5 Tips Tak Liat Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat di anjurkan oleh baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W).
Ramai yang tahu kelebihan Solat Dhuha. Pun begitu masih ramai yang liat betul nak buat. Banyak alasan betul melintas dalam kepala bila hati berbisik suruh Dhuha. Kerja banyak, sibuk melayan mesej WhatsApp, sibuk baca status Facebook, dan sebagainya.
Ada orang berpesan, kalau dalam hati terlintas nak solat Dhuha, terus bangun ambil wudhu dan terus solat. Walaupun ada bisikan-bisikan halus yang cakap, "eh kejap lagilah...lama lagi waktu Dhuha ni". Sebab kalau kita layan bisikan-bisikan tu, jawabnya memang sampai ke sudah tak buat.
Antara tips yang boleh dilakukan supaya diri itu tidak lagi liat dan malas untuk solat sunat Dhuha:
1. Set alarm.
Contohnya kita set nak solat Dhuha jam 10 pagi. Bunyi je alarm pukul 10 tu terus bangun ambil wudhu' tak kiralah kita sedang buat apa pun. Asal bukan dalam kereta sudah la.
2. Tulis dalam jadual harian (to do list)
Ini kalau kita ni jenis pelupa. Jadi selitkan acara solat Dhuha dalam senarai tugasan kita tu tadi.
3. Minta pasangan / kawan ingatkan
Semua orang ada grup WhatsApp atau Telegram, atau We Chat kan. Jadikan kebiasaan anda dan kawan-kawan untuk ingatkan sesama sendiri 'Dhuha timing'. Kan best, tengah-tengah bersembang ada kawan bagitahu "Dhuha timing, jom!" Sejuk hati dapat kawan macam gitu :)
4. Ingat Solat Dhuha sebagai satu sedekah
Kita tahu Allah bagi kita banyak sangat nikmat. Tak terhitung. Kita juga tahu, Allah akan beri pahala untuk orang yang suka bersedekah. Jika kita tak mampu nak sedekah dengan harta benda, sedekahkanlah diri kita sendiri ni untuk buat solat Dhuha. Ingat solat Dhuha ni sebagai sedekah, sebagai rasa syukur atas nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung itu.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,
"Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah: tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Solat ni, bukan untuk Allah tapi untuk diri kita sendiri. Allah tak berkehendak pun pada kita, tapi kita yang memerlukan DIA.
5. Paksa rela buat hingga akhirnya terbiasa
Sekali sekala buat memang kadang-kala rasa malas dan liat. Cuba konsisten dan istiqomah, paksa diri untuk buat berturut-turut selama 21 atau 40 hari. Kerana menurut pakar motivasi seperti Dr. Fadhilah Kamsah, tabiat baru akan terbentuk jika kita biasakan diri buat selama 40 hari (ada kata 21 hari).
Kelebihan Solat Sunat Dhuha
Kita ni manusia memang suka ganjaran kan? Baru kita nak buat. Allah tahu tu. Maka Rasulullah bagitahu kita apa faedahnya kalau kita buat solat Dhuha. Saya ringkaskan kelebihan solat ni yang pernah diriwayatkan oleh para perawi.
Solat Dhuha dapat:
1. Allah jamin akan cukupkan keperluan-keperluan kita setiap hari
2. Menarik rezeki
3. Menolak kepapaan
4. Di ampuni dosa walau dosanya sebanyak buih di lautan
5. 12 Rakaat solat Dhuha Allah akan menyediakan baginya sebuah mahligai daripada emas
Cara Solat Sunat Dhuha
Waktu solatnya ialah daripada matahari naik sepenggalah hinggalah berakhir pada waktu sebelum matahari tergelincir, tetapi disunatkan melakukannya apabila matahari naik tinggi dan panas terik.
Jadi kalau kita di Malaysia ni buatlah pada bila-bila masa di antara jam 8 pagi hingga 30 minit sebelum waktu Zohor.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dilakukan dalam 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat, atau 12 rakaat.
Sebenarnya, memang seronok jika dapat melakukan solat sunat Dhuha. Itu tanda kita tak lupa kepada pemberi rezeki walau dalam keadaan kita sibuk bekerja sekalipun.
Apapun, semoga ibadat kita yang dilakukan secara ikhlas, diterima Allah, dan ditulis kebaikan daripadanya, insyaAllah.
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan