LAKTASI: BAYI HANYA SUKA MENYUSU SEBELAH PAYUDARA?
Assalamualaikum, salam bahagia..
Puan Ema, bertanyakan soalan ini,
" Bayi saya menolak untuk menyusu melalui payudara kiri kerana lebih selesa dengan payudara kanan. Bila menyusu di sebelah kiri, dia akan muntah. Apakah caranya untuk biasakan dia menghisap payudara kiri?"
Ini pula adalah jawapan dari pakar laktasi majalah Pa&Ma (ayat ku sangat skema)
Bayi lebih suka menyusu dengan sebelah payudara mungkin ada beberapa sebab. Berkemungkinan refleks pancutan terlalu perlahan, terlalu laju, atau susu berkurangan. Jom kenal pasti apakah punca sebenar mengapa berlaku perbezaan bekalan dan aliran susu di antara payudara.
1. Keadaan fizikal payudara
Semua wanita mempunyai keadaan di mana sebelah payudara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini adalah normal. Perbezaan aerola/ puting agak biasa berlaku. Keadaan ini menyebabkan bayi mudah melekap pada payudara yang normal.
2. Ibu menggemari salah satu belah payudara
Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan sebelah payudara lebih kerap berbanding yg satu lagi.
3. Bayi menggemari salah satu belah payudara sahaja
Kebiasaannya bayi akan menyukai satu belah payudara sahaja. Jadi bayi akan menyusu dengan lebih efisien dan kerap menerusi payudara yang disukainya.
4. Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payudara pernah cedera atau di bedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu.
Untuk pengetahuan anda, jika bayi tiba-tiba menolak untuk menyusu melalui salah satu payudara, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan telinga atau bayi sakit sehingga dia kurang selesa untuk menyusu.
Teknik memujuk
Kembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Tetapi jangan sesekali memaksa.
1. Cuba susukan semasa bayi baru bangun dari tidur atau ketika sedang mengantuk. Bayi akan lebih bekerjasama dan bertindak lebih spontan.
2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu.
3. Menyusu di bilik yang gelap dan sunyi.
4. Cuba menyusu sambil menghayun secara perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.
5. Jika bayi lebih gemarkan payudara yg alirannya laju, lakukan urutan untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu.
Teruskan usaha anda. Kesabaran dan kegigihan kunci kejayaan!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan