SUSU IBU- BAGAIMANA MENGHADAPI SUARA NEGATIF DAN MENDAPATKAN SOKONGAN MORAL

Susah juga nak cari tajuk yang sesuai ni.

MS maksudkan disini ialah, bagaimana cara nak menghadapi serangan/hasutan/bisikan/ suara negatif orang sekeliling yang tak support usaha kita untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan bagaimana cara untuk kita dapatkan sokongan moral daripada orang-orang sekeliling kita. Haa panjang kan? Takkan satu perenggan ni nak jadi tajuk entry pulak.


Sudah menjadi lumrah, nak nak pulak ibu tu ibu baru, anak pertama. Sama ada dia surirumah atau ibu berkerjaya, dia tetap akan hadapi dilema. Bila ibu dah nekad nak menyusukan bayi secara eksklusif, ada pulak suara-suara negatif bagitahu," alah susah-susah je nak pam-pam, lepas tu nak simpan, nak kena panaskan pulak. Bagi je susu formula selesai masalah. Nak yang bagus beli yang mahal tu.."

Suara negatif no.2. " bagi je susu tepung, senang nanti kau nak kerja jauh-jauh. nanti kalau bagi susu ibu susah pulak dia asyik nak melekat dengan kau je"

Like "helloo!! susu lembu walaupun mahal ia tetap susu lembu tau! I nak bagi anak i susu ibu!" ..hehe tapi kalau nak jawab macam ni kena jawab dalam hati jek la. :))))

Ok lah, di bawah ni tip-tips yang boleh ibu2 amalkan untuk menangkis serangan negatif dan mendapatkan sokongan moral orang sekeliling.

1. Senyum. Tak perlu kata apa-apa.
Memang susah. Mulut tu gatalll je nak menjawab. Tapi percayalah.  Ia berbaloi. Senyum sambil dalam hati kata "so what, ko ade?"

2. Jawab dengan berhemah
Terangkan dengan tulus ikhlas dari hati mengapa kita nak anak kita menyusu dengan susu ibu. Boleh ikut skrip ni, " Apa yang saya tahu, dan ikut pembacaan saya, susu ibu ni lebih banyak khasiat dari susu formula. Sebab susu ibu ni memang special Allah cipta untuk manusia. Lagipun saya nak ikut sunnah Nabi, supaya akhlak anak-anak saya baik seperti Rasulullah. Awak doakanlah yang terbaik untuk saya ye"

Sure orang tu nangis-nangis suruh kita menyusukan anak dia jugak. errkk!

Hehe jangan pula jawab macam "so what, ko ada?" tadi.. Kalau cakap dengan mak mertua mau kena pelempang. huhu.

3. Bagi bahan bacaan untuk mereka
Ini kira macam menjawab melalui tindakan. Lepas dia bebel-bebel, kita pun bagi sebijik buku. Nah baca kau. Buku bertajuk "Hikmah menyusukan bayi dengan susu ibu". Eh,ada ke buku macam ni di pasaran yer? MS pun nak beli je rasa. Kalau takde buku boleh je bagi pamplet ke, link website mana yang best-best seperti susuibu.com.

4. Sabar
Kesabaran tahap jurus 99 memang sangat diperlukan kalau balik-balik topik sama je derang nak bebel. Macam takde topik lain kan. Cer sembang pasal harga gula naik ke, atau bagaimana meningkatkan pendapatan dizaman ekonomi serba mencabar ini...haa ada jugak pekdahnya. Kan? kan?

So...sabar jelah!

5. Dapatkan sokongan suami
Siapa lagi nak bagi moral support untuk ibu jika bukan si bapa bayi berkenaan kan? Ibu2 mesti dah berbincang dengan suami terlebih dahulu, apa, bagaimana, siapa, bila, di mana (1H,4W pulak dah) tentang susu ibu ni kan?

So bagi suami-suami pula, kalau tengok isteri kena hentam contohnya dengan adik beradik kita atau mak mertua dia (mak kamu la tu) back up la sikit.. Kesian isteri. Bayi tu anak kamu juga. Kamu juga berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak kamu.

Bukan suruh jadi derhaka, tidak. Nauzubillah. Tapi at least pujuk-pujuk la isteri kalau tengok dia memendam rasa, mengalir air mata gara-gara keceluparan ahli keluarga kita.

Nak pujuk, belikan aje  Set Menyusu Lengkap Shaklee ni. Mesti isteri suka. Dia tak akan stress dah sebab dalam set ni ada B complex yang melegakan tekanan. hiiiii...

6. Dapatkan sokongan keluarga
Terutamanya adik beradik, ibu bapa dan keluarga mertua kita. Sama seperti point no. 2 tadi, berikan penjelasan supaya derang turut sama berbangga dan suka dengan keputusan kita untuk eksklusif breastfeeding.

Okey lah..cukup dulu 6 tips ini.. InsyaAllah kita bertemu dalam topik penyusuan yang lain pula.

Salam sayang untuk ibu-ibu menyusu. Teruskan perjuangan anda. Kuatkan semangat!

Penyusuan susu ibu itu sunnah. Penyusuan susu ibu itu jihad!

Mama Su
013-2369434
fb/su.annajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan