Enter Keyword

Pengedar Shaklee: Buat Duit 4 Angka Hanya Dari Rumah!

Hai semua pembaca blog Mama Su yang budiman.

Tiba-tiba petang ni MS rasa nak share pengalaman MS menjadi pengedar Shaklee sepenuh masa HANYA DARI RUMAH!

Sebenarnya ramai yang macam "serius??" sambil melopong mulut tak percaya. Ada juga yang "tipulah! ni mesti ko duk rumah kerja mengelentong orang suruh masuk ahli bawah kau!" dan macam-macam lagilah ayat -ayat kreatif diorang.

Bila difikir-fikir, MS sendiri sebenarnya macam tak percaya boleh buat income 4 angka dari rumah. Dulu rasa mustahil. Tapi bila sendiri yang dapat, baru MS percaya! Dan MS percaya juga kalau orang tu boleh dapat hampir sejuta pun. Dan memang dah ada! MS kenal sangat orang tu.



Bisnes Shaklee tak susah pun. Even tak perlu modal, pinjam loan, tak perlu duduk berejam depan pc. Asal ada smartphone, line internet pun bisnes boleh jalan.

Inilah bisnes yang paling mudah atau dalam ertikata lain bisnes yang automated dan scalable! MS tambah 1 lagi, fleksibel!

Automated: maknanya bisnes ni bergerak dengan sendirinya.. Nak-nak bila guna medium online ni kan. Ibaratnya kedai kita ni sentiasa buka 24 jam! Walaupun kita tidur, bercuti, balik kampung atau ke mana-mana sekalipun. Orang tetap boleh datang melawat ke kedai kita dan membuat pesanan.

Scalable: maksudnya bisnes ini tidak memerlukan kita berada di sesuatu tempat, menunggu pelanggan datang untuk menerangkan tentang produk kita satu per satu. Apa yang menarik, bisnes Shaklee melalui medium online hanya memerlukan kita membuat penerangan (dalam kes ini menulis entry blog) cuma sekali, tetapi penerangan itu boleh sampai kepada beribu orang dalam satu masa. Menarik kan??

Fleksibel: saya boleh menguruskan bisnes ini mengikut masa saya sendiri! Tak perlu terikat dengan waktu pejabat, apatah lagi tersangkut dalam jem! Tapi tidaklah bermakna kita boleh tidurrrr sepanjang hari! Oh tidak! Apa-apa bisnes pun memerlukan komitmen yang tinggi!

Sejujurnya sejak berkecimpung dengan bisnes ini, saya pernah tidak menonton tv langsung selama seminggu!

Masa saya banyak dihabiskan dengan membaca (buku / internet), menjawab pesanan pelanggan dan memberi 'makan' anak-anak Shaklee saya dalam grup khas kami.

Yang lagi menarik ialah, saya tidak perlu kemana-mana meninggalkan si kecil kesayangan saya dua orang itu. Masa saya bersama mereka ialah 24jam. Tapi duit tetap masyukkk..!!



Kami ada banyak grup bimbingan. Tak cukup facebook, grup wasap pun ada. Kalau nak cerita memang panjang berjela entry ni. Belum masuk aktiviti merapatkan silaturrahim dan memperkasa diri secara santai dan ilmiah yang di anjurkan upline hebat kami.

Bisnes ni sangat seronok dan mudah! Kelmarin saja baru ada seorang kakak (rakan facebook) yang mendaftar dengan saya tapi hari ni dah nak COD barang kepada kastemer beliau. Ada kemungkinan beliau bakal menikmati bonus pertama pada pertengah Mei depan! Wahh!

Jangan tak percaya kalau saya katakan ada seorang suri rumah berusia yang hanya menjual kuih dari rumah kini mampu memegang income 5 angka, baru menunaikan umrah dengan suami dan baru memiliki kereta Toyota Innova baru dengan duit hasil menjadi pengedar Shaklee!

InsyaAllah, saya juga sedang menuju ke income 5 angka dan 6 angka bersama anak-anak Shaklee saya.

Nak join kami?? Hubungi Mama Su:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan