Enter Keyword

7 Makanan Yang Menurunkan Darah Tinggi Dan Cara Elakkan Serangan Mengejut

Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi adalah masalah kesihatan yang sangat serius yang boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dikelaskan sebagai tinggi.

Lebih menakutkan, serangan darah tinggi boleh berlaku secara mengejut tanpa menunjukkan sebarang tanda. Seseorang boleh jatuh pengsan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba lalu dikejarkan ke wad kecemasan malah boleh koma!


Kita takkan tahu kita ada masalah tekanan darah tinggi kalau tak pergi buat pemeriksaan tekanan darah di klinik. Tapi...awas kepada anda yang berada dalam kumpulan di bawah:
  • mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
  • ada sejarah keluarga mengidap serangan jantung atau tekanan darah tinggi
  • mengambil lebih garam atau makanan masin seperti ikan kering
  • kurang bersenam / kurang bergerak
  • stress
  • mengambil pil perancang
  • mengambil ubat pelega kesakitan (pain relievers)
  • sakit buah pinggang
  • penyakit adrenal
  • merokok
  • minum minuman keras
Jadi, rajinkanlah diri melakukan pemeriksaan bulanan untuk melihat trend tekanan darah anda.

Tahu tak, hanya dengan mengubah cara hidup atau lifestyle kita, kita mampu mencegah dan menurunkan risiko serangan darah tinggi mengejut??

Lelaki dalam video ni pernah mengalami serangan darah tinggi, dan sakit dada hingga terbaring!

Saksikan apa yang berlaku seterusnya....

Selain mengamalkan suplemen Shaklee di atas, kita juga boleh mengambil makanan yang terbukti dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan syarat, mestilah amalkan selalu..

1. Jus lemon
Lemon sangat tinggi dengan antioksidan Vitamin C. Ia membantu melancarkan peredaran darah serta mengelakkan serangan jantung mengejut. Antioksidan dalam lemon juga dapat membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.

Perahkan lemon dalam air suam dan minum setiap pagi semasa perut kosong.

2. Bawang putih
Bawang putih juga telah terbukti secara saintifik dapat menstabilkan tekanan darah serta menurunkan aras kolesterol. Bawang putih membantu melegakan salur darah dengan meransang penghasilan oksida nitrik dan hidrogen sulfida.

3. Pisang
Pisang kaya dengan pottasium yang akan membantu mengurankan efek sodium (garam) dalam badan.

Makanlah sebiji atau 2 biji pisang setiap hari. Anda boleh juga mencuba makan aprikot, kismis, anggur, jus oren, bayam, juga keledek bakar.

4. Daun seleri
Daun seleri membantu mengawal tekanan darah, melegakan otot sekitar dinding arteri, serta membantu melancarkan peredaran darah.

5. Air kelapa
 Orang yang mengalami darah tinggi perlu mengekalkan bendalir dalam badan. Minum air kosong 10 gelas sehari atau boleh juga mengamalkan minum air kelapa.

6. Cili merah
Cili membantu mencegah pengumpulan platlet dalam darah dengan itu melancarkan perjalanan darah dalam badan.

7. Madu lebah
Madu dapat menurunkan tekanan pada jantung dan menenangkan salur darah, dengan itu menurunkan tekanan darah

Makanlah 2 sudu teh madu setiap pagi semasa perut kosong.

Sebenarnya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kita MESTI ubah gaya hidup kita.

Kurangkan makan garam berlebihan, banyakkan bersenam, banyak minum air kosong, kurangkan pengambilan lemak dan kolesterol yang banyak terdapat pada haiwan serta amalkan makan suplemen yang betul.

Set Darah Tinggi (Omega Guard, Phytocol ST, dan Garlic) boleh didapati daripada saya! Hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994




1 ulasan: