BAGAIMANA MERAWAT PAYUDARA SEMASA HAMIL
Err kelihatan seperti topik yang agak 'malu' untuk diperkatakan.
Tapi kena cakap juga sebab kebanyakan wanita hamil mengalaminya. Dan mereka juga malu untuk mendapatkan jawapan.
Semasa hamil, perubahan fisiologi tubuh wanita berkembang dengan pesat termasuk bahagian payudara. Ini kerana berlaku perubahan hormon yang boleh menyebabkan payudara menjadi lebih besar, tegang dan penuh.
Sejak awal kehamilan lagi payudara akan mengalami perubahan. Sesetengah wanita akan merasa sedikit sakit pada payudara. Menjelang akhir kehamilan, payudara akan membesar 1-5 kali lebih besar daripada sebelum hamil.
Ramai juga wanita tidak menitikberatkan kebersihan payudara kerana tiada pengetahuan atau malas kerana berasa ia tidak penting.
Penjagaan payudara sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi saat melahirkan akan tiba kerana kita akan memberi minum bayi melalui payudara!
Antara perubahan pada payudara yang berlaku semasa hamil ialah:
1. Payudara lebih padat, penuh dan berat
2. Payudara menegang hingga menyerlahkan urat-urat disekelilingnya
3. Puting susu dan aerola bertukar menjadi lebih gelap dan lebih luas
4. Pada saat akhir kehamilan, puting susu mengeluarkan 'benda putih' dan jika tidak dibersihkan, ia akan menjadi daki dan menyumbat puting susu. Benda ini sebenarnya ialah minyak yang bertujuan melindungi puting semasa menyusukan bayi kelak.
Tips Merawat Payudara Semasa Hamil
1. Pakai bra yang sepadan dengan payudara.
Bra yang terlalu ketat akan mengurangkan sirkulasi darah, manakala bra yang terlalu longgar menyebabkan payudara jatuh.
Pilih bra dengan tali yang lebar supaya dapat menampung payudara yang berat dan berdawai jika payudara terlalu besar. Gunakan bra daripada jenis kapas kerana ia mampu menyerap peluh semasa hamil.
2. Urutan perlahan
Sapukan payudara dengan minyak yang lembut seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Boleh juga digunakan air suam atau sejuk.
Urut perlahan mengikut arah jam dan lawan arah jam, kemudian urut dari tepi ke bahagian puting. Tepuk perlahan untuk melancarkan peredaran darah sekeliling payudara.
Bagi puting yang terumbat, sapukan dengan minyak zaitun dan gosokkan perlahan dengan tisu atau kapas lembut untuk membersihkannya. Lakukan dengan kerap supaya puting sentiasa bersih sehingga anda bersalin agar memudahkan bayi menghisap dan melancarkan pengeluarannya.
Minyak lembut ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark semasa hamil.
3. Senaman
Ini bertujuan untuk menguatkan otot dada dan meransang penghasilan susu yang lebih maksimum.
Lakukan senaman sebelum atau selepas mandi mengikut langkah ini:
1. Berada dalam posisi 'peluk tubuh'. Tekan kuat-kuat tangan ke arah dada sehingga terasa tarikannya pada otot-otot di dasar payudara. Selepas beberapa saat, lepas kembali. Lakukan berulang-ulang sehingga 30 kali.
2. Pegang bahu dengan kedua-dua tangan. Pusingkan siku ke dalam sehingga ia menolak payudara ke atas. Teruskan gerakan sehingga 20 kali putaran.
Penjagaan payudara sangat penting kerana ia merupakan aset wanita yang berharga , walaupun semasa hamil. Lebih-lebih lagi ia merupakan tempat keluarnya zat berkhasiat untuk bayi kita nanti.
p/s: Set Mengandung Shaklee boleh didapati dengan menghubungi Mama Su di no. 013-2369434/ WhatsApp 012-9645614 atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com.
Terima kasih.

perubahan payudara semasa hamil |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan