Orang Islam Mesti Ada Niat Untuk Jadi Kaya
Alkisah terkeluar idea nak tulis tajuk ni...
Tadi masa menskrol facebook, MS baca post Ustaz Ebit Lew. Dan secara tak sengaja terbaca komen seseorang. Lebih kurang gini la komennya,
"...hari ini orang berlumba-lumba nak kumpul harta dan pangkat, mereka lupa itu semuanya ujian Allah dan bukan kejayaan sebenar dalam hidup"
Ada salah ke komen di atas? Tak, memang takde salahnya. Memang, harta, pangkat, kekayaan, kejayaan dunia tiada nilainya disisi Allah sedikitpun, Jika dan hanya jika kita lupakan Allah.
MS cuma tidak begitu setuju, dengan ayat 'berlumba-lumba mengumpul harta' tu. Malangnya dulu MS berfikiran begitu juga. Minda miskin. Kenapa orang Islam tak boleh kaya? Berdosa ke? Cuba jawab.
Seingat dan setahu MS, melalui pembacaan pelbagai buku dan sebiji Kitab Tafsir usang di rumah ni, tiada satu ayat pun dalam Al-Quran yang mengharamkan orang Islam jadi kaya. Setuju tak?
Pohon ampun dan maaf kalau MS tersalah. Mohon diperbetulkan. MS ni bukan sesiapa, bukan ahli tafsir jauh sekali menghafaz Al-Quran.
Cuba fikirkan, kalau menjadi kaya itu ujian, menjadi miskin itu apa? ketentuan? atau pilihan? Dalam Al-Quran pun tiada perkataan miskin. (yang ada hanya perkataan kecukupan [53:48]). Ya, Allah tidak menjadikan hambanya miskin. Allah hanya memberikan kecukupan. Apa yang kita ada pula sudah cukup untuk kita. Tapi lagi sekali salah ke jadi kaya? Salah ke ada niat untuk jadi kaya?
"Cukuplah dengan apa yang ada" ayat yang sangat selalu di ucapkan untuk menyelamatkan diri sendiri dan sebagai alasan supaya tak perlu bekerja lebih kuat lagi.
Kalau benar kaya itu ujian, miskin juga ujian kan? Berapa ramai orang miskin yang merungut hidupnya miskin? Berapa ramai orang miskin yang 'terpaksa' mencuri sebab berasa tidak cukup? Berapa ramai orang miskin mengeluh harga barang naik dan sebagainya?
Merungut dapat pahala? Mencuri dapat pahala? Mengeluh dapat pahala? Itulah ujiannya.. Allah nak tengok sekuat dan sejauh mana kita berusaha untuk keluar dari kemiskinan.
Apa baiknya menjadi kaya? Orang kaya selalu lupa diri, suka membazir, suka berpoya-poya, suka berlagak dan menunjuk-nunjuk. Kan? Begitu semua orang fikir.
MasyaAllah... akhirnya saya jumpa ramai orang kaya yang langsung tiada ciri-ciri di atas. Syukurlah Allah tak tempatkan saya begitu lama dalam kemiskinan minda ni.
Kenapa orang Islam mesti kaya?
1. Untuk menguasai ekonomi
Kita bising Yahudi menguasai ekonomi orang Islam. Orang-orang kaya Yahudi membiayai ekonomi mereka sendiri. Jika ekonomi sesuatu kaum itu kukuh, kaum itulah yang akan menguasai dunia.
Zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat hidup sederhana bukan sebab mereka miskin, tapi sebab harta mereka digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan Islam.
2. Bersedekah
Siapa yang membiayai Pusat Tahfiz yang semakin banyak di Malaysia? Siapa agaknya yang banyak menyalur bantuan ke Gaza, Syria, Palestin dan seumpamanya? Agaknya kalau kita yang hulur RM10 ni boleh ke nak hantar bantuan banyak-banyak ke sana? (tu pun kalau hulur)
Siapa yang membiaya asrama anak yatim? Siapa yang menubuhkan dana dan yayasan pelajaran kalau dia bukan seorang yang kaya? Saya yang menyumbang kepada pembinaan masjid?
Alhamdulillah.. di Malaysia ramai orang kaya Islam yang menghulur bantuan malah ada yang mewaqafkan diri sendiri untuk agama. Kita pula cuma nampak 'orang kaya yang sombong'. Duduklah kita dalam zon selesa, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur.
3. Menguasai ilmu
Orang Yahudi hebat sebab mereka menguasai ilmu. Sebelum Yahudi, orang Islam sendiri sudah cukup hebat. Ingat saja tokoh-tokoh Islam yang jadi ahli botani, ahli kimia, ahli falaq, ahli perubatan dan sebagainya. Mereka menguasai ilmu dan menguasai Al-Quran.
Betul, ilmu terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Agaknya kalau duduk diam di rumah tanpa pergi mencari ilmu, mampukah kita menguasainya?
Arwah Ahmad Ammar, yang meninggal dunia di Turki semasa berusia 20 tahun dalam keadaan sedang menuntut ilmu. Betapa tingginya darjat Allah beri kepada orang yang sungguh-sungguh menuntut ilmu. Saya percaya, kalau kita miskin mana mungkin kita mampu nak hantar anak kita pergi menimba ilmu sedalam itu.
(boleh baca buku Ahmad Ammar untuk tahu lebih lanjut mengenai beliau)
Tiada salahnya menjadi orang kaya. Kaya atau miskin, kita mesti sentiasa ingat, bahawa tanpa Allah kita bukan sesiapa.
Allah beri kita kudrat dan akal untuk kita guna semaksimum mungkin supaya dapat memakmurkan bumi. Akhirnya kita pilih untuk jadi biasa-biasa.
Jom ramai-ramai kita niat untuk jadi kaya. Saya jutawan dermawan!
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". [al-Qasas:77]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan