Enter Keyword

Apa Ada Pada Jenama | Coach Wrislet | Jom Hebat Mega | Shaklee

Coach JE kau kata???

Hai semua!

Disclaimer:
**Artikel ini di tulis memang dengan niat untuk memenangi Wrislet Jenama Coach. Sekian.

1. Kisah Coach dan Aku

Pertama kali aku dengar perkataan Coach tak silap aku beberapa tahun yang dulu. Perkataan itu keluar daripada mulut seorang jiranku yang agak muda. Seriously aku memang tak tahu menatang apakah Coach itu  tapi memandangkan kami ramai-ramai sembang pasal handbag maka aku agak-agak je Coach ni mesti sejenis beg tangan. hihi. Kesian betul. Tetapi untuk tidak menampakkan yang aku ni kuno sangat, aku buat-buat macam tau je la.. Aku memang pandai berlakon. So what? Ko ada??

Selepas daripada peristiwa itu barulah aku dapat melihat beg Coach buat pertama kalinya apabila aku ternampak seorang wanita memakai masa aku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk pemeriksaan bulanan kehamilanku. Lama siut..tahun 2011 tu. Tapi aku rasa beg tu macam tak ori je..kehkeh (so what? aku ada??) Memang takde pun!

Aku tidaklah berazam untuk memiliki beg jenama Coach sebab aku rasa (eh aku tengok) wanita yang pakai tu design dia macam ala-ala makcik je. Not my taste. Dan sebenarnya aku memang takde impian pun nak beli beg tangan berjenama-jenama ni. Beg-beg yang aku ada semua aku beli masa aku memang betul-betul nak pakai beg dan tak kisah berapa harga asalkan sedap mata aku memandang. Walaupun begitu beg itu mesti berharga lebih daripada RM20.. (kira cukup mahal la kalo dapat beg harga RM40 tu.kuikuikui)

TETAPI..oleh kerana ada yang mengoffer diri untuk memberi hadiah beg Wrislet Coach, maka aku pun menyahut cabaran itu dengan bersemangat sekali sampai aku termeng'google' Coach wrislet di website Coach Malaysia. Sekali lagi, ko ada??

Maka, ini yang aku jumpa..








Melihat saja gambar wrislet yang cun melecun ini, amatlah rugi kalau aku tidak menyahut cabaran mudah tersebut. Manalah tahu, ada rezeki aku pulak pergi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak bawak beg Coach. Ahaks. (Dan dengan tiba-tiba aku memasang impian untuk mendapatkan satu set beg Coach Original dalam tahun 2014 ini) Doakan saya. ;)

2. Kisah Jom Hebat Mega dan Amin Idris

Kisah penuh pernah ku tuliskan dalam entry terdahulu. Baca SINI. Seperti sudah sinonim pula rasanya Jom Hebat Mega dengan Amin Idris. Ibaratnya dimana ada Jom Hebat, disitu ada Amin Idris. Dimana ada Amin Idris, disitu ada Jom Hebat. (harapnya Tuan Amin Idris tak saman aku kerana memetik nama beliau sesuka hati ni)

Tahukah korang program  Jom Hebat Mega ini sudah menjadi satu jenama? Atau lebih tepat lagi jenama kepada grup hebat naungan Mentor kami yang super hebat. Tak lain tak bukan mereka yang nak bagi aku beg Coach ni tadi la..hihi.

Selepas Jom Hebat Mega 2014 di Institut Sosial Malaysia, KL; Jom Hebat bergerak pula ke Pantai Timur iaitu di Kota Bharu, Kelantan dengan penceramah jemputannya Tuan Amin Idris juga.

Selepas ini Jom Hebat akan bergerak pula ke selatan tanah air iaitu ke Johor. Seperti biasa Tuan Amin Idris pun akan turut bersama sekali lagi..InsyaAllah. Jadi siapa-siapa Johorian yang nak bertemu dengan saudara Amin Idris ni, sempat lagi nak mendaftarkan diri menjadi ahli untuk menyertai grup hebat kami.


3. Kisah Shaklee dan Aku

Aku dan Shaklee pun dah sinonim juga sebenarnya. Kawan-kawan aku mengenali aku sebagai 'tokey Shaklee'. Aku gembira dan bangga dengan gelaran itu walaupun aku tak pasti diorang ni sekadar memberi gelaran atau memang betul-betul menyokong aku dalam 'karier' ini. Tapi, ada aku kesah??

Ya, Shaklee sudah menjadi karier aku sejak tahun 2012 lagi. Sejak kali pertama aku mendaftarkan diri secara tak sengaja. Sejujurnya memang aku sangat rasa bertuah a.k.a feeling blessed Allah temukan aku dengan 'kerjaya' ini. Aku sangat yakin ini perancangan DIA yang terbaik untuk aku.

Banyak sangat yang aku dah belajar. Banyak nilai dalam diri aku yang dah bertambah. Banyak keladak-keladak dalam kepala aku yang dah kena cuci. Dulu aku tak fikir pasal orang lain pun. Aku cuma fikir pasal diri-sendiri dan anak-anak aku. Tapi Shaklee berjaya mengubah aku. Hidup ini bukan untuk diri kita sendiri, hidup ini tentang memberi. Tentang bagaimana kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, tapi destinasinya akhirat nanti. Kita hidup tapi dalam masa yang sama kita kena fikir bagaimana hidup kita 'disana' nanti.

Apa yang kita buat di atas dunia inilah bekalan kita di sana nanti. Kalau kita cuma fikirkan diri sendiri, agaknya banyak mana yang kita bawa? Teringat pesanan Master Lyna kesayanganku, katanya hidup ini bukan untuk orang manja-manja. Dunia ini bukan rumah kebajikan. Kita yang kena mengusahakan sesuatu untuk kita bawa pulang kesana nanti. Hidup ini memang satu perjuangan, kan?

Aku akan berjuang sehingga Allah yang memberhentikan aku disini. Di atas muka bumi ini. InsyaAllah..


*****
Sekian coretan ku petang ini, undilah aku,

iR Suhaila
Call/SMS : 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan