Rabu, 8 Julai 2015

Krim Untuk Ruam Bayi Yang Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum wbt.

Musim-musim panas ni, bintik-bintik ruam mula banyak naik terutama pada bayi. Nak-nak kalau kulit bayi tu sensitif kan.

Baby Fawwaz pun macam tu juga. Dia kuat sangat berpeluh walau kipas menderu-deru tala kat dia. Tapi mujurlah ruam dia tak banyak sangat. Selalu dia naik kat leher je lepas tu mulalah sibuk menggaru tengah-tengah malam.

Ada sesetengah budak, kalau tak jadi kat muka, ruamnya naik kat tempat lain contohnya bahagian punggung. Mungkin berpeluh dekat kawasan tu, atau ada baby yang tak tahan dengan material lampin. Lebih parah kalau jenis mak-mak yang lambat nak basuh kalau anak kencing atau berak sampai melondeh lampinnya.


Bahaya tau sebab boleh sebabkan jangkitan kulat, yis, bakteria atau kuman. Nanti jadi lagi teruk dan susah nak hilang. Lagipun kuman pada najis dan air kencing tak boleh dibiarkan lelama duduk pada kulit anak kita. Kotor tu kan.

Biasanya ruam ni berbintik-bintik, kasar, warna merah dan agak pedih juga.

Apapun jenis ruam, ia tentulah sangat tak menyelesakan bayi. Selain gatal merenyam, mulalah baby suka meragam. Nak cakap tak reti, menangis ajelah yang dia tahu. Mak pun stress pasal apa baby nangis tak berhenti.

Apa nak buat kalau bayi ada ruam?

1. Cari punca apa yang sebabkan naik ruam tu, kalau panas, hindarkan tempat panas dan letak bayi di kawasan lebih sejuk.

2. Bagi kulit bayi yang sensitif, elakkan memakaikannya pakaian, losyen, bedak atau krim yang boleh buat keadaan jadi teruk.

3. Kerap tukar lampin bayi dan basuh punggungnya dengan air setiap kali menukar lampin. Keringkan punggung sebelum memakaikan lampin baru.

4. Tukar lampin bayi ke jenis yang cepat meresap supaya dapat kurangkan kelembapan terlalu lama.

5. Sapu krim yang lembut seperti losyen kalamin atau hidrokortison (atas nasihat ahli farmasi)

Krim untuk ruam bayi yang lembut dan selamat

Dulu losyen kalamin, krim hidrokortison, krim kaler pink tu apa benda namanya entah memang menjadi penduduk tetap rumah saya. Alhamdulillah sekarang semua tu saya dah campak jauh-jauh sejak bertemu dengan krim nan satu ini.

Krim yang satu ni bukan setakat untuk ruam bayi, yang saya suka tu sebab ia serbaguna. Multipurpose katakan.


Krim ni sangat sesuai untuk bayi sebab ia lembut, berasaskan tumbuhan, bebas bahan kimia berbahaya seperti paraben dan sudah tentulah selamat untuk seisi keluarga.

Harganya cuma RM27.50 sahaja dan boleh tahan hingga beberapa bulan lamanya.

Selain untuk ruam bayi, ibu boleh guna krim ni untuk sapu pada kulit yang kasar, gatal-gatal sebab digigit serangga atau alergik, eczema, terkena minyak panas atau sebarang lepuhan, chickenpox, tumit merekah, kulit bersisik dan sebagainya lagi.

Memang sangat menjimatkan, tak gitu?

Ibu-ibu boleh mendapatkan krim best yang serbaguna ini melalui saya! Hubungi:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

2 ulasan:

  1. wow!shaklee...sayangnya saya dah tak punya bayi kecil lagi.

    BalasPadam
  2. Krim ni memang elok untuk seisi keluarga

    BalasPadam