Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label vitamin sintetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin sintetik. Papar semua catatan
Sejak dua menjak ni, saya kerap pula di tanya,

"Apa beza vitamin C sintetik dan semulajadi? Macam mana nak kenal?"

"Bagaimana nak tahu beza vitamin C ori atau fake?" (haa pun ada)

Maksud soalan di atas ni lebih kurang sama lah kan. Dia nak tahu apa perbezaan antara vitamin C yang di katakan semulajadi dan vitamin C sintetik.

Yelah, sekali tengok macam sama je. Ada beza ke? Janji vitamin C, sudahlah.. Penting ke nak tahu vitamin C tu semulajadi atau sintetik? Hmm...


Oklah, bagi menjawab soalan demi soalan yang bersarang dalam kepala tu kan, jomlah kita study serba sedikit mengenai vitamin C.

Apa Itu Vitamin C?

Vitamin C ialah vitamin larut air yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Vitamin C membantu badan kita menjalankan prosesnya dengan teratur malah kekurangan vitamin C boleh menyebabkan badan kita mudah dapat sakit.

Vitamin C mudah hilang melalui air kencing. Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan itu kita mesti mendapatkannya daripada makanan.  Contoh sumber makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, seperti limau dan lemon, buahan beri seperti strawbery, sayuran hijau seperti brokoli dan sebagainya lagi.

Badan kita perlukan amaun tertentu vitamin C mengikut peringkat umur. Biasanya wanita memerlukan hingga 1000mg vitamin C dan lelaki pula hingga 1500mg vitamin C.

Oleh sebab kita memang tidak mungkin boleh dapat vitamin C yang mencukupi hanya daripada makanan, maka pengambilan vitamin C melalui suplemen amatlah digalakkan.

Vitamin C Sintetik Atau Vitamin C Semulajadi?


Kita selalunya tak begitu perasan bahawa vitamin C ni ada tiga kategori; semulajadi, organik dan sintetik.
Selalunya kita main beli aje kan?

Jika anda diberi pilihan, sama ada vitamin C sintetik atau vitamin C semulajadi, maka pilihlah yang semulajadi. Ini kerana vitamin C semulajadi adalah ekstrak daripada sumber semulajadi, bukannya hasil campuran bahan kimia membentuk asid askorbik.

Vitamin C semulajadi akan hadir bersama komponen semulajadinya iaitu ko-faktor enzim dan bioflavonoids yang mana komponen ini akan membantu penyerapan vitamin C ke dalam darah dengan lebih efektif. Dengan itu ia tidak menjejaskan kesihatan buah pinggang jika di ambil secara berterusan.


 Ok, itu secara biokimianya. Bagaimana pula secara fizikalnya?

1. Pewarna tiruan
Vitamin sintetik biasanya mengandungi pewarna sintetik atau pewarna tiruan untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik dan cantik. Pewarna tiruan ini biasanya akan tanggal dan melekat pada tapak tangan jika kita menggenggamnya lama.

2. Perasa dan pemanis tiruan
Untuk menjadikannya sedap, pengilang akan meletakkan perasa dan pemanis supaya lebih digemari.

3. Lambat melarut
Vitamin sintetik mengambil masa yang sangat lama untuk melarut dalam air. Vitamin semulajadi melarut dengan cepat dengan itu ia lebih cepat bertindak dalam badan.

Jadi, Penting Ke Mengambil Vitamin C Semulajadi?

Haruslah malah sangat-sangat penting!

Vitamin C sintetik bukan sahaja mencuri simpanan kalsium tubuh, malah boleh menyebabkan nutrien lain dalam tubuh merosot selain boleh menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk mengeluarkan bahan kimia yang tidak berguna.

Vitamin C sintetik tidak membekalkan apa-apa manfaat kesihatan berbanding vitamin C semulajadi yang lengkap dengan komponen biokimianya.

Jadi, pilihan di tangan kita kan? Nak yang bagus, atau yang murah, atau yang berkualiti, atau yang selamat, sendiri yang pilih!

Dapatkan vitamin C semulajadi, Sustained Release Vita C dengan menghubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994


Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat.

Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-apa masalah dan terus stop makan.

Ramai juga yang bila makan beberapa biji, tak nampak kesan then complain vitamin ni tak de kesan.

Suplemen Shaklee bukannya ubat. Harini sakit, malam makan ubat, esok dah hilang sakit. no no no..!

Apa itu suplemen? Atau lebih tepatnya dietary supplement.

Suplemen atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti yang mencukupi.

Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.

Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya.

Apa itu ubat?

Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (over the counter) dan preskripsi (yang di preskripsi oleh doktor)

Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten di panggil ubat generik.

MS tak bleh nak citer lebih lanjut pasal ubat sbb MS bukan arif dan pakar dalam bidang ini. Yang arif pasal ubat ialah ahli farmasi dan juga doktor.

Jadi, kenapa ramai je orang yang sakit-sakit makan suplemen (Shaklee khususnya) dan bukan ubat?

Jawapan saya:

1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.

2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat. Ubat semakin di makan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Tak caya gi tnya orang sakit kencing manis.

3. Sebab tubuh kita perlukan vitamin, mineral etc untuk kembalikan fungsi normal tubuh. Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan vitamin/ suplemen. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati tu dicetuskan semula.
Contohnya zink komplex. Kita cadangkan suami isteri makan zink kerana zink  sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca link zink dan kesuburan lelaki ni.

Kenapa pula ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun?

1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan zink, besok isteri dah hamil. Adoii kalo begitu gayanya beribu2 bayi Shaklee dihasilkan setiap hari.

2. Cek balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?

3. Kemungkinan ia healing crisis. Baca healing crisis kat sini.

4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap produk tersebut. Contoh alfalfa, memang ramai yang mengadu gatal. Selepas 14 hari jika gatal masih berterusan elok berhenti makan alfalfa. Jika tidak teruskan saja. *Healing crisis juga boleh mengambil masa sehingga 6 bulan*

5. Suplemen dikatakan berkesan selepas 4-5 bulan penggunaan. Kalau sebelum2 tu rasa tak berkesan, konsisten lah makan selama 5 -6 bulan.. Kalau takde perubahan jugak, say good bye lah pada supplement tersebut.

Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?

Memang tak de masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa ketika, kemungkinan masalah2 lama kembali datang. Sebab? sebab badan kita dah tak dapat nutrisi yg best itu, ia jadilah seperti asal sama sebelum kita makan suplemen.

Contoh Ostematrix (kalsium magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan kalsium dalam tubuh sudah digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah terkehel, dan sebagainya.

Bayangkan analogi ini...

Situasi #1.

Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing. Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..

Situasi #2.

Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga.. Sampai habis senapang-senapang, M-16,  peluru  ke hape benda dah guna. Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin, lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari pencerobohan.

Nampak tak perbezaannya??

Penceroboh asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas, bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.

Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.

Senjata tambahan tu seperti suplemen (pastikan ia semulajadi macam Shaklee, kalau tak sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.

Ok, sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan suplemen Shaklee bukannya ubat. Tapi ramai juga yg panggil ia sebagai 'ubat' kerana sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.

Ada apa-apa nak argue dengan MS boleh emel ke butik.annajah@gmail.com atau pm di facebook Su AnNajah.

MS jumpa gambar ni di yahoo image. Sumber TIDAK DINYATAKAN.  Kemungkinan fakta adalah tidak benar.

Nak senjata tambahan semulajadi?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
fb page/ SayaMahuSihat

SUPLEMEN SHAKLEE BUKAN UBAT

by on September 20, 2013
Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat. Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-a...
Ok, dulu dah pernah tulis entry bertajuk Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik. 

Kali ni nak cerita lebih jelas dan tak berapa saintifik sangat supaya kita boleh faham.

Sekarang ni banyak betul orang jual vitamin. Industri vitamin dan makanan tambahan memberikan pulangan lumayan. Nak cepat kaya boleh la buat produk jenama sendiri. Pegi je contact tuan kilang yang sediakan perkhidmatan mengilang dan membuat jenama. Tapi jaga-jaga, kualiti hampes, pengguna sakit, korang yang kena saman. Berani kau nak main2 ngan nyawa orang??



Cara mengenal vitamin sintetik:

1. Buat eksperimen sendiri di rumah. Larutkan vitamin/ pil korang ke dalam air pada suhu bilik je. Tengok berapa lama masa yang pil tu ambil untuk melarut. Kalau amek masa yang lama, that's mean pil korang sintetik. Lepas tu pulak, dah la dia tak melarut, dia punya kaler je yang keluar. Itulah juga pewarna sintetik. Dah dua kali sintetik korang makan.

2. Khusus untuk vitamin E. Vitamin E semulajadi diekstrak daripada minyak sayuran dan ia selalunya dalam bentuk "d-alpha-tocopherol". Vitamin E sintetik di tulis sebagai "dl-alpha-tocopherol". Sama tapi tak serupa. Sila cek balik botol vitamin E korang.

3. Vitamin sintetik selalu bekerja lebih baik dalam masa yang singkat. Ini antara sebab orang suka vitamin sintetik juga. Sebab dia mcm ubat, sakit--makan ubat--sihat. (pastu sakit balik-makan ubat balik-sihat balik). Tapi jangan tersalah faham pula bagaimana vitamin dan ubat berfungsi. Boleh baca entry bertajuk Suplemen Vs Ubatan, Mana Satu Pilihan Anda.

4. Vitamin sintetik mudah didapati, kadang2 diberi percuma oleh misi hospital. Ops!

Sebenarnya memang agak susah nak kenal sama ada vitamin tu sintetik atau semulajadi. Semuanya perlu penjelasan biokimia. Kang lagi fenin. Yang pasti vitamin sintetik lebih murah sebab pembuatannya tak libatkan kos mendapatkan sumber bahan mentah semulajadi dan pengilangan berteknologi canggih.

Vitamin semulajadi ni dia berfungsi macam kita makan the raw food, contohnya buat oren. Dalam sebijik buah oren lengkap vitamin c serta ko-faktor, ko-enzim, etc. Itu lah badan kita perlukan. Bukan macam vitamin sintetik, kalau vitamin C cuma vitamin C semata, takde bioflavonoid dan sebagainya.

Bahaya sangat ke makan vitamin sintetik?

Kalau tanya saya, saya cakap bahaya! Seperti juga ubat! Kalaulah kita boleh pegi kilang buat vitamin sintetik tu dan tengok sendiri dari A sampai Z dah sah2 kita kerat leher sendiri. haha..berani? Baca link ini pulak Kesan Buruk Vitamin Sintetik Terbongkar!

Kalau tanya pendapat orang yang kaki suplemen, mesti dia dapat rasa perbezaan makan vitamin yang semulajadi dan vitamin sintetik. Apa lagi yang kerap makan ubat hospital tu kan?

Ada sorang kawan saya yang ada migrain, tiap kali sakit macam nak pecah kepala, macam nak hempuk2 ke dinding. Tapi lepas makan vitamin Shaklee sangat banyak perubahan yang beliau rasakan. Migrain dah sangat berkurang, malah sekarang dah tak ambil sebarang ubatan hospital. Beliau memang tahu bahayanya makan ubat sintetik sebab beliau pun ahli farmasi.

Alhamdulillah kini ramai orang dah sedar kepentingan makan vitamin yang selamat, tiada kesan sampingan (healing crisis adalah), terbukti secara klinikal, semulajadi dan Halal seperti Shaklee.

natural from nature..Subhanallah

Ingat natural, ingat Shaklee..

Mulakan hidup sihat dan dapatkan vitamin semulajadi Shaklee. Jom sembang-sembang tentang vitamin dengan menghubungi:

Suhaila 013-2369434
fb Su Annajah
page/ Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

Anda mungkin telah membaca entri yang bertajuk Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik dan mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang vitamin sintetik. Hari ni saya nak bawa lebih mendalam tentang vitamin sintetik iaitu daripada bahan apakah sebenarnya vitamin sintetik ini dihasilkan. Anda pasti akan terkejut mengetahuinya dan akhirnya membuang jauh-jauh vitamin sintetik dalam hidup kita.. :)

Sejarah bermulanya pengeluaran vitamin sintetik
Pada tahun 1930-an, multivitamin boleh didapati di kedai-kedai dan farmasi. Pada masa itu, vitamin adalah semulajadi iaitu diperbuat daripada sumber botani yang dikeringkan, dan di kompreskan. Kemudian pada 1940 an, sesetengah jenama mula mengeluarkan vitamin sintetik, dan disinilah segalanya bermula...

Apabila  semua orang menyedari kepentingan mengambil vitamin untuk membolehkan mereka hidup lama, sihat, cergas, mereka begitu teruja, naif, tidak ada ilmu hingga tidak menyedari jenama hebat yang mereka pilih itu sebenarnya menyumbang kepada penimbunan toksin sintetik ke dalam tubuh!

Vitamin2 itu bertukar menjadi bahan mutagenik dan karsinogenik yang meracun tubuh lalu menyebabkan penyakit dan gangguan seperti atritis, osteoporosis, tulang rapuh, kanser dan Alzheimer.

Vitamin sintetik dan kesannya
Multivitamin- terutamanya yang boleh kunyah 'chewable' diperbuat daripada aspartame, iaitu bahan utama penyebab fibromyalgia dan IBS (irritable bowel syndrome).

Vitamin B12 sintetik- diperbuat daripada activated sewage sludge! ok, baik sikit, cyanobalamin. Iaitu sisa kumbahan atau hati lembu yang bertoksik. Hati lembu penuh toksik sebab ia diberi steroid, antibiotik dan pestisid. Pestisid pula datang dari rumput GMO yang di makan oleh lembu. Lembu pula tinggal di dalam CAFO (Confined Animal Feeding Operations) di mana lembu-lembu itu sering sakit, pengsan, dan menunggu mati!

Vitamin B sintetik juga datang dari tar batu arang, produk petrokimia yang boleh menekan sistem saraf pusat dan penyakit sistem pernafasan.

Vitamin A sintetik- daripada minyak hati ikan yang dipenuhi toksin seperti PCB dan merkuri. kajian menunjukkan 8% insiden serangan jantung yang membawa maut, strok, kanser paru2.

Vitamin C sintetik- daripada campuran asid yang boleh merosakkan salur penghadaman. Ia hanyalah "chemical copy" di mana mereka mencampurkan sebatian A + sebatian B = Vitamin C..Apabila kita menelan vitamin C sintetik itu, ia samalah seperti kita makan MSG (monosodium glutamat) atau aspartame yang boleh  menyebabkan kanser!

Vitamin D sintetik- ia sangat bertoksik dan boleh menyebabkan pelupusan mineral dalam peparu, jantung dan buah pinggang..sebab ia diperbuat daripada sisa petroleum, tar batu arang, dan ia mungkin mengandungi foamaldehid dan racun ammonia!!

Ketahuilah, apa yang terkandung di dalam vitamin bukan-organik selalunya bahan2 terubahsuai genetik (GMO), pestisid, sisa haiwan, patogen, bahan buangan usus (najis), kimia yg boleh mengubah hormon, kumbahan toksin, buangan rumah penyembelihan, aditif, pengawet dan produk kimia sampingan.

Sudah semestinya kita berfikir banyak kali sebelum membeli vitamin sintetik. Ini baru vitamin, anda bayangkan bagaimana dengan ubat-ubatan yang berlambak-lambak di pasaran. Dari mana dan bahan apa yang terkandung di dalamnya, saya jamin ia bukannya baik, malah boleh beri kesan sampingan yang buruk seperti penyakit 3 serangkai dan sebagainya..hati-hatilah memilih vitamin!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, saya baru saja makan vitamin semulajadi hari ini. Vitamin semulajadi? Ada vitamin tak semulajadi ke??

Jawapannya YA, ADA!

Secara umumnya, vitamin boleh dibahagi kepada tiga jenis:-

a) Sintetik- dihasilkan dikilang, dari bahan-kimia yang digabungkan supaya membentuk sebatian yang mirip vitamin semulajadi.
b) Organik- nutriennya diambil dari bahan-bahan semulajadi, namun prosesnya masih lagi melalui pembuatan vitamin sintetik
c) Semulajadi- semuanya diambil dari bahan semulajadi, proses pembuatannya tidak dicampur dengan mana-mana co-faktor seperti pengawet, pewarna, perasa tambahan dan kosnya terlalu tinggi sesuailah untuk mengekalkan keasliannya.

Masih lagi tak faham? Ok, saya beri analogi mudah untuk anda fikirkan

1. Vitamin sintetik: buah plastik

2. Vitamin organik: jus buah dalam pek

3. Vitamin semulajadi: buah-buahan sebenar

Bezanya, buah plastik, contohnya oren, masih kita panggil oren, tapi ada ke khasiat oren di dalamnya? TIADA.

Jus buah dalam pek, walaupun bermacam jenama, rasa pun lain-lain kan? Ada yang lebih rasa oren, ada yang lebih rasa gula, tapi khasiatnya bagaimana? Dah tentu berbeza-beza juga.

Buah oren sebenar? Dah tentu-tentulah khasiat oren ada di dalam buah sebenar itu.

Sekarang dah nampak bezanya kan?

Jom kita kenal lebih lagi perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi..

Perbezaan paling ketara
Vitamin semulajadi:
Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam vitamin semulajadi adalah ekstrak dari bahan-bahan semulajadi dengan menyingkirkan serat2 yang tidak perlu.

Vitamin sintetik:
Ia dihasilkan tanpa perlu menuai tumbuhan atau bahan-bahan yang semulajadi, kerana pembuatannya hanya mencampurkan sebatian kimia tertentu untuk mendapat sebatian yang diingini, sebab itu ia lebih murah!

Kontroversi
Vitamin semulajadi:
Lebih baik diambil sebagai suplement (menurut Dr. Ben Kim) kerana vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya membantu tubuh anda untuk menggunakan vitamin tersebut. Contohnya, bioflavonoid yang ada di dalam vitamin C membolehkan vitamin C itu bertindak lebih aktif terhadap tubuh badan.

Vitamin sintetik:
Vitamin C sintetik TIDAK mengandungi flavonoid. Oleh itu ia mengambil flavonoid dari takungan tubuh anda. Jika tubuh anda tidak cukup bahan itu, tubuh akan membuang lebihan vitamin C itu. Oleh itu, anda perlu melengkapkan diet berkhasiat anda supaya vitamin C tadi (atau apa2 vitamin yang anda makan) boleh berfungsi dengan baik. Jadi apa perlunya anda makan vitamin tambahan??

Kesan kepada tubuh
Vitamin semulajadi:
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik:
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.



Macam mana nak tahu?


Betul, kita tak akan tahu kalau tak diberitahu. Saya nak bagitahu, kebanyakan vitamin yang dijual di farmasi atau pasaraya adalah sintetik. Walaubagaimanapun, kedai barangan semulajadi atau jaringan outlet kesihatan ada menjual vitamin semulajadi. Anda cuma perlu perhatikan label kandungan bahan pada botolnya sahaja. Vitamin sintetik biasanya akan ditulis sebagai "vitamin c", vitamin semulajadi akan ditulis nama bahan semulajadi yang terkandung misalnya "ekstrak limau tang".




Kenapa SHAKLEE??



  • Semulajadi dan asli dari alam
  • Sentiasa selamat -350 ujian pada setiap ramuan baru, 80,000 ujian kualiti setahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
  • Sentiasa berkesan- Testimoni oleh berjuta-juta pengguna, yang terdiri daripada atlet dunia, penjelajah dunia, malah insan biasa yang ingin hidup lebih sihat dan lebih produktif.
  • Sentiasa mesra alam- 50 tahun menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar,syarikat pertama di dunia diiktiraf sebagai Climate Neutral.
  • Pengiktirafan HALAL- oleh ISA (Islamic Services of America) dan Jakim.
Oleh itu, janganlah ragu-ragu lagi..dapatkan vitamin semulajadi yang terbaik didunia. Hubungi saya, Su (013-2369434) untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

INGAT!! Anda yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk diri anda, bukan orang lain.


Sementara itu, jom nikmati pemandangan alam semulajadi yang amat mendamaikan ini...


Credit to: Mama Aiman
               Mommy Lina
               MamaIna
               Riza Afzan