Cara Buat Minyak Bawang Putih Dan Kegunaannya


Nampak tak makhluk apa dalam botol budu ni??



Inilah minyak bawang putih cap ketereh 

Sejak tahu kegunaan minyak bawang putih ni, Ciksu pastikan stoknya sentiasa ada dirumah.

Senang kalau anak selsema ke batuk ke, sapu je minyak ni. Op kos la sambil-sambil makan suplemen fnutrieron, omega, vit c tu. 

Beli kat mana?

Eh tak la. Buat sendiri je. 


Caranya:


Ketuk je bawang putih dengan kulit dia, pastu bakar. Bila dah keluar bau (dan agak hangus ğŸ˜), letak la dalam bekas.

Lepas tu tuang je minyak dalam bekas. Biar mereka bergaul dengan serasi. Boleh guna minyak zaitun, minyak masak, minyak kelapa atau apa-apa minyaklah yang rasa sesuai. Jangan guna minyak rambut Pomade sudah.

Kegunaannya? 


Nanti bebila anak tak sihat, sapu je kat mana-mana yang patut. Dada, belakang, hidung ke. Banwang putih ni terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Bukan antibiotik je, tapi segala anti-anti tu ada kat bawang putih. Sebab budak tak minat nak makan bawang putih ni kan. tergigit pun nak muntah.


Jadi kita buatlah minyak, baru senang nak guna.

Minyak ni dah lama Ciksu buat. Elok pun lagi sampai sekarang.

Kenapa letak dalam botol budu?

Eh suka hati Ciksu lah..hahaha.. Botol ni dah bersih ok. Sebenarnya Ciksu ni pengumpul botol-botol kaca yang orang bagi time kawin. Bila dah banyak tu eh syok pulak kumpul botol kaca ni.

Masa nak simpan minyak bawang putih ni, nampak botol ni yang paling berkaliber sekali. Lolll..

Ok, sekian tip kesihatan.

Selamat mencuba!

#liveamazing #tipkesihatan #garlicoil#tsunamishaklee

1 ulasan: