Enter Keyword

Susu Kurang Sebab Keturunan?

Alhamdulillah..kembali semula kita dalam topik penyusuan. Mama bukan pandai sangat, mama cuma nak share pengalaman mama menjadi ibu penyusu dengan tiga hero mama ni..

Sebenarnya, agak sedih juga apabila mengetahui seorang ibu gagal memberikan susu ibu sejak awal kelahiran kerana dikatakan tiada susu. Barangkali ibu tersebut stress kerana bayi menangis kelaparan sedangkan payudara tidak mengeluarkan setitik susu pun.


Percaya tak? Mama juga pernah berperasaan begini setiap kali lepas bersalin. memang agak sukar untuk menukar mindset dalam keadaan stress dan tertekan pada awal kelahiran bayi kita, di tambah lagi dengan keadaan ibu yang masih sakit dan tidak mampu untuk bergerak banyak.

Tetapi mama sedaya upaya melawan perasaan negatif itu dan cekalkan hati untuk 'tahan telinga' dengar bayi menangis setiap kali kelaparan. Memang nekad tidak akan langsung walau setitik pun beri bayi mama minum susu lembu! Tidak sesekali! Sebab mama percaya susu ibu pada awal kelahiran ini sangat penting untuk membina setiap ikatan dengan bayi dan susu ibulah paling baik untuk sistem imun anak kita. Bukan susu lembu.

Benarkah susu kurang sebenarnya disebabkan keturunan?

Mama tidak percaya malah tidak pernah tahu pun ada pernyataan seperti ini. Sebab bagi mama, kemampuan menyusukan bayi itu telah ada pada setiap ibu, tinggal lagi bagaimana usaha ibu tersebut untuk mengoptimumkan pengeluaran susu.

Mama ingat lagi, selepas melahirkan anak pertama, mama memang kurang ilmu dalam bab penyusuan ni. Di awal kelahiran, mama mengalami bengkak susu dan susu memang banyak keluar hingga meleleh-leleh. Beberapa bulan kemudian, tanpa ilmu, tanpa sebarang usaha pun untuk mengekalkan penyusuan (sebab mindset nak kerja dan susah nak sediakan EBM), susu mama mengering sedikit demi sedikit, hinggalah bayi mama berusia hampir setahun (8-10 bulan tak silap mama). Bila difikir-fikir, agak kesian dengan Muhammad Ammar.

Masa ni juga, mama kerapkali 'diingatkan' oleh emak mama sendiri dengan fatwa ''mak dulu menyusu awak bertiga (kami tiga beradik) sekejap je, takde susu''. Ayat ini memang sering terngiang-ngiang dalam kepala. Oh mungkin aku pun sama macam emak. Tapi syukur Alhamdulillah juga, anak sulung dapat menyusu lebih lama daripada emak menyusukan kami.

Kemudian, selepas tiga tahun, dan mama pun aktif dengan facebook, berkawan dengan lebih ramai orang dan berjumpa dengan bisnes Shaklee, barulah mama belajar sedikit demi sedikit mengenai penyusuan. Dan mama bertekad untuk menyusukan bayi mama sehingga dua tahun. Mama dah dengar 'ceramah' ustaz mengenai kelebihan dan kebaikan susu ibu dalam membentuk peribadi anak kita, mama tidak akan menoleh kebelakang lagi.

Syukur, dengan ilmu yang betul, dengan pengambilan suplemen yang betul, mama berjaya menyusukan Muhammad Aqil Qayyim sehingga dua tahun. Alhamdulillah. Betul! Mama memang perlukan bantuan galagtagogue (makanan meransang pengeluaran susu / milk booster).


Ibu-ibu, kalau susu badan kelihatan kurang, carilah punca yang sebenar. Ada banyak punca susu merudum antaranya:

  • tekanan
  • ada mengambil pil perancang yang tak sesuai
  • ada mengambil ubat-ubatan
  • sakit
  • tidak mendapat nutrisi yang mencukupi
  • tidak mengambil makanan yang berkhasiat
  • kurang ransangan daripada bayi
  • terlalu terikat dengan jadual menyusu
  • masalah pelekapan
  • masalah puting payudara
dan sebagainya lagi. Jika ibu-ibu buntu, dapatkan nasihat mereka yang bertauliah atau berpengalaman dalam bidang penyusuan.

Kini, mama masih lagi menyusukan bayi yang ketiga yang kini berusia empat bulan. Alhamdulillah susu sangat meriah dan adakala melimpah tanpa sebab..syukur rezeki untuk Ahmad Fawwaz Faiz sentiasa ada.

Ibu-ibu sekalian, semua ibu mampu menyusukan bayi masing-masing. Ini fitrah. Memang Allah jadikan kaum wanita dengan kemampuan menyusu. Cuma ada ketika dalam kes-kes tertentu kita perlu dengar pendapat mereka yang lebih arif. Tapi selagi boleh usahalah semampu dan sekuat mungkin untuk beri titisan emas kepada bayi zuriat keturunan kita.

Ingin berkongsi dengan mama, atau ingin mendapatkan suplemen penyusuan dengan khidmat nasihat percuma, feel free to contact me;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID Shaklee: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan