8 Cara Yang Boleh Kurangkan Morning Sickness Ibu Mengandung

Sebagai wanita yang pernah hamil, mesti pernah merasai morning sickness termasuklah saya. Tapi morning sickness saya tak berlaku waktu pagi ia berlaku tengah hari dan petang.

Pengalaman mengandungkan anak pertama saya menghadapi alahan yang agak teruk juga. Dah la masa tu kerja. Kerja plak sebagai pembantu kat cyber cafe. Tengahhari kalau tak makan nasi bekal yang saya bawak, atau nasi yang saya dah beli siap-siap, mesti makan laksa penang yang ada jual depan kedai. Itu jelah menu hari-hari duk ulang-ulang. Benda lain tak mampu nak telan.


Yang syoknya lepas habis makan, mesti keluar balik semua sekali...membazir sangat kan? Masa tu dah tak kira ada orang ke takde orang dalam kedai, perut menggelodak tak tahan nak muntah juga.

Lagi sekali bila balik kerja, bukak je pintu rumah terus berlari masuk toilet untuk muntah. Masa tiga bulan pertama ni saya memang tak masak sangat. Tak boleh bau bawang terus kembang tekak. Bau rumah sendiri pun busuk je rasanya. huhuhu..

Rupanya lebih 70% wanita yang mengandung memang akan mengalami alahan morning sickness ni. Ada yang teruk sangat sampai kena duduk wad hingga bersalin.

Kalau ibu sedang mengalami alahan macam ni, cuba amalkan petua di bawah. Mudah je rupanya. Saya dulu mana la tau ada petua-petua macam ni.

1. Lemon

Boleh campurkan jus lemon dengan jus pudina dan sedikit air rebusan halia, amalkan tiga kali sehari. Nak minum jus lemon saja pun boleh. Lemon atau limau memang terbukti dapatkan kurangkan rasa loya. Kalau tak mampu nak minum, ambil sebiji lemon, dan ciumlah baunya yang harum tu...

2. Halia 

Halia mengandungi komponen semulajadi yang dikenali sebagai gingerols dan shogaols yang dapat melegakan loya dan muntah.

Caranya, ambil air rebusan halia yang masih suam, campur dengan sedikit madu dan minum setiap pagi. Atau boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam air panas, dan minum bila suam.

3. Daun kari

Selalu digunakan dalam perubatan Ayurvedik untuk kurangkan loya dan muntah. Selain di ambil jusnya dan campurkan dengan madu, sebenarnya daun kari boleh di makan begitu saja.

Saya pun baru tau pucuk kari sedap di buat ulam. Sebagai seorang peminat ulam-ulaman, bagi saya memang sedap dan mudah sangatlah kalau macam ni. hihi

4. Daun pudina

Komponen anestetik yang wujud dalam daun pudina menjadikannya penenang usus yang sangat baik.

Letakkan beberapa helai daun pudina dalam air panas, tunggu suam dan minum. Boleh campurkan dengan sedikit gula ataupun madu.

Selain itu ibu boleh letakkan minyak pati daun pudina pada pakaian dan hidu baunya. Makan gula-gula perisa pudina pun ok juga tapi tak boleh selalu nanti kencing manis pula.

5. Keju

Masa mengandung kena makan sumber protein yang cukup untuk stabilkan aras glukosa darah. Ada kajian menunjukkan kalau kita makan cukup protein sejak sebelum mengandung lagi, ia boleh kurangkan loya dan muntah terutama bila kita craving sesuatu yang manis.

So ibu bolehlah makan keju kalau tak mampu nak telan makanan lain. Makan kek cheese meleleh ke atau sandwich bersama kepingan keju pun ok. Nak lagi sedap buat resepi roti lapis daging letak cheese.

6. Makan biskut

Contohnya biskut cream cracker cap pingpong ke atau biskut mayat. Makan je bila-bila mula dari bangun tidur sampai malam kalau terasa perut kosong dan lapar.

7. Potato chips

Mesti ibu senyum dapat makan potato chips. Tiada salahnya makan potato chips tapi ibu mesti buat sendiri. Yang buat sendiri lebih berkhasiat sebab tiada pewarna, perasa, MSG, dan tambahan kimia yang lain.

8. Minum cukup air kosong

Ibu kena pastikan badan selalu terhidrat sebab kekurangan air boleh sebabkan morning sickness.

Kalau tak dapat minum 8 gelas sehari ( 1 jam segelas), ibu boleh juga ambil melalui buah-buahan, jus sayur ataupun sup.

Jadi, ibu ada mengalami morning sickness yang teruk, boleh la amalkan semua petua di atas dengan konsisten setiap hari. Tapi kalau tidak berkurangan, malah makin teruk hingga berlaku dehidrasi dan penurunan berat badan, segeralah dapatkan rawatan sebab nanti akan beri kesan pada bayi.

Ibu, kalau nak cuba Peppermint Ginger ni boleh juga.

Harganya cuma RM45. Ia mengandungi 4 herba yang amat membantu dalam masalah berkaitan penghadaman dan perut iaitu pudina, halia, cekur dan jintan manis.

Semoga ibu dan kandungan sihat-sihat sahaja ye!

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan