Chichi Chacha Kesukaan Anak-anak

Hai semua!

Tiba-tiba nak cerita pasal rancangan Chichi & Chacha kat Astro Ceria. Bebudak ni memang kejenye tengok tv aje.

Mama dah lama tak tengok tv. Sampai boleh kata tv tu diorang yg conquer.

Kalau abah nak tengok bola pun mesti booking awal-awal dulu.

"Malam ni abah nak tengok bola tau, jangan kacau abah." haha sabor jelah kan.

Mama lemas jugak sebab banyak sangat kartun entah apa-apa, takde pengajaran. Mama kalo boleh nak banyak cerita yg mendidik macam Upin Ipin atau Pada Zaman Dahulu.

Lagi best kalau ada rancangan kartun yang bercorak Islamik. Mama kagum betul anak-anak dah boleh hafal dialog kartun (kagum lah sangat kan). Alangkah bagusnya kalau anak-anak boleh hafal hadis atau ayat Al-Quran juga.

Kadang-kadang Mama doa je supaya tv ni rosak! Agaknya baru la diorang cuti daripada tengok tv.

Citer pasal rancangan Chichi Chacha tadi, agak bagus sebenarnya. Mama bagi 6 bintang out of 10.

Melihat dari sudut yang positif, ada banyak unsur pendidikan dan pelajaran yang boleh di ambil. Macam anak Mama umur 6 tahun dan 3 tahun. Yang 3 tahun seronok dengar lagu dan menari. Yang 6 tahun boleh belajar.

Ada beberapa perkara yang Mama rasa kurang sesuai untuk anak2 terutamanya Muslim kids. So Mama fikir maybe penerbit ingin menarik golongan kanak-kanak non-muslim juga. (Diorang tengok ke Astro Ceria?)

Mama berangan kalau kaya satu hari nanti nak wujudkan chanel Islamik kanak-kanak macam Muslim Kids TV ke atau yang sewaktu dengannya.

Tanggungjawab semua orang Islam kan untuk amar makruf, nahi mungkar. So kita kena latih anak-anak kita sejak dari awal lagi. Tak gitu?

Kongsikan pendapat korang juga!

Sharing is caring ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan