5 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Sebelum Naik Pelamin. Semudah Makan Kacang!

Hampir semua orang ada masalah dengan jerawat kot. Termasuklah saya.

Muka saya paling licin masa sekolah menengah. Masa matrik jerawat naik sebijik dua je tapi masih kekal licin (dan cun). :D

Jerawat naik teruk masa saya study dekat UM. Tak tahu sebab apa. Maybe stress atau udara yang kotor. Macam-macam pencuci muka saya pakai. Tapi saya paling setia dengan pencuci jenama Clean & Clear. Pengaruh iklan sangat kan?

Masalah jerawat tak pernah berhenti sampai saya kawin pun. Tapi paling best masa mengandung, jerawat semua hilang. Saya memang suka muka saya masa mengandung. Dah la licin, berseri je. Kahkah.

entah gambar sape aku pinjam ni. kredit to rotikaya.com. so bakal pengantin boleh la bayangkan muka korang atas pelamin tu..ececeh

Jerawat Sebelum Naik Pelamin?

Ohh ini tidak sepatutnya berlaku! Kalau kecik-kecik ok lagi. Ini dah la besar. Banyak pulak tu!

Majlis akad nikah tinggal lagi 2 minggu.

Sempat ke nak hilang?

5 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat!

#1. Masker putih telur

Ambil sedikit putih telur, sapukan pada wajah seminggu 3 kali. Selain menghilangkan jerawat ia membantu memudarkan parut jerawat juga.

#2. Bedak sejuk

Campurkan bedak sejuk dengan sedikit air asam jawa. Sapu pada jerawat sebelum tidur setiap malam

#3. Kiub ais

Balut ketulan ais dengan sehelai kain. Letakkannya beberapa ketika pada jerawat. Kemudian tunggu sebentar dan ulangi semula proses tadi.

Ketulan ais bantu peredaran darah pada kawasan terbabit, membuang kotor dan minyak yang tersumbat.

#4. Madu

Celupkan putik kapas ke dalam madu (pastikan madu asli).Sapukan pada jerawat dan biarkan selama setengah jam. Boleh juga mencampurkan madu dengan kulit kayu manis.

Madu bertindak sebagai antibiotik dan mempercepatkan penyembuhan.

#5. Bawang putih

Belah bawang putih, gosokkannya pada jerawat. Biarkan selama 5 minit kemudian basuhlah muka dengan air suam. Ulang proses beberapa kali dalam sehari.

Bawang putih bersifat antiviral, antifungus, antiseptik dan antioksidan  yang sangat bagus untuk merawat jerawat.

*****
Set Vitamin Untuk Hapuskan Jerawat

Saya paling suka set ni sebab lagi senang. Buka botol, ambil sebiji vitamin dan telan!

Lagi pun kita bukan nak hilangkan jerawat sekejap-sekejap je kan. Set ni bantu menghilangkan jerawat dalam tempoh yang lama.

Selain muka bersih, kulit cantik, sel kulit yang kat belah dalam pun sihat juga. Kiranya set ini membantu menghapuskan jerawat dan mencantikkan kulit dari dalam ke luar.

Apa yang ada dalam set ni?


Vitamin E
Vitamin yang wajib ada dan tak asing lagi dalam bab kecantikan. Ia bantu menyurutkan jerawat dengan cepat serta memudarkan parut. Kalau rajin boleh sapu vitamin E pada jerawat atau buat masker.

Vitamin C
Vitamin ni pun sama penting kalau nak cantik. Ia menyekat bakteria penyebab jerawat dan memusnahkannya. Kulit pun boleh tegang dan cerah sebab ia bina kolagen. Wow!

Vitamin B Kompleks
Komponen 8 jenis vitamin B ada peranan tersendiri dalam menghapuskan jerawat contohnya vitamin B1 menghalang pembentukan jerawat manakala kekurangan vitamin B3 dan B2 boleh menyebabkan jerawat. B for Beauty!

ESP
Protein yang membina sel baru yang lebih sihat serta membantu pembinaan kulit yang cerah dan gebu.

Dengan pengambilan yang konsisten, air mencukupi, jerawat akak cepat hilang bahkan kulit akan jadi lebih sihat, cerah berseri. Barulah senang mak andam nak make-up nanti.

Jika berminat mendapatkan set ini, boleh hubungi saya, perunding kesihatan Shaklee anda ;)

-Suhaila- 
012-9645614

ID Shaklee: 868994






Tiada ulasan:

Catat Ulasan