Enter Keyword

FAKTA TENTANG KALSIUM YANG MESTI ANDA TAHU!!

Assalamualaikum, salam ceria!!

Di sini ada beberapa fakta penting yang wajib kita tahu tentang kalsium!!


1. Kalsium adalah mineral paling banyak yang diperlukan oleh tubuh
Keperluan kalsium harian purata:

Bayi (0-6 bulan) -200mg
Bayi (7-12 bulan) -260mg
1-3 tahun -700mg
4-8 tahun -1000mg
9-18 tahun -1300mg
19-70 tahun -1000mg
Ibu hamil dan menyusu -1200mg

2. Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, sisanya berada di darah dan sel-sel tubuh.

3. Kalsium memiliki banyak manfaat
Manfaat utama:

  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Anak-anak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium menyebabkan pembentukan tulang tidak sempurna dan penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus menerus meremajakan sistem tulang dan gigi. Mineral di tulang dan gigi kita terganti 100% setiap 7 tahun sekali.
  • Mencegah osteoporosis. Bila kita tidak mendapat kalsium yang cukup daripada makanan, tubuh akan mengambilnya dari 'bank kalsium' pada sendi tangan, kaki, dan tulang panjang yang lain. Kekurangan kalsium dalam waktu yang lama akan menyebabkan tubuh mengambilnya lansung dari tulang-tulang padat. Ini akan mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Bila seorang wanita dari umur 20 tahun mengambil 400mg setiap hari, iaitu lebih rendah daripada yang diperlukan, tulangnya akan mereput sebanyak 1/3 pada usia 50 tahun!
  • Penyimpanan glikogen. Glikogen adalah bentuk glukosa yang tersimpan di dalam tisu otot dan hati. kalsium memainkan peranan dalam proses penyimpanan ini. Jika tubuh kekurangan kalsium, ia akan merasa lapar terus menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.
  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium supaya dapat berfungsi secara optimum. kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan otot serta gangguan dalam fungsi otak dan sistem saraf.
4. Terlalu banyak kalsium boleh menyebabkan bahaya pada tubuh
Tubuh tidak dapat menyerap kalsium jika tidak memiliki cukup magnesium dan fosforus. Magnesium dan fosforus menyebabkan kalsium lebih mudah diserap oleh tubuh. 

Bila tidak cukup magnesium, ginjal tidak dapat memproses kalsium hingga boleh menyebabkan terjadi endapan. Selain itu, vitamin D dan zat besi juga penting dalam pengolahan kalsium. Pengambilan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D dan zat besi haruslah seimbang agar tubuh tetap sihat. Kekurangan atau kelebihan ketara dalam salah satu daripada kelima-lima zat itu boleh menyebabkan kesihatan jadi buruk.

Ostematrix Shaklee





Ostematrix adalah satu-satunya suplemen kalsium yang lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, boron, zinc, manganese, kuprum yang membantu kesihatan tulang secara optimum!






Tips memilih suplemen kalsium premium

  • pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
  • pilih produk yang BUKAN daripada tulang (bone meal) dan dolomite kerana ia boleh menyebabkan keracunan plumbum.
  • elakkan pilih produk yang bermineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Jika takut tersalah pilih, pilih saja suplemen Shaklee iaitu Ostematrix!! 

Nak dapat Ostematrix dengan harga best??
Hubungi Suhaila - 013-2369434
fb: Su Annajah
fb page : Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan