Isnin, 6 Julai 2015

Khasiat Minyak Ikan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt.

Dengan perkembangan sains dan teknologi, hari ni kita tahu bahawa minyak seperti minyak ikan omega 3 sangat bagus untuk ibu hamil. (intro dah macam kepelbagaian biodiversiti) hihi..

Ok lah..ada orang tanya, memang bagus ke Omega 3 untuk ibu mengandung? Apa khasiat dia? Tak bahaya ke ibu mengandung makan Omega 3 ni?

Sebenarnya kalau kita baca jurnal atau laporan saintifik, omega 3 ni memang amat bagus di ambil ketika hamil. Cuma ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan memandangkan omega 3 ni agak mahal kos penyediaannya, tak macam vitamin lain tu boleh bagi free free je kat klinik kan?


Ibu boleh tengok contoh laporan saintifik ini. (Klik link)

So hari ni saya nak bawa ibu pergi lebih jauh untuk mengetahui dan mengenali khasiat omega 3 terutama untuk kita kaum ibu yang sedang hamil ni kan.

Ada dua jenis minyak ikan beromega 3.

1. Minyak ikan bersumberkan daging ikan tu sendiri (flesh fish), SELAMAT di ambil oleh ibu hamil

2. Minyak ikan bersumberkan hati ikan (cod liver oil), TIDAK SELAMAT di ambil oleh ibu hamil.

Ada perbezaan ketara disitu yang mana omega 3 daripada sumber hati ikan (cod liver oil) mengandungi aras retinol daripada vitamin A yang sangat tinggi yang tidak baik untuk bayi dalam kandungan.

Apa itu Omega 3?

Omega 3 ialah asid lemak ialah rantaian panjang asid lemak poli-taktepu yang amat penting untuk perkembangan, pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan. Malangnya asid lemak Omega 3 ni tidak disintesis oleh badan manusia, oleh itu kita perlu dapatkan daripada pemakanan.

Walaubagaimanapun, diet dan pemakanan kita seharian amat kurang kandungan omega 3. Sebab itulah kita mesti dapatkan daripada suplemen.

Kenapa Omega 3 penting untuk ibu hamil?

Ada banyak kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan mempunyai risiko komplikasi dan masalah kesihatan yang rendah, malah bayi juga sihat dari segi mental dan jasmani.

Antara kebaikan minyak ikan kepada ibu hamil ialah:

1. Membantu perkembangan neurologi dan visual bayi sejak dalam kandungan iaitu untuk pembentukan sistem saraf pusat seperti otak, dan penglihatan yang baik.

2. EPA menyokong perkembangan jantung yang sihat, sistem imun dan tindakbalas elergi.

3. DHA menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat

4. Mengatur fungsi fisiologi seperti tekanan darah yang sihat, pembekuan darah, transmisi saraf dan respons alergik.

5. Menghasilkan susu ibu, di mana beberapa peratus DHA ditemui dalam komponen susu ibu. Akibat pengambilan DHA oleh bayi, maka ibu harus menggantikan omega 3 yang hilang.

6. Kajian menunjukkan ibu yang mengamalkan omega 3 semasa mengandung mempunyai bayi yang kurang bermasalah alergik termasuk eczema dan asthma yang semakin banyak berlaku sekarang.

7. Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi semasa hamil dapat mengurangkan risiko daripada terjadinya bersalin awal atau kelahiran pra-matang, preeclampsia dan berat bayi yang terlalu rendah.

8. Mengurangkan risiko depresi atau tekanan dan kemurungan selepas bersalin (postpartum mood disorders) atau meroyan.

9. Mengurangkan kejadian oedema atau bengkak kaki yang sering terjadi kepada ibu hamil

Sumber terbaik omega 3 ialah ikan dari lautan sejuk seperti salmon, hering, tuna, mackerel.

Pengambilan suplemen yang tulen dan selamat adalah penting untuk mengelakkan daripada keracunan logam berat seperti merkuri dan plumbum. Oleh itu wajib ibu mendapatkan suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi tanpa sebarang risiko keracunan toksin.

Omega 3 pilihan saya??

Dah tentulah yang diyakini selamat, semulajadi dan berkesan. Tak lain tak bukan Omega Guard Shaklee.

Omega Guard ini mengandungi 90 kapsul softgel dan cuma berharga RM136.

Ibu-ibu prihatin yang ingin mendapatkan Omega Guard ini dan menjadi ahli untuk dapatkan diskaun, boleh hubungi saya :

Suhaila Budin
012-9645614
868994



Tiada ulasan:

Catat Ulasan