TIPS MEMBINA HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG BAHAGIA
Assalamualaikum, salam bahagia..
Ada banyak sebab kenapa hubungan suami isteri boleh menjadi dingin. Antaranya ialah masalah kewangan, masalah peribadi suami atau isteri, perubahan hormon terutamanya selepas melahirkan anak, sikap suami atau isteri, campur tangan orang ketiga dalam masalah rumah tangga, dan sebagainya..
Tidak kira sama ada pasangan itu baru sahaja berkahwin atau sudah bertahun2 mendirikan rumah tangga, pasti akan ada ketikanya konflik berlaku. Lebih malang apabila ia melibatkan anak-anak yang langsung tidak bersalah dalam hal tersebut. Jika tidak di atasi dari peringkat awal, perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Nauzubillah..
Saya ingin kongsikan beberapa tips, yang saya rujuk dari beberapa buah bahan bacaan termasuk dari buku tulisan Dr. HM Tuah "Membina Hati Bahagia" dan beberapa majalah tempatan.
1. Bercinta dan berkahwin untuk bahagia
Ingat kembali saat pertama kita bertemu dengan pasangan, atau kalau pernah bercinta ingatlah kembali saat2 indah itu. Dan fikirkan kembali sebab apa kita memilih dia sebagai pasangan sedangkan kita boleh memilih orang lain? Allah dah tetapkan jodoh kita bersama dia maka terimalah dia seadanya. Bayangkan kita dan dia akan bahagia bersama2 hingga ke syurga.
2. Selongkar kehebatan pasangan
Manusia itu Allah jadikan memang banyak kelemahan dan juga kelebihan tersendiri. Jadi, jangan terlalu memandang kelemahan pasangan bagaikan kita ini terlalu sempurna. Teroka isi hati pasangan dan cubalah memahami. Letakkan diri kita di dalamnya, dan kita akan lihat perbezaan itulah yang saling melengkapkan anda berdua..
3. Bertolak ansur
Orang yang tidak boleh bertolak ansur adalah manusia yang EGO. Lebih tinggi keegoan seseorang, lebihlah rasa untuk dia menang walaupun dia berada di pihak yg salah. Nilailah semula diri masing2 dan cuba bertolak ansur walaupun sedikit.
4. Jangan bersangka buruk
Al-Quran ada menyebut bahawa manusia diseru menjauhi prasangka kerana kebanyakan sangkaan itu membawa dosa. Jika pasangan selalu tiada di rumah, balik lewat, tanyalah dulu elok2 jangan diserang membabi buta. Ada seekor syaitan di dalam rumah yg kerjanya memang menghasut dan membisikkan kepada suami atau isteri supaya bertengkar dan berpecah belah. Jadi, siapa yang kita nak ikut? Jangan biarkan syaitan itu tersenyum kemenangan!
5. Mendidik hati
Keseluruhan diri mencerminkan hati. Jika hati baik, maka baiklah tingkah laku kita, jika hati kotor, maka buruklah perangai kita. Tenung ke dalam diri adakah kita ini terlalu baik, atau terlalu jahat terhadap pasangan kita. Jika buruk perangai kita, maka bersihkanlah hati. Bagaimana nak bersihkan hati? Banyakkan mengingati Allah.
6. Belajar bertenang
Hadapi masalah dengan penuh ketenangan. Fikir dengan rasional dan intelek, barulah kita akan jumpa jalan penyelesaian. Mohon pada Allah supaya diberi ketenangan. Fikiran yang kusut dan berserabut memang tidak akan membawa kita berjumpa jalan penyelesaian. Solatlah dengan khusyuk dan hudhur supaya solat itu menjadi amalan "out of the box" dan masalah akhirnya boleh diselesaikan.
Semai, siram dan bajailah kebun kasih sayang anda supaya kita dapat melahirkan generasi yang berjiwa penyayang dan membentuk umat yang di sayangi Rasulullah S.A.W.
Salam sayang,
Su..
Pssstt: Dapatkan set kasih sayang hari ini! Vitamin E dan Alfalfa yang membuat anda berdua senyum sepanjang hari ;)

Perkahwinan menyatukan dua hati untuk hidup berkasih sayang mengikut aturan Allah |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan