Cara Hilangkan Ekzema Pada Orang Dewasa Agar Kulit Kembali Cantik Dan Sihat

Assalamualaikum wbt..

Semalam, adik saya tanya, apa suplemen yang bagus untuk ekzema?

Lantas saya teringatkan customer saya yang mempunyai masalah ekzema.

Menurut cerita beliau, ekzemanya agak teruk juga. Kulit kering, kasar, gatal-gatal, memang jelas kelihatan di belakang tapak tangannya. Beliau bukan saja ada ekzema, malah turut mengidap asthma dan alahan kronik. Tak boleh silap sikit memang cepat aje ketiga-tiga penyakit tu menyerang.

Selalu, ekzema memang ada kaitan dengan asthma. Kalau bukan ekzema pun, orang yang ada alahan atau elergik, turut mendapat asthma. Tapi bukan semua lah.


Apa itu ekzema?

Ekzema adalah satu bentuk keradangan pada kulit yang selalunya disertai rasa gatal, merah-merah, timbul bintik, dan kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan sebab terlalu kuat menggaru.

Biasa ekzema kelihatan di kawasan pipi, dagu, dada, leher, siku dan lutut. Ekzema boleh jadi pada sesiapa saja, dari bayi hinggalah pada orang dewasa. Ekzema ada jenis berair, ada jenis kering dan bersisik.

Doktor kata, ekzema tak boleh sembuh, tapi boleh di kawal.

Apa yang mencetuskan serangan ekzema?

Ini bergantung pada individu. Selalunya kita sendiri boleh tau, apa bahan yang menyebabkan kulit kita tiba-tiba di naiki bintik, jadi gatal, kasar dan sebagainya.

Antara bahan yang selalu menjadi punca timbul radang ekzema ialah:

  • sabun pencuci, syampu
  • pewangi
  • habuk
  • makanan tertentu seperti kekacang dan produk tenusu
  • cuaca kering dan panas
  • imun rendah
  • mikrob seperti virus dan bakteria
  • stress
  • hormon contohnya masa mengandung
  • makanan laut
Rawatan ekzema

Selain mengelakkan punca pencetus ekzema dia atas, boleh cuba lakukan rawatan berikut.

1. Kekalkan kelembapan kulit dengan menyapu krim atau losyen pelembap

2. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, longgar dan lembut

3. Gunakan sabun yang lembut atau sabun organik yang bebas pewangi, SLS, serta bahan kimia berbahaya

4. Jika cuaca panas dan kering, gunakan humidifier

5. Sentiasa pastikan kuku pendek untuk elakkan menggaru sampai berdarah

6. Selalu, kalau kita ke hospital, doktor akan bagi krim dan ubat untuk mengurangkan simptom dan keradangan ekzema.

7. Ada kajian menunjukkan pengambilan probiotik dapat mencegah daripada serangan ekzema. Makanan probiotik bertindak meningkatkan imuniti dan suasana dalam gastriontestinal yang mesra dan dapat melawan alergen.

Contoh makanan probiotik ialah yogurt, sup miso, keju lembut, kefir, tempe, jeruk masam.

Suplemen Shaklee untuk ekzema

Seperti yang saya ceritakan dia atas, customer saya yang mengalami ekzema tersebut sudah pulih. Apa yang beliau amalkan?


Set ni memang pilihan terbaik untuk masalah kulit tak kira ekzema, elergik, alahan, bintik-bintik, gatal, malah masalah kulit muka pun. 

ESP:

Sumber protein soya tulen yang jadi asas pembinaan semua sel-sel dalam badan kita ni. Kurang protein menyebabkan sel susah nak membahagi, dan ia tak dapat zat yang cukup untuk berganda secara sihat. Protein juga bantu kuatkan sistem imun kita.

Omega Guard:

Sumber omega 3 yang tulen, bersifat anti-inflamasi atau anti-radang. Ia akan halang pembengkakan, gatal-gatal, dan memang akan kuatkan imun kita. Bagus bagi makan Omega juga kalau ada anak yang menghidapi ekzema.

Vitamin C:

Vitamin antioksidan yang bertindak menguatkan sistem pertahanan tubuh kita melawan serangan alergen, patogen, kuman, virus, mikrob dan makhluk-makluk halus yang merosakkan sel badan kita.
Kulit akan lebih cantik, sihat, lembut dan lembap.

Herbal Blend:

Krim lembut berasaskan tumbuhan yang bebas steroid, paraben dan bahan kimia berbahaya membantu melegakan kegatalan dalam masa singkat. Ia juga melembap dan melembutkan kulit. Sapu je krim ni bila-bila masa yang dirasakan perlu atau boleh guna digunakan sepanjang hari.

Macam customer saya tadi, dia memang mengamalkan kesemua suplemen ni sampai sekarang pun. 

Memang amat membantu masalah kulit beliau bahkan asthma pun dah jarang sangat menyerang melainkan cuaca terlampau sejuk.

Bukan beliau sorang je pengamal set ni. Ramai lagi. Di bawah ni antara testimoni pengguna set ekzema Shaklee.



Ibu bapa pun suka set ni untuk diberikan kepada anak-anak diorang. Macam Omega tu, untuk otak pun bagus sangat.

Orang dewasa lagilah suka set ni sebab ada macam-macam manfaat dan bonus kesihatan yang mereka dapat. Kulit cantik, badan bertenaga, jerawat hilang, resdung hilang, silap haribulan boleh kurus lagi. Memang best!

Sekiranya berminat mendapatkan Set Ekzema Shaklee ni, harganya RM432.50 penggunaan 2-4 bulan. Nak jimat lagi, jom daftar terus jadi ahli. Yuran keahlian cuma RM68.90, dan anda terus dapat beli pada harga ahli.

Maklumat  lanjut, pembelian atau pendaftaran, boleh hubungi saya.


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan