10 Cara Dan Rahsia Berkesan Melambatkan Penuaan Di Usia 30an

Sebagai wanita, kita ni takut sangat nampak tua. Kalau belek muka kat cermin, mesti perati ada tak kesan kedut-kedut yang sangat ketara. Nak-nak kalau orang slim macam saya ni, memang lagi cepat nampak tua. Huhu..

Walaupun proses penuaan itu memang semulajadi, dan setiap orang nak tak nak kena laluinya, jadi ramailah orang yang mencari cara untuk melambatkannya.

Geng '82 tapi semua awet muda. LOL! Teka admin yang mana satu?

Percaya tak, proses penuaan boleh di lambatkan?

Percaya tak juga, cepat atau lambat seseorang itu menjadi tua bergantung juga kepada banyak faktor seperti faktor genetik, persekitaran dan cara hidup kita sendiri. Ada faktor yang kita tak boleh nak kawal, tapi ada juga yang boleh kita kawal contohnya gaya hidup atau lifestyle kita.

So kalau nak lambat nampak tua, kena cepat-cepat ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Walaupun penuaan ialah satu proses yang tidak dapat di elakkan, ada banyak rahsia yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan wajah dan penampilan yang sentiasa segar dan muda.

Enjoice!

#1. Ikut regimen penjagaan kulit yang betul

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, perlulah amalkan perkara yang betul. Apabila kulit dah sihat, tanda penuaan susah nak dilihat.

  • Bersihkan muka dengan pembersih yang lembut dua kali sehari (pagi dan malam). Cari pencuci yang bebas alkohol dan bahan kima berbahaya yang boleh meresap ke dalam kulit.
  • Guna pelembap berkualiti. Sapukan di bahagian muka, leher, tangan, kaki untuk kekalkan kelembapan kulit
  • Skrub wajah seminggu sekali untuk membuang kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru
#2. Pilih produk penjagaan kulit yang baik

Ramai orang pilih produk yang salah. Kulit akhirnya jadi gatal, pedih, kering, dan kemerahan atau lagi teruk berlubang-lubang!
  • Tentukan jenis kulit berpandukan zon-T dan pilih produk yang sesuai dengan masalah kulit anda
  • Elakkan guna terlalu banyak produk dalam satu masa
  • Gunakan produk yang dapat meransang pengeluaran kolagen dan tinggi anti-oksidan
#3. Pakai sunblock

Jika banyak berada di luar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari, jangan abaikan penggunaan sunblock. Cahaya matahari sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit, kehilangan kolagen semulajadi dan kanser kulit.

#4. Tidur yang cukup

Tidur yang cukup berbeza antara setiap individu, tak semestinya 7-8 jam sehari. Jika biasa tidur 4-5 jam sehari, itu sudah ok.

Apabila kita tidur, hormon adrenaline dan kortisol akan menurun manakala hormon pertumbuhan akan meningkat. Pada masa ini, sel kita menjalani proses baik pulih dan pertumbuhan berlaku dengan lancar. Jika tidak mendapat tidur yang cukup, proses ini akan terganggu.

Tidur yang cukup juga baik untuk kesihatan jantung dan organ.

#5. Bergerak

Hiduplah dengan aktif, banyak bergerak atau melakukan senaman ringan. Ini akan meransang perjalanan darah yang sihat dan menggalakkan kulit yang cantik.

Senaman dan pergerakan dapat menguatkan stamina, kekuatan otot, keseimbangan, dan kepadatan tulang yang mula merosot akibat penuaan.

#6. Jauhi tekanan

Hidup dengan gembira, positif, baik sangka dan jadilah diri sendiri.

Kawal tekanan dengan melakukan perkara yang kita suka, cari kawan yang sekepala dan dekatkan diri dengan Pencipta.

#7. Makan dengan betul

Kulit yang sihat bermula dengan pemakanan yang betul. Untuk memperlahankan proses penuaan, ikut tips ini:
  • makan makanan yang kaya antioksidan kerana ia menggalakkan pertumbuhan sel baru, memusnahkan radikal bebas perosak sel, melindungi kolagen dan mengekalkan kulit yang anjal dan bebas kedut.
  • amalkan asid lemak semulajadi daripada ikan seperti Omega 3.Omega 3 membantu baik pulih tisu dan fungsi kulit berjalan dengan lancar.
  • Makan makanan yang kaya dengan protein, vitamin, kalsium, zink, dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan untuk ia berfungsi dengan baik.
#8. Cukupkan pengambilan air

Air mencukupi adalah asas kepada kulit yang muda, lembap dan muda. Air juga membantu tubuh kita mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.

Tidak semestinya air kosong. Minum juga jus buah-buahan, sayur-sayuran atau teh.

#9. Sentiasa senyum dan ketawa

Senyum adalah rahsia awet muda yang paling mudah kerana kita cuma menggunakan sedikit otot berbanding jika kita berwajah masam dan kelat. Lagi pun senyum mencetuskan emosi gembira dengan itu hormon serotonin di lepaskan. Hormon serotonin akan membuat kita rasa tenang dan mudah mengawal fikiran dan keadaan.

#10. Makanan tambahan

Makanan tambahan membantu melengkapkan nutrisi dari diet kita yang tak seimbang. Kekurangan nutrisi boleh buat seseorang cepat tua kerana sel-sel dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Nutrisi ialah apa yang badan perlukan untuk bertugas!

Inilah rahsia awet muda yang bukan lagi rahsia. Kalau dah tau, kenalah amalkan. Kalau tak sia-sia sajalah kan.

Sharing is caring!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan