Enter Keyword

VITAMIN IBU MENYUSU: KALSIUM



Kalsium adalah mineral yang kelima paling melimpah dalam kerak bumi dan paling banyak dalam tubuh kita juga. Ibu yang menyusukan bayi atau sedang hamil sangat digalakkan mengambil lebih kalsium.

Apa sebenarnya kepentingan kalsium kepada ibu menyusu? Ibu menyusu memerlukan kalsium untuk menambah semula kalsium yang hilang semasa hamil (janin menyerap kalsium dari ibu untuk membina tulang, gigi, saraf, otot). Oleh itu ibu hamil perlu mencukupkan keperluan kalsium melalui pemakanan ataupun suplemen.

Ibu menyusu memerlukan hingga 1000mg kalsium sehari manakala ibu menyusu yang berumur kurang dari 18 tahun memerlukan sehingga 1300mg kalsium untuk pertumbuhan mereka sendiri dan bayi.

Kalsium dan penyusuan
Tubuh membina semula kalsium yang hilang semasa hamil melalui dua cara iaitu; kurang kalsium dirembeskan melalui air kencing; dan kedua, paras estrogen yang rendah dalam ibu menyusu akan mempertingkatkan penyerapan kalsium. Pada waktu inilah ibu menyusu perlu membina semula kalsium dalam tulang mereka.

Suplemen kalsium membekalkan faedah yang lebih banyak kepada ibu menyusu berbanding waktu lain (sewaktu tidak menyusu) kerana pada waktu ini penyerapan kalsium lebih optimum.

Secara biologi, proses penghasilan susu ibu adalah termasuk mendapatkan kalsium daripada simpanan kalsium dalam tubuh ibu. Proses ini adalah natural. Sebaik sahaja bayi bercerai susu, kalsium telah disimpan semula (restored). Sebab itulah, jika ibu tersebut cukup pengambilan kalsium semasa menyusukan bayi, tulangnya tidak akan menjadi lemah walaupun kalsium telah diambil (oleh bayi).

Suplemen Kalsium
Ibu menyusu perlu dapatkan kalsium melalui pemakanan seperti produk tenusu dan pil kalsium jika (pengambilan melalui makanan tidak mencukupi). Pil kalsium mestilah dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk mempertingkatkan penyerapan kalsium.

Osteoporosis dan penyusuan
Kajian menunjukkan wanita yang kekurangan kalsium semasa tempoh menyusukan bayi akan lebih mudah mengalami kerapuhan dan osteoporosis berbanding mereka yang mendapat kalsium mencukupi. Ini hanya berlaku jika wanita itu TIDAK MENDAPAT KALSIUM SECUKUPNYA.

Ada kajian menunjukkan ibu menyusu tidak akan mendapat osteoporosis kerana selepas bercerai susu, tulang ibu akan terbina semula lebih padat dan kuat.

Lebih kalsium, lebih susu terhasil?
Ini adalah satu salah faham. Suplemen kalsium tidak bertindak sebagai milk booster. Susu ibu mengandungi bahan yang kompleks dan kadang-kadang dalam sesetengah kes, ia tidak dapat diubah dengan suplemen. Pengambilan kalsium tidak boleh menyebabkan susu ibu bertambah.

Tubuh ibu membekalkan jumlah kalsium yang mencukupi ke dalam susu ibu WALAUPUN ibu tersebut tidak mengambil kalsium tambahan. Walaupun ibu menyusu di galakkan mengambil kalsium, kalsium tersebut tidaklah membantu menambah kuantiti susu ibu tetapi menambah jumlah kalsium dalam tubuh ibu yang hilang kepada bayi.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix membekalkan:
1000mg kalsium daripada sumber2 berkepekatan tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
(kalsium, magnesium dan vitamin D menepati 100% Pengambilan Harian)

Terbukti secara klinikal!
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dan paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.

Hubungi: Suhaila 013-2369434 untuk maklumat lanjut ;))


Tiada ulasan:

Catat Ulasan