Enter Keyword

TENAGA SYUKUR: RAHSIA NIKMAT BERTAMBAH, REZEKI MURAH

Dah lama tak up entry tentang motivasi dan inspirasi kan? So hari ni nak share tentang keajaiban syukur.

First of all, jom kita ramai2 ucapkan "ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT YANG TELAH ENGKAU BERI KEPADA KAMI, YA ALLAH...SYUKUR"

Actually entry ni adalah ringkasan a.k.a summary dari buku bertajuk 17 Rukun Berbisnes Dengan Allah, Bab 16- Rukun Syukur. bab2 yg lain tu best2 jugak tapi nak share bab syukur ni je..



Syukur adalah satu perkara yang jarang2 orang buat. Selalunya orang bersyukur time happy2 je mcm dapat baby baru, rumah baru, naik pangkat, dpt tawaran kerja dgn gaji ribu2 riban dan mcm2 la happy moment.

Jarang orang nak bersyukur setiap hari contohnya, syukur aku bernafas hari ni, syukur hari ni dapat buka puasa dengan family, syukur anak2ku ada didepan mata, syukur gaji aku masih lagi masuk tiap2 bulan, syukur aku masih ada mata untuk melihat, syukur aku belum pekak lagi. Kan?

Lagi tak pernah dibuat orang ialah bersyukur apabila ditimpa musibah contoh Alhamdulillah aku kemalangan sikit hari ni, syukur rumah aku terbakar, syukur kereta aku kena pecah. Nampak macam tak logik je nak bersyukur dengan perkara2 sebegitu kan? Harus ada yang cakap "gilo ko apo, keto kau kono pocah pun nak bersyukur"

Jom baca kisah ini...

Ada seorang buta, kerjanya minta sedekah di laluan orang ramai. Dia memegang satu papan tanda yang bertulis "Saya buta, berilah bantuan!" Sedihnya walaupun ramai orang yang lalu lalang depan dia, hanya beberapa orang je yang beri wang kepada dia.

Ada seorang pemuda yang memandang penuh hiba kepada si buta tadi, lalu dia mengambil papan tanda dan mengganti tulisannya. Tidak lama kemudian, hampir semua orang yang lalu dihadapan sibuta itu memberikan wang kepadanya. Kalimat itu kelihatan sungguh hebat hingga ramai orang yang tersentuh.

"Hari ini amat indah sekali, sayangnya saya tidak dapat melihat." itulah kalimat yang penuh dengan rasa syukur.

Cuba perhatikan ayat ini,

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras," Ibrahim:7

Dah jelas-jelas kita kena bersyukur dengan nikmat, jadi kenapa pula harus bersyukur dengan musibah?

Logik akal kita inilah yang telah dipatahkan oleh Al-Quran Surah Ibrahim:7 tersebut. Apabila ditimpa musibah, kekecewaan, kesukaran, penderitaan pun kita masih perlu bersyukur.


Apabila bersyukur, sedar atau tidak tenaga POSITIF mula meresapi hati dan jiwa kita. Serta merta kita bersangka baik dengan Allah, menukar penderitaan menjadi bahagia, kesedihan menjadi gembira, kesukaran menjadi mudah, ujian menjadi cabaran, kecewa menjadi pemangkin semangat untuk terus bangkit dan berjaya!

Sikap dan kata-kata yang muncul dari hati yang penuh dengan rasa syukur memiliki kesan makna dan tenaga yang kuat:

  • hidup terasa lebih indah, lebih bermakna, dan terasa kekuatannya
  • hati berusaha melihat keadaan orang yang lebih sukar
  • terasa diri memperolehi nikmat tidak terhingga yang jauh lebih beruntung
  • cara paling mudah untuk capai kebahagiaan
  • dapat meningkatkan rasa optimis, dan positif
  • semangat terpacu lebih kuat
  • semakin mudah melayan rasa kecewa
  • hati lebih fokus pada perkara positif
The more you express gratitude for what you have, the more you will have to express gratitude for- Zig Zigler

Bahagia dan berjaya adalah hasil perilaku! Oleh itu, apabila kita mempunyai perilaku orang berjaya, pasti suatu masa kita menjadi bahagia dan berjaya pula.

Bersyukur menyimpan kekuatan penuh untuk merealisasikan impian jadi kenyataan. Bersyukur mampu menarik apa yang kita mahu dalam hidup seperti hukum tarikan.

Bersyukur menyegerakan pertumbuhan dan kejayaan. Hukum berkelimpahan (law of abundance) juga turut berfungsi dengan kekuatan syukur.

Jadi, mulai hari ini, kurangkan mengeluh, mengomplen, kecewa, sedih, frust, berduka nestapa. Ucapkan syukur atas apa sahaja yang kita dapat/ lalui hari ini, dan yakin Allah akan berikan nikmat yang lebih banyak dan lebih baik!

Tukar keinginan menjadi rasa syukur. Keinginan penyataan kekurangan sedangkan kesyukuran pernyataan berlebihan dan kita sudah memiliki semua yang kita perlukan!

Ambil pen dan kertas, tuliskan semua keinginan dan impian anda kemudian tukarkannya menjadi present tense/ past tense (sedang dan telah kita capai). Rasakan tenaganya!



~Saya adalah seorang jutawan muslimah yang berjaya, beriman, bertaqwa dan tawaduk~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan