Enter Keyword

Kenapa Saya Gemuk??

Tahu tak berat badan seseorang tak kira dia kurus atau gemuk bergantung kepada beberapa faktor? Pernah tak tengok dalam satu keluarga semuanya berbadan besar? Pernah tak jumpa dia sorang je selim sedangkan ahli keluarganya yang lain semuanya bertubuh besar? Pernah kan..

Faktor Genetik

Faktor genetik memainkan peranan yang sangat besar terhadap berat badan kita. Ia bukan daripada mak ayah kita sahaja malah dari moyang-moyang kita terdahulu. DNA diwariskan sehingga ke anak cucu cicit ciut cuit dan susur galur lebih dari 7 keturunan.

Apa yang kita warisi? Warna anak mata, jenis rambut, kumpulan darah, bentuk kaki, cara berjalan segalanya sehingga ke cara bagaimana otak kita bekerja serta cara bagaimana lemak disimpan dalam tubuh malah penyakit pun kita warisi!! Haa bab penyakit tu kena hati2 :)



Bagaimana genetik memberi kesan kepada berat badan?

1. Ia mempengaruhi kadar metabolisme basal (iaitu kadar dimana tubuh kita menggunakan tenaga [kalori] semasa rehat). Sesetengah orang dilahirkan dengan kadar metabolisme tinggi berbanding yang lain. Orang yang mempunyai kadar metabolisme tinggi mudah membakar kalori dan sukar menaikkan berat badan.

  • Aktiviti fizikal boleh meninggikan kadar metabolik
  • Diet  sangat rendah kalori akan menurunkan kadar metabolik. Kadar metabolik yang rendah menyebabkan berat badan meningkat kerana tubuh kita tak bakar kalori secara cepat.
2. Signal tubuh
Termasuk ransangan selera dan rasa kenyang atau rasa lapar

3. Penyebaran lemak
  • Sesetengah orang mempunyai kaki yang slim, manakala sesetengah yang lain mempunyai kaki yang agak berisi. Kita tak boleh ubah dimana tubuh kita menyimpan lemak.
  • Lelaki menyimpan lebih lemak di bahagian perut semakin mereka berusia manakala wanita menyimpan lemak di bahagian punggung dan paha.
Faktor Nutrisi

Apa yang kita makan juga memberi kesan kepada berat badan kita. Purata hidangan harian kita mengandungi tinggi kalori, terlalu banyak lemak tepu, kolesterol, protein haiwan, garam serta gula.

Agak sukar memilih makanan yang sesuai kerana:
  • faktor emosi
  • mudah akses kepada fast food
  • tak cukup masa - jadual makan tidak teratur, skip meals
  • tertipu dengan label. contohnya makanan yang "bebas kolesterol" mempunyai tinggi kalori dan lemak
Faktor Aktiviti Fizikal

Berapa banyak kita bergerak juga menjadi faktor penting yang memberi kesan kepada berat badan. Orang yang sentiasa aktif dan banyak bergerak, kurang duduk, rajin bersenam mampu mengekalkan berat badan sihat.

1. Aktiviti secara tetap akan buat kita jadi 'fit'. Bila kita dah fit, kita akan lebih sihat dan bertenaga. Bila kita fit, kita akan bakar lebih banyak kalori walaupun semasa kita sedang rehat.

2. Walaupun jika kita mempunyai berat badan berlebihan atau obese, tubuh yang 'fit' secara fizikal akan beri kesihatan yang baik kepada organ dan akan menurunkan risiko terkena serangan jantung, darah tinggi, diabetes dan sesetengah kanser. Jika kita ada penyakit itu sekalipun, kecergasan fizikal akan buat kita rasa lebih baik :)

3. Bersenamlah secara sederhana atau berbincang dengan doktor atau pakar senaman untuk sesi latihan yang sesuai dengan anda.



Kesimpulannya, walaupun kita dari keturunan mana pun, menjaga berat badan bukan satu pilihan tetapi mesti dilakukan supaya kita sentiasa cergas, sihat walafiat dan terhindar dari penyakit berkaitan berat badan berlebihan!

Mahu lebih tips dan panduan? Mahu suplemen untuk kecergasan dan mengawal berat badan?

Hubungi :
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
emel butik.annajah@gmail.com
fb Su AnNajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan