Enter Keyword

Cara Nak Kenal Perbezaan Vitamin C Semulajadi Dan Sintetik

Sejak dua menjak ni, saya kerap pula di tanya,

"Apa beza vitamin C sintetik dan semulajadi? Macam mana nak kenal?"

"Bagaimana nak tahu beza vitamin C ori atau fake?" (haa pun ada)

Maksud soalan di atas ni lebih kurang sama lah kan. Dia nak tahu apa perbezaan antara vitamin C yang di katakan semulajadi dan vitamin C sintetik.

Yelah, sekali tengok macam sama je. Ada beza ke? Janji vitamin C, sudahlah.. Penting ke nak tahu vitamin C tu semulajadi atau sintetik? Hmm...


Oklah, bagi menjawab soalan demi soalan yang bersarang dalam kepala tu kan, jomlah kita study serba sedikit mengenai vitamin C.

Apa Itu Vitamin C?

Vitamin C ialah vitamin larut air yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Vitamin C membantu badan kita menjalankan prosesnya dengan teratur malah kekurangan vitamin C boleh menyebabkan badan kita mudah dapat sakit.

Vitamin C mudah hilang melalui air kencing. Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan itu kita mesti mendapatkannya daripada makanan.  Contoh sumber makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, seperti limau dan lemon, buahan beri seperti strawbery, sayuran hijau seperti brokoli dan sebagainya lagi.

Badan kita perlukan amaun tertentu vitamin C mengikut peringkat umur. Biasanya wanita memerlukan hingga 1000mg vitamin C dan lelaki pula hingga 1500mg vitamin C.

Oleh sebab kita memang tidak mungkin boleh dapat vitamin C yang mencukupi hanya daripada makanan, maka pengambilan vitamin C melalui suplemen amatlah digalakkan.

Vitamin C Sintetik Atau Vitamin C Semulajadi?


Kita selalunya tak begitu perasan bahawa vitamin C ni ada tiga kategori; semulajadi, organik dan sintetik.
Selalunya kita main beli aje kan?

Jika anda diberi pilihan, sama ada vitamin C sintetik atau vitamin C semulajadi, maka pilihlah yang semulajadi. Ini kerana vitamin C semulajadi adalah ekstrak daripada sumber semulajadi, bukannya hasil campuran bahan kimia membentuk asid askorbik.

Vitamin C semulajadi akan hadir bersama komponen semulajadinya iaitu ko-faktor enzim dan bioflavonoids yang mana komponen ini akan membantu penyerapan vitamin C ke dalam darah dengan lebih efektif. Dengan itu ia tidak menjejaskan kesihatan buah pinggang jika di ambil secara berterusan.


 Ok, itu secara biokimianya. Bagaimana pula secara fizikalnya?

1. Pewarna tiruan
Vitamin sintetik biasanya mengandungi pewarna sintetik atau pewarna tiruan untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik dan cantik. Pewarna tiruan ini biasanya akan tanggal dan melekat pada tapak tangan jika kita menggenggamnya lama.

2. Perasa dan pemanis tiruan
Untuk menjadikannya sedap, pengilang akan meletakkan perasa dan pemanis supaya lebih digemari.

3. Lambat melarut
Vitamin sintetik mengambil masa yang sangat lama untuk melarut dalam air. Vitamin semulajadi melarut dengan cepat dengan itu ia lebih cepat bertindak dalam badan.

Jadi, Penting Ke Mengambil Vitamin C Semulajadi?

Haruslah malah sangat-sangat penting!

Vitamin C sintetik bukan sahaja mencuri simpanan kalsium tubuh, malah boleh menyebabkan nutrien lain dalam tubuh merosot selain boleh menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk mengeluarkan bahan kimia yang tidak berguna.

Vitamin C sintetik tidak membekalkan apa-apa manfaat kesihatan berbanding vitamin C semulajadi yang lengkap dengan komponen biokimianya.

Jadi, pilihan di tangan kita kan? Nak yang bagus, atau yang murah, atau yang berkualiti, atau yang selamat, sendiri yang pilih!

Dapatkan vitamin C semulajadi, Sustained Release Vita C dengan menghubungi:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan