Enter Keyword

SEMBELIT SEMASA HAMIL

Sembelit adalah masalah biasa ketika hamil. Lebih kurang 30-40% wanita mengalaminya. Ada yang memang sudah mengalami masalah pembuangan sejak sebelum hamil, dan diburukkan lagi apabila hamil sampai nak ke tandas pun ngeri.

Sembelit semasa hamil terjadi sebab tekanan oleh uterus yang semakin membesar ke atas rektum serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan dalam salur penghadaman. Sesetengah pil zat besi boleh membuatkan sembelit menjadi teruk.

Kekerapan ke tandas
Mengikut pembacaan, adalah normal sekiranya individu itu melatih ususnya membuang setiap hari, setiap dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu pun. Sembelit berlaku apabila tahap kekerasan najis itu lebih daripada biasa sehingga merasa sakit dan mengambil masa yang lama di 'bilik termenung'. Jika masalah ini kerap berlaku, kemungkinan boleh terjadinya buasir.

makanan tinggi serat dapat mengurangkan sembelit semasa hamil

Apa yang perlu dilakukan?

  1. Cukupkan keperluan air (6-8 gelas sehari)
  2. Banyakkan bergerak dan melakukan senaman ringan
  3. Makan makanan berserat tinggi seperti buah buahan dan sayur sayuran 
  4. Ambil jus buah-buahan
  5. Ambil suplemen lain selain daripada zat besi

Ibu hamil tidak digalakkan mengambil suplemen berbentuk julap tanpa mendapat nasihat doktor.

Bagaimana Shaklee membantu?

Ostematrix :
Suplemen kalsium yang dilengkapi magnesium dan vitamin D. Kalsium membantu pengecutan otot dibahagian salur penghadaman hingga ke rektum. Juga membantu melawaskan pembuangan najis.

Lecithin:
Bertindak sebagai pelembut najis, melembapkan usus dan meleraikan toksin usus. 

Performance Drink:
Mencegah dehidrasi. Sembelit terjadi akibat kehilangan bendalir daripada tubuh akibat dehidrasi.

ESP:
Protein tambahan daripada soya yang berfungsi untuk membekalkan tenaga, bertindak mengawal lebihan air dalam badan, dan bagus untuk masalah penghadaman.


Sembelit sebenarnya tidaklah berbahaya, tetapi jika ia terjadi bersama-sama masalah lain seperti sakit perut keterlaluan, najis berdarah, segeralah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dapatkan SET KEHAMILAN YANG BEST! dari saya dengan menghubungi 013-2369434 Suhaila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan