Enter Keyword

5 Cara Mencegah Bayi Meninggal Dalam Perut

Assalamualaikum wbt.

Saat disahkan positif hamil adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pasangan suami isteri. Ada yang lama menanti dan ada juga yang bunting pelamin. Keterujaan suami isteri ni adakala boleh buat mereka lupa apa yang penting demi menjaga kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.

Bila perut dah ada 'isi', semuanya tak macam dulu lagi. Ibu kena berhati-hati dengan segala tindak tanduk lebih-lebih lagi dalam bab makanan.

Maklumlah...sekarang apa yang kita makan bukan je beri kesan pada diri sendiri tapi juga kepada si comel dalam perut tu.

Tapi kadang-kala tak semua pasangan atau ibu bernasib baik. Ada yang diuji dengan keguguran, dan ada juga yang bayi meninggal dalam kandungan walaupun kandungan sudah membesar. Kakak saya sendiri pernah mengalami peristiwa sedih ini.


Saya masih ingat, doktor benarkan kakak berhari raya dulu sebelum dia mengeluarkan bayi yang sudah meninggal itu. Sebab mereka pun kena berpantang sama seperti ibu lain berpantang. So baiklah raya sakan dulu..

Ada beberapa sebab bayi boleh mati dalam kandungan (stillbirth). Antaranya:-

1. Asphyxia iaitu keadaan di mana bayi tidak mendapat bekalan oksigen kerana terbelit tali pusat

2. Kecacatan organ seperti jantung

3. Pertumbuhan bayi yang sangat lambat

4. Kelainan kromosom, genetik atau metabolisme pada janin

5. Infeksi

6. Diabetes

7. Kesihatan ibu yang tidak baik

8. Mengambil bahan terlarang seperti rokok, alkohol atau dadah

Jadi, adalah sangat penting suami isteri, ibu-ibu dan kaum keluarga ambil berat terhadap apa yang si ibu ini makan dan gunakan sehari-hari. Kadang kita tak sangka benda nak jadi, dah jaga elok-elok pun bayi meninggal juga. Itu semua ketentuan dari Allah.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu wajib berusaha untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa selamat sehingga waktu melahirkan.

Cara Mengurangkan Risiko Bayi Meninggal Dalam Perut

Ibu bolehlah mengamalkan perkara di bawah sejak dari awal sebelum merancang untuk hamil.

1. Mengambil makanan seimbang yang cukup nutrisi penting terutama asid folik, dan mengelakkan mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan terlalu tinggi kandungan gula.

2. Beritahu doktor jika anda ada masalah kesihatan dan ada mengambil sebarang ubat

3. Suami dan isteri menjauhi rokok dan minuman beralkohol. Partikel rokok akan beri kesan kepada janin dalam keadaan yang kita tidak jangka.

4. Menjaga kesihatan dan kebersihan agar tidak terkena sebarang jangkitan penyakit, terutama di kawasan sekitar faraj.

5. Sentiasa memastikan pergerakan janin signifikan. Segera ke hospital jika merasakan trend yang merosot atau terlalu aktif

Selalunya, kejadian bayi meninggal dalam perut atau stillbirth ini berlaku apabila janin berusia 20 minggu ke atas.

Jadi ibu-ibu banyakkan berehat, bertenang, prihatin terhadap sebarang perubahan pada tubuh dan jangan berlengah jika ada sebarang masalah berlaku.

Saya doakan ibu yang sedang hamil sentiasa sihat dan selamat hingga waktu melahirkan nanti.

Bagi ibu yang ingin mendapatkan Set Vitamin Ibu Hamil Lengkap, boleh terus menghubungi saya:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan