duit. Kira macam Shaklee pulang balik duit kita. Lagi banyak kita beli pada bulan tu, lagi banyak bonus kita dapat. Sejujurnya, dalam MLM yang pernah saya join sebelum ni, usahkan 1 sen, 1 habuk pun tak pernah dapat. (kesian!)

3. Boleh memulakan perniagaan anda sendiri di bawah bimbingan team kami

Bagi korang yang betul-betul nak bisnes, nak buat side income, nak tambah pendapatan dari rumah, nak bantu suami, nak ringankan beban keluarga, nak tampung yuran belajar, nak bayar hutang etc, adalah sangat di alu-alukan menjadi sebahagian daripada team kami!

Grup kami adalah dibawah bimbingan Master-Master ternama yang menyumbang sekitar 60% daripada keuntungan syarikat Shaklee di Malaysia! Pokok pangkalnya diri kita sendiri kan? Mahu atau tidak?

Bagaimana Cara Nak Daftar Jadi Ahli?

Sebenarnya tak susah pun nak jadi ahli, anda cuma membayar yuran keahlian sebanyak RM65 + RM10 kos pos. Yuran keahlian ini adalah untuk seumur hidup.

Nak jadi ahli secara percuma?

Anda boleh membuat pembelian sebarang produk Shaklee sebanyak 200point ke atas (dalam lingkungan harga RM650).

Melalui pembelian ini, anda akan jimat RM65 (yuran pendaftaran), dapat pulangan semula RM30+, dan dapat produk. Penjimatan hampir RM100!

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua ahli-ahli baru yang mendaftar di bawah naungan Team Jutawan dan iReach!

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi saya seperti nombor di bawah:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS/Call: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah


Assalamualaikum semua!

Khususnya student kolej/universiti yang tersinggah ke blog MS dan membaca entry ini.

Anda semua sedang mencari peluang untuk buat biz part time kan? Yang tidak mengganggu waktu kuliah, tiada modal dan tak perlu menyimpan stok. Betul tak?

Kalau betul, tiada sebab untuk anda menolak peluang bisnes yang paling mudah dan menguntungkan ini!

Teringat pulak MS pada buku tulisan Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang MS baca. Katanya,

"graduan hari ni keluar daripada pusat pendidikan dengan membawa hutang dan harapan untuk hidup kaya, bergaji besar tapi tiada sebarang ilmu kewangan di dada. Ini yang menyebabkan ramai graduan terperangkap dalam dilema nak-nak lagi bila mohon kerja tak dapat-dapat" - lebih kurang macam ni la.. MS dah translate ikut bahasa yang korang faham.

Kenapa cuma ilmu kewangan sedangkan anda boleh bawa pengalaman bisnes dan simpanan wang berkepuk dalam akaun!!

Oklah..oklah.. MS tak mau bagi harapan palsu. Tapi, cuba korang pertimbangkan idea di bawah ini.

1. Tidak mengganggu waktu kuliah

Bisnes ni boleh dilakukan bila-bila masa yg korang free. Even waktu senggang antara kelas tu boleh buat.
Cuma update status dan reply pertanyaan customer.

2. Tak perlu modal dan simpan stok

Dia macam ala-ala biz dropship. Kita ambil order, ambil wang daripada customer dan proceed order ke Shaklee melalui website. Shaklee uruskan penghantaran ke customer.

Kalau malas nak deal dengan Shaklee, upline (kalau korang register dengan saya, maka sayalah upline) yang akan uruskan.

3. Tak perlu keluar ke mana-mana

Kalau korang duk hostel, hostel la..kalo duk rumah sewa, rumah sewa la. Kelas bimbingan offline berjalan 24 jam. Asal korang ada line internet, smartfon atau laptop semua boleh jalan.

Ramai sebenarnya student yang buat biz Shaklee ni. Sebab biz ni memang mudah! Even di bawah saya pun ada student Master yang duduk hostel buat biz ni.

Tak rugi kalau cuba.. Bayangkan tetiap bulan dapat duit saku RM100? RM200? RM500? RM1000?? Esok dah grad tak yah runsing lambat dapat kerja pun, biz Shaklee ada menampung belanja kita.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Ahkak cuma bagi idea dan cadangan. Terpulanglah pada korang masing-masing. Fast action, fast result!

Kalau berminat, jangan segan silu hubungi ahkak ye:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Hai semua pembaca blog Mama Su yang budiman.

Tiba-tiba petang ni MS rasa nak share pengalaman MS menjadi pengedar Shaklee sepenuh masa HANYA DARI RUMAH!

Sebenarnya ramai yang macam "serius??" sambil melopong mulut tak percaya. Ada juga yang "tipulah! ni mesti ko duk rumah kerja mengelentong orang suruh masuk ahli bawah kau!" dan macam-macam lagilah ayat -ayat kreatif diorang.

Bila difikir-fikir, MS sendiri sebenarnya macam tak percaya boleh buat income 4 angka dari rumah. Dulu rasa mustahil. Tapi bila sendiri yang dapat, baru MS percaya! Dan MS percaya juga kalau orang tu boleh dapat hampir sejuta pun. Dan memang dah ada! MS kenal sangat orang tu.



Bisnes Shaklee tak susah pun. Even tak perlu modal, pinjam loan, tak perlu duduk berejam depan pc. Asal ada smartphone, line internet pun bisnes boleh jalan.

Inilah bisnes yang paling mudah atau dalam ertikata lain bisnes yang automated dan scalable! MS tambah 1 lagi, fleksibel!

Automated: maknanya bisnes ni bergerak dengan sendirinya.. Nak-nak bila guna medium online ni kan. Ibaratnya kedai kita ni sentiasa buka 24 jam! Walaupun kita tidur, bercuti, balik kampung atau ke mana-mana sekalipun. Orang tetap boleh datang melawat ke kedai kita dan membuat pesanan.

Scalable: maksudnya bisnes ini tidak memerlukan kita berada di sesuatu tempat, menunggu pelanggan datang untuk menerangkan tentang produk kita satu per satu. Apa yang menarik, bisnes Shaklee melalui medium online hanya memerlukan kita membuat penerangan (dalam kes ini menulis entry blog) cuma sekali, tetapi penerangan itu boleh sampai kepada beribu orang dalam satu masa. Menarik kan??

Fleksibel: saya boleh menguruskan bisnes ini mengikut masa saya sendiri! Tak perlu terikat dengan waktu pejabat, apatah lagi tersangkut dalam jem! Tapi tidaklah bermakna kita boleh tidurrrr sepanjang hari! Oh tidak! Apa-apa bisnes pun memerlukan komitmen yang tinggi!

Sejujurnya sejak berkecimpung dengan bisnes ini, saya pernah tidak menonton tv langsung selama seminggu!

Masa saya banyak dihabiskan dengan membaca (buku / internet), menjawab pesanan pelanggan dan memberi 'makan' anak-anak Shaklee saya dalam grup khas kami.

Yang lagi menarik ialah, saya tidak perlu kemana-mana meninggalkan si kecil kesayangan saya dua orang itu. Masa saya bersama mereka ialah 24jam. Tapi duit tetap masyukkk..!!



Kami ada banyak grup bimbingan. Tak cukup facebook, grup wasap pun ada. Kalau nak cerita memang panjang berjela entry ni. Belum masuk aktiviti merapatkan silaturrahim dan memperkasa diri secara santai dan ilmiah yang di anjurkan upline hebat kami.

Bisnes ni sangat seronok dan mudah! Kelmarin saja baru ada seorang kakak (rakan facebook) yang mendaftar dengan saya tapi hari ni dah nak COD barang kepada kastemer beliau. Ada kemungkinan beliau bakal menikmati bonus pertama pada pertengah Mei depan! Wahh!

Jangan tak percaya kalau saya katakan ada seorang suri rumah berusia yang hanya menjual kuih dari rumah kini mampu memegang income 5 angka, baru menunaikan umrah dengan suami dan baru memiliki kereta Toyota Innova baru dengan duit hasil menjadi pengedar Shaklee!

InsyaAllah, saya juga sedang menuju ke income 5 angka dan 6 angka bersama anak-anak Shaklee saya.

Nak join kami?? Hubungi Mama Su:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Coach JE kau kata???

Hai semua!

Disclaimer:
**Artikel ini di tulis memang dengan niat untuk memenangi Wrislet Jenama Coach. Sekian.

1. Kisah Coach dan Aku

Pertama kali aku dengar perkataan Coach tak silap aku beberapa tahun yang dulu. Perkataan itu keluar daripada mulut seorang jiranku yang agak muda. Seriously aku memang tak tahu menatang apakah Coach itu  tapi memandangkan kami ramai-ramai sembang pasal handbag maka aku agak-agak je Coach ni mesti sejenis beg tangan. hihi. Kesian betul. Tetapi untuk tidak menampakkan yang aku ni kuno sangat, aku buat-buat macam tau je la.. Aku memang pandai berlakon. So what? Ko ada??

Selepas daripada peristiwa itu barulah aku dapat melihat beg Coach buat pertama kalinya apabila aku ternampak seorang wanita memakai masa aku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk pemeriksaan bulanan kehamilanku. Lama siut..tahun 2011 tu. Tapi aku rasa beg tu macam tak ori je..kehkeh (so what? aku ada??) Memang takde pun!

Aku tidaklah berazam untuk memiliki beg jenama Coach sebab aku rasa (eh aku tengok) wanita yang pakai tu design dia macam ala-ala makcik je. Not my taste. Dan sebenarnya aku memang takde impian pun nak beli beg tangan berjenama-jenama ni. Beg-beg yang aku ada semua aku beli masa aku memang betul-betul nak pakai beg dan tak kisah berapa harga asalkan sedap mata aku memandang. Walaupun begitu beg itu mesti berharga lebih daripada RM20.. (kira cukup mahal la kalo dapat beg harga RM40 tu.kuikuikui)

TETAPI..oleh kerana ada yang mengoffer diri untuk memberi hadiah beg Wrislet Coach, maka aku pun menyahut cabaran itu dengan bersemangat sekali sampai aku termeng'google' Coach wrislet di website Coach Malaysia. Sekali lagi, ko ada??

Maka, ini yang aku jumpa..








Melihat saja gambar wrislet yang cun melecun ini, amatlah rugi kalau aku tidak menyahut cabaran mudah tersebut. Manalah tahu, ada rezeki aku pulak pergi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak bawak beg Coach. Ahaks. (Dan dengan tiba-tiba aku memasang impian untuk mendapatkan satu set beg Coach Original dalam tahun 2014 ini) Doakan saya. ;)

2. Kisah Jom Hebat Mega dan Amin Idris

Kisah penuh pernah ku tuliskan dalam entry terdahulu. Baca SINI. Seperti sudah sinonim pula rasanya Jom Hebat Mega dengan Amin Idris. Ibaratnya dimana ada Jom Hebat, disitu ada Amin Idris. Dimana ada Amin Idris, disitu ada Jom Hebat. (harapnya Tuan Amin Idris tak saman aku kerana memetik nama beliau sesuka hati ni)

Tahukah korang program  Jom Hebat Mega ini sudah menjadi satu jenama? Atau lebih tepat lagi jenama kepada grup hebat naungan Mentor kami yang super hebat. Tak lain tak bukan mereka yang nak bagi aku beg Coach ni tadi la..hihi.

Selepas Jom Hebat Mega 2014 di Institut Sosial Malaysia, KL; Jom Hebat bergerak pula ke Pantai Timur iaitu di Kota Bharu, Kelantan dengan penceramah jemputannya Tuan Amin Idris juga.

Selepas ini Jom Hebat akan bergerak pula ke selatan tanah air iaitu ke Johor. Seperti biasa Tuan Amin Idris pun akan turut bersama sekali lagi..InsyaAllah. Jadi siapa-siapa Johorian yang nak bertemu dengan saudara Amin Idris ni, sempat lagi nak mendaftarkan diri menjadi ahli untuk menyertai grup hebat kami.


3. Kisah Shaklee dan Aku

Aku dan Shaklee pun dah sinonim juga sebenarnya. Kawan-kawan aku mengenali aku sebagai 'tokey Shaklee'. Aku gembira dan bangga dengan gelaran itu walaupun aku tak pasti diorang ni sekadar memberi gelaran atau memang betul-betul menyokong aku dalam 'karier' ini. Tapi, ada aku kesah??

Ya, Shaklee sudah menjadi karier aku sejak tahun 2012 lagi. Sejak kali pertama aku mendaftarkan diri secara tak sengaja. Sejujurnya memang aku sangat rasa bertuah a.k.a feeling blessed Allah temukan aku dengan 'kerjaya' ini. Aku sangat yakin ini perancangan DIA yang terbaik untuk aku.

Banyak sangat yang aku dah belajar. Banyak nilai dalam diri aku yang dah bertambah. Banyak keladak-keladak dalam kepala aku yang dah kena cuci. Dulu aku tak fikir pasal orang lain pun. Aku cuma fikir pasal diri-sendiri dan anak-anak aku. Tapi Shaklee berjaya mengubah aku. Hidup ini bukan untuk diri kita sendiri, hidup ini tentang memberi. Tentang bagaimana kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, tapi destinasinya akhirat nanti. Kita hidup tapi dalam masa yang sama kita kena fikir bagaimana hidup kita 'disana' nanti.

Apa yang kita buat di atas dunia inilah bekalan kita di sana nanti. Kalau kita cuma fikirkan diri sendiri, agaknya banyak mana yang kita bawa? Teringat pesanan Master Lyna kesayanganku, katanya hidup ini bukan untuk orang manja-manja. Dunia ini bukan rumah kebajikan. Kita yang kena mengusahakan sesuatu untuk kita bawa pulang kesana nanti. Hidup ini memang satu perjuangan, kan?

Aku akan berjuang sehingga Allah yang memberhentikan aku disini. Di atas muka bumi ini. InsyaAllah..


*****
Sekian coretan ku petang ini, undilah aku,

iR Suhaila
Call/SMS : 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah