Enter Keyword

Tips Awet Muda Dengan Bersyukur

"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

"Hari-hari jalan jem. Bosan wei! Korang ni naiklah motor, biar aku sorang naik kereta!"

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

''Abang dengan kakak boleh diam tak? Kan papa tengah drive nih. Jangan bisinglah!"

"Bosanlah.. Dah macam-macam aku try. Tapi semua bisnes tak jadi. Kena mandi bunga agaknya aku ni.."

"Aku pun kena mandi bunga kot. Boyfriend asyik mintak putus je. Bila aku boleh kahwin macam ni. Target aku lepas grad ni terus nak kahwin.. "


Dan banyak lagi keluhan, rungutan, kemarahan yang terhambur dari mulut kita.

Sememangnya kita ni payah nak bersyukur. Patutlah kepala makin kusut, muka makin kedut, rezeki susah masuk, hidup berkecamuk.

Sedar-sedar rupanya kita dah tua dalam keluhan. Rupanya banyak masa dalam hidup kita terbazir hanya dengan merungut tak habis-habis.

Dan rupa-rupanya sel dalam otak dan pada muka pun banyak rosak sebab terpaksa melayan muka yg masam, kedut, mencuka, kelat macam kucing sembelit.


Kan kacak dan jelita kalau kita dapat senyum sentiasa walau dalam keadaan apa pun. Happy go lucky sampai orang lain ingat kita ni alien yang takde perasaan negatif langsung.

Bersyukur Rahsia Awet Muda Paling Senang

Percaya tak, hanya dengan menukar persepsi kita melihat sesuatu, kita dapat mengubah emosi kita, seterusnya dapat mengubah diri kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan bahagia?

Ini kerana dengan rasa bersyukur. kita dapat mengusir jauh semua tekanan yang kita sedang hadapi.

Tips SWITCH!

Ini yang sering saya buat kalau saya di'serang' dengan fikiran negatif melampau-lampau.

Kadang-kadang kita ni bukan tak mau jadi positif, tapi sebenarnya kita telah di hasut oleh suara-suara hati kecil kita sendiri. Dan lebih tepat lagi kita sering mendengar bisikan halus iblis di dalam hati kita. Haa nauzubillah...

Caranya ialah, apabila datang bisikan negatif cepat-cepat switch kepada ayat yang positif iaitu yang bertentangan dengan apa yang kita fikir/ rasa mula-mula tadi.

Contoh ayat negatif 1:

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah aku ada banyak kerja nak di buat. Ini bermakna orang masih yakin dengan aku dan Allah tahu aku mampu selesaikan perkara ni satu per satu. Aku insan hebat dan ada banyak potensi. jadi aku akan lakukan yang terbaik!"

Contoh ayat negatif 2:

"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah, syukur Allah anugerahkan aku anak-anak yang aktif, sihat, lincah, bijak, kreatif, imaginatif. Aku tahu derang sedang belajar membentuk diri sendiri. Menyepahlah nak, nanti mama kemas. Buatlah apa kamu suka asal kamu bahagia. Mama tahu mama masih punya kamu dirumah ini, kamu masih ada di depan mata mama.."

Lain perasaannya kan?

Sebab tu orang yang selalu bersyukur adalah orang yang kelihatan muda. Bibir selalu menguntum senyum, hati selalu bersangka baik.

Dalam video ni ada tiga cara bagaimana kita nak mengoptimumkan perasaan syukur kita tu setiap hari supaya kita lebih gembira dan bertukar menjadi insan yang happy go lucky!



Best kan??

Nak panjang umur, sihat, awet muda, tenang, murah rezeki dan bahagia, banyak-banyakkanlah bersyukur walaupun dengan sekecil-kecil nikmat.

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

012-9645614

1 ulasan: