Enter Keyword

Cara Muhasabah Diri Yang Betul Agar Tidak Terus Down

Setiap yang bernama manusia akan melalui jatuh bangun dalam kehidupannya setiap hari.

Hari ini gembira, esok mungkin kita bersedih atas kehilangan seseorang atau sesuatu. Begitulah Tuhan menguji kita, untuk memperteguhkan kesabaran dan rohani kita.

Allah sentiasa ingin kita berada dekat denganNya, bergantung hanya padaNya setiap masa. Namun adakala kita terleka, terlalu seronok dibuai hawa nafsu hingga kita lupa padaNya.


Saat itu, Allah turunkan ujian dan peringatan, yang mungkin berbentuk musibah kepada kita. Apakah kita terus jatuh dalam kesedihan atau kita bangkit meneruskan kehidupan?

Kita tak dapat lari daripada rasa kecewa, sedih, buntu, rasa putus asa, dan terluka.

Rasulullah S.A.W juga pernah Allah uji dengan kesedihan. Dalam tahun yang dinamakan Tahun Kesedihan itu, bapa saudara baginda Abu Talib yang banyak mempertahankannya meninggal dunia, diikuti isteri kesayangan Khadijah binti Khuwailid.

Sejak pemergian Abu Talib, Rasulullah mendapat cabaran, ujian dan penghinaan yang bertubi-tubi daripada kaumnya sendiri, malah lebih dahsyat sebelum kematian bapa saudaranya.

Bila difikir-fikir dan diingatkan kembali, apalah sangat ujian yang kita terima ini berbanding Baginda S.A.W yang berjuang seluruh tenaganya untuk menyebarkan Islam. Syukur, Allah pilih kita lahir sebagai muslim.

Kita ada motivasi iaitu Al-Quran. Setiap kali di uji, ingatlah motivasi yang banyak Allah rakamkan dalam Al-Quran.

Laa yukallifullahu nafsa illa wus'aha.

Allah tidak memberati seseorang, melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah: 286

Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beruntung.
-QS Ali Imran:200

Ayuhlah bangkit, rancang masa depan yang lebih gemilang. Lupakan kesedihan, teruskan kehidupan.

Hayya 'alal falah!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan