Enter Keyword

AIR: KUASA PENYEMBUH YANG SERING DIREMEHKAN

Assalamualaikum, salam bahagia..

Alhamdulillah.. hari ni bonus masuk.. wink3.. semoga figure itu terus bertambah dan terus bertambah. Amiinn..

Firman Allah,
" Dan kami jadikan setiap yang hidup (makhluk) daripada air," Al-Anbiya':30


Air adalah keperluan hidup yang amat2 penting. Jika tiada air, maka tiadalah kehidupan. Sebenarnya, air mempunyai kuasa penyembuh dan penolong untuk menyembuhkan penyakit. Kebanyakan sistem dalam badan memerluka air untuk berfungsi dengan optimum. Sebab itu penyahhidratan minimum sangat memberi kesan kepada kesihatan.

Ada orang yang tak suka dan jarang minum air kan? terutama air masak/ kosong. Selalu yg menjadi kegemaran ialah air manis2 bergula dan berperasa itu..Jom kita baca apa kepentingan air kepada tubuh badan.

1. Air menyegar dan membersihkan anggota dalaman.

2. Air mencergas dan membersihkan buah pinggang (lazimkan minum sebelum tidur dan sebaik saja selepas bangun tidur)

3. Air berfungsi mengatur suhu badan daripada panas kepada sederhana. Air sejuk dapat menghilangkan rasa panas dan mengimbangi suhu badan.

4. Memberi dan memperbaharui tenaga.

5. Menggalakkan penghadaman yang baik dengan mengangkut toksin2 keluar daripada tubuh melalui sistem buangan

6. Meringankan pengaliran cairan dalam tubuh

7. Melembutkan gerakan sendi dan membantu meringankan radang sendi (Pesakit sendi memerluka 2-4 gelas air suam setiap hari)

8. Menjadikan tubuh selalu basah (tidak kering), melembut dan melembapkan kulit

9. Air yang cukup dapat menghindarkan penyakit gatal-gatal dengan cara mengeluarkan kekotoran dalam darah

10. Pesakit tekanan darah rendah memerlukan skitar air yang banyak

11. Air membantu keseimbangan kimia dalam tubuh

12. Air membantu memelihara kebiasaan tidur yang baik

13. Mempercepat peredaran darah

14. Air yang cukup dapat mencegah batu karang, dan barah seperti barah payudara, barah usus, dan prostat, gangguan jantung dan stroke.

15. Menolong memperbaiki semua jenis luka

16. Menolong menahan kesakitan secara tabi'i

Air juga boleh dijadikan terapi penyembuhan yang mujarab. Apapun , pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari mestilah dipenuhi terlebih dahulu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan