Enter Keyword

SATU HARI SEBAGAI BABYSITTER

Off topic!

Hewhewhew..buat pertama kalinya daku menjadi seorang babysitter a.k.a pengasuh semenjak berumahtangga dan menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki ini.. (chehh itu pun nak cerita ke)..

Kisahnya gini..daku terpaksa menjadi babysitter terjun kepada bayi berusia 3 bulan iaitu anak member suamiku..Isterinya seorang guru yang baru selesai pantang.. Belum start mengajar pun lagi..tapi isterinya ada hal nak ke sekolah baru..

Sebenarnya daku bukan ler berminat sangat nak jadi pengasuh ni..sejak jadi fulltime housewife 5 tahun yang lalu, naik boring dah menjawab kalau ada orang tanya nak tak mengasuh anak si polan ni?? tak tahu kenapa mengasuh bukan jiwa ku..........sebab jiwaku bisness (poyo).

Sebab tu setiap kali orang tanya, cepat je daku akan menjawab tak nak. Kalau tak jawab pun, senyum je.. menggangguk tidak, menggeleng pun tidak, laksana gadis baru dipinang orang.

Sebenarnya lagi,  daku dah bosan sebab pernah menjadi pengasuh sejak daku kecil-kecil dulu..(pengalaman ngeri nampak).. ohh tak ler.. dulu mengasuh anak-anak buah ku iaitu anak-anak kakakku.. lepas sorang, sorang..nasib baik anak dia 4 orang je..kuingat dulu punya lama bertapa berkampung dirumah beliau sebab menjaga anak-anaknya.. Tapi masa tu ku pasrah dan seronok, sebab duduk rumah je.. (ciri-ciri housewife dan ibu mithali memang sudah ada sejak kecil kan?)


Ok, berbalik kepada tahun 2013, 18 March, sebab kesian kat member tu, daku pun menyanggupi untuk jaga baby tu sekejap..takde ape masalah pun. hehe.. Mujur suamiku ada dirumah, jadi dia yg tukang enjut buaian sementara aku masak.. Mudah je menjaga si kecil tu..susu dan tidur je kerjanya.. tapi sebab dia tidur dalam buai makan anak terunaku Aqil Qayyim terpaksa meminjamkan buaiannya untuk si gadis yg masih kecil..hik3.. sudahnya sampai pukul 3 dia tak tidur. lepas si gadis balik baru aqil tidur..padan muka. haha.

Err..gambar si gadis bernama Dhia ada dalam android. Maka tak dapatlah dipaparkan disini..

tu je nak cite, sekian..

#nak beli vitamin sila SMS ke 013-2369434. Nak suruh mengasuh baby? nonono..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan