PETUA KURANGKAN PERUT BUNCIT

Hari ni dapat sms lagi,

".....saya macam tak percaya ni tiap-tiap minggu turun 1 kg. Badan pun dah ringan, datang bulan sikit je, tak de sakit perut ke pening-pening pun takde. ......Tadi timbang 71kg dah, tapi tulah, tang perut ni susah sikit kan. Nampak buncit lagi.huhuuuu...."

Saya, kalau dapat sms macam ni, memang senyum seminggulah jawabnya. hehe.. bukan ape seronok rasanya dapat tolong orang lain jadi lebih sihat. ;)

Perut buncit memang satu masalah yang agak besar jika seseorang tu mempunyai berat badan berlebihan lebih-lebih lagi wanita selepas melahirkan dan lelaki selepas berkahwin.

perut buncit merisaukan
Punca perut buncit:

  1. kurang senaman dan aktiviti fizikal
  2. tidak banyak bergerak/ terlalu banyak duduk
  3. usia- menyebabkan fungsi otot mengurang
  4. faktor genetik/ keturunan
  5. otot perut tidak terbina
  6. pemakanan- makanan mengandungi lemak trans seperti marjerin, chip, kek, roti, makanan segera, burger, pencuci mulut, makanan terproses yang di pek/ di tinkan
Senaman dapat mengurangkan perut buncit!!

Ini mungkin kedengaran klise. Tapi ia tidak! Kalau anda mahu kurus, tapi malas bersenam, jangan pelik kalau ada bahagian badan yang tidak cantik, menggeleber dan tidak berbentuk (shape). 

Tahukah anda, sebenarnya senaman adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan kebuncitan disamping mengurangkan pengambilan kalori. Anda dah cun-cun dapat turun berat, tapi tak rajin nak bersenam, ohhh amatlah ruginya...!

Lagi satu sebab ialah, apabila bersenam, otot di bahagian perut dan abdomen akan terbina. Otot inilah sebenarnya yang akan membantu pembakaran lemak di kawasan perut itu tadi. 

Ingat lagi formula magik ni?

OTOT=METABOLISME

Sekarang, apa yang paling penting ialah motivasikan diri sendiri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30-45minit sehari.

Ok, dibawah ni salah satu senaman yang boleh diamalkan untuk kurangkan perut buncit.


 Mudah je ni kan? Amalkan setiap hari, mulakan berperingkat-peringkat iaitu 10 minit dulu ke, esoknya 20 minit dan tingkatkan masa bila dah rasa selesa..

Selamat bersenam!!!

4 ulasan:

  1. sy lepas bersalin ni senamam dengan anak jer la kot.nk pegi jogging pun dh ssh ada anak kecik.hiks..

    apa pun senaman mmg cara mudah nk turunkan berat badan.yg penting kena rajin n konsisten..:)

    BalasPadam
  2. betul tu cik puan kutu..dah lama x joging mcm masa single mingle dulu...huhu.. skrg joging atas tilam ngn anak2 je smpi tgh hari. hahaha..

    BalasPadam
  3. Kalau ada basikal okla..kalau xde bersenam ddlm rumah jer :-)

    BalasPadam